Kenangan Di Pulau Pangkor

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum kepada semua rakan-rakan sejawat yang telah mengenali diriku ini. Moga sentiasa berada di dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Rasanya dah alam aku tak menulis apa2 dekat blog aku ni. Secara jujurnya aku mengatakan aku sekarang ni seringkali malas hendak menunaikan kewajipan aku sebagai penulis. Dari dulu aku telah berkecimpung dengan penulisan tapi sejak aku kembali ke tanah airku Malaysia. Aku sudah leka dengan pengajian dan sekarang ini dengan pekerjaan aku. Moga dengan apa yang aku akan tulis ini membuatkan kamu semua tahu akan kehidupan aku sekarang ini.

2 November 2009 : Permulaan Di Pangkor

Mengapa aku merungkaikan kata sedemikian di dalam entri blog aku ni. Semestinya ada yang tersurat dan tersirat disebalik erti kata yang aku pamerkan di atas.

Tanggal 2 November 2009 aku telah diberi peluang untuk mengikuti rombongan pelajar asrama dan KAA untuk melancong ke Pulau Pangkor, Perak. Aku ditugaskan sebagai guru pengiring kepada 31 pelajar. Bukan aku sorang menjadi guru pengiring ada Abg Fairdaus lebih glamour dengan panggilan ‘Sir’ kemudian Abg Rosli, Umie Rohani dan Akak Zalifah.

Aku bertolak dari SMK Dato’ Syed Esa pada pukul 2.30 A.M 2 November 2009. Di dalam perjalanan Alhamdulillah tidak ada apa-apa kesulitan walaupun semasa dalam perjalanan tayar bas di dapati pancit selepas berhenti di Perhentian Sebelah R&R Rawang. Kami singgah betulkan tayar di Tg Malim berdekatan dengan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak. Selepas itu kami teruskan perjalanan ke destinasi kami ke Pulau Pangkor. Kami tiba di Jeti Pulau Pangkor, Manjung pada pukul 12. Kami tiba di Pulau Pangkor setengah jam selepas itu dalam pukul 1.

Kami menginap di Chalet Reavil. Pemandu pelancong kami Kak Lin membawa kami mengenali tempat penginapan kami. Setibanya kami di Chalet kami terus dihidangkan makanan tengah hari. Alhamdulillah rezeki jangan ditolak. Kemudia kami berehat di bilik masing-masing. Jam 3.00 petang kami semua di bawa menerokai pelusuk Pulau Pangkor. Kami dibawa mengelilingi Pulau Pangkor dan mengenali selok belok kehidupan kan tinggalan sejarah yang terdapat di Pulau Pangkor. Kami melawat penempatan cina, penempatan melayu, Kota Belanda dan Batu Bersurat Pulau Pangkor.

Selepas itu kami turun singgah di Kilang Pengusaha kerepek ikan dan keropok ikan di Pulau Pangkor. Kami membeli dan memborong apa yang ada dekat situ. Walaupun kilang itu hak milik cina tapi disebabkan ada perkerja melayu yang bekerja di situ maka aku tak was-was nak beli dan ada tanda halal yang sah di packaging snek dan kerepek dan keropok yang lain.

Selesai sudah kami diturunkan di tepi pantai berdekatan dengan chalet kami iaitu di Teluk Nipah kalau aku cakap pasal tempat yang aku lawat ni comferm ayah aku ingat sebab ayah aku pernah berkhidmat sebagai Tentera Laut Di Raja Malaysia. Lama jugalah kami berada di tepi pantai memerhatikan anak-anak buah aku mandi. Aku, Sir dan Cikgu Rosli berjalan-jalan menyusuri pantai sambil mensurvey harga ‘Snowcling’, kayak dan jelajah pulau. Alhamdulillah kami dapat servey tempat yang harganya berpatutan. Orang kata kat Teluk Nipah ni memang semuanya kena ada wang dan mahal sikit tak macam tempat lain sebab dekat sini juga tempat tumpuan para pelancong dari luar Negara …. Mat Salleh banyak lah dekat sini… hahaha. Alhamdulillah aku dapat jaga mata.


3 November 2009 : Kesakitan dan Kehilangan

Tarikh ni aku tidak akan lupa sampai bila-bila, sejak pagi hinggalah aku hendak pergi mendaki gunung aku seperti terkena kejutan elektrik yang teramat sangat. Perut aku sebu seperti masuk angin dan naik hingga kepala sakitnya. Tapi aku tahan supaya mood aku yang tak berapa baik ni tak lah di amati oleh ahli rombongan yang lain. Selepas sarapan aku dan juga pelajar-pelajar serta Sir dan Abg Rosli dengan ditemani dua Guide Hutan pergi menunaikan cabaran yang sedia ada perlu kami tempuhi di dalam package 3 hari 2 malam di Pangkor ni iaitu ‘Jungle Tracking’.

Semasa di dalam perjalanan semasa mendaki aku telah kehilangan HP aku yang tersayang iaitu W910i jenis Sony Ericcson mahu tertonggeng aku dibuatnya. Aku punyalah sedih sampai penyakit aku terus mengefect aku dengan seteruknya. Hari ini aku muntah-muntah, berak-berak, dan badan panas boleh dikategorikan DEMAM TERKEJUT. Aku detect HP aku ni dijumpai dan dikebas orang. Aku redha mesti ada hikmah disebalik semua ni. Moga aku dapat mengambil iktibar dan tauladan dari apa yang terjadi dekat diri aku nie. Aku semacam fobia nak bawa benda berharga naik atas gunung atau kemana sahaja yang tempatnya lasak.

Hari yang sepatutnya dipenuhi dengan aktiviti kayak dan Snowcling aku lepaskan begitu sahaja. Aku banyak berehat dekat dalam chalet. Makan pun tak selera nak buat macam mana sabar jeklah. Aku dok layan astro jeklah dalam bilik. Hanya Allah sahaja yang tahu macam mana sakitnya aku.


4 November : Kepulangan & Kenangan

Selamat Tinggal Pangkor dan juga kenangan

Comments

Popular Posts