Barang Jenama Anda

Wednesday, April 28, 2010

Catatan 3 Minggu di bulan April

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat para sahabat yang sekarang berada di merata seantero dunia. Syukur Alhamdulillah ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku mencoretkan sesuatu buat tatapan semua. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Al fatehah buat para sahabat, tabi' dan tabi' tabi'in sert pejuang-pejuang Allah yang sentiasa di rahmati oleh Allah S.W.T.

Seusai aku menyelesaikan tugas aku yang banyak. Alhamdulillah terlaksana juga tugas yang diberikan, Al Azhar dan PMRAM yang banyak mengajar aku erti melaksanakan tugas syukran jazilan ke atasnya. Coretan yang aku ingin lampirkan di dalam blog aku hari ini hanya berkisarkan kehidupan aku di bulan April. Sememangnya ada sifat malas di dalam diri aku semenjak aku berada di Malaysia. Tapi bukanlah istilah malas itu maksudnya aku hanya berlengang dan tido saja. Adalah kerja yang aku buat. Antaranya ialah:

Majlis Inovasi Kecemerlangan 2010 SMK Dato' Syed Esa

Tanggal 10 April 2010 sekolah di tempat aku mengajar sekarang mengadakan hari kecemerlangan kiranya Konvokesyen bagi budak-budak yang cemerlang di dalam SPM dan PMR 2009 lah dan juga pelajar-pelajar yang cemerlang di dalam Ko-Kurikulum.

Hari Sabtu itu aku di letakkan di AJK multimedia dan juga AJK buku program. Aku ditugaskan untuk meng-edit backdrop dan kulit buku program. Alhamdulillah apa yang aku pernah belajar semasa di Mesir dulu di adaptasikan di sini. Thankz Ustaz Hakimi Mustapai my big brother and otai aku kat sana.

Selesai program aku kepenatan dan lepak dekat asrama. huhuhu~~ Thankz to all Briged ICT SMK Dato' Syed Esa and Sir Fairdaus aka Kapten.

MAJLIS TILAWAH AL QURAN (MTQ) & FESTIVAL NASYID

17 April 2010 bersamaan dengan hari sabtu berlangsung Majlis Tilawah Al Quran dan Festival Nasyid peringkat Daerah Batu Pahat. Berlangsung di SMK Tun Ismail, Parit Raja. Awal pagi aku dah bawa budak-budak yang bertanding ke sana. Kami antara yang terawal sampai di tempat pertandingan dalam jam 7.50 pagi. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar.

Selepas mendaftar kami semua pergi menikmati juadah sarapan pagi - Nasi Lemak + Teh O ~~alhamdulillah.

Alhamdulillah keputusan yang diterima memberangsangkan Naib Johan @ tempat kedua keseluruhan. Naib johan Tulisan Khat, tempat ketiga, Syarahan (p), tempat ke empat hafazan (L) dan hafazan (p) tempat ke empat, berzanji (L) tempat ke empat, nasyid kelima. Alhamdulillah.

Thankz to Ustaz and Ustazah yang banyak membantu Kak Asiah, Umi Asnah, Kak Ku, Kak Eradila, Ustaz Herman, Ustaz Norsham, Sir Daus and Bro atiq. Kenangan ini tidak akan ku lupakan.

My Sanah Helwa 25 Tahun

Alhamdulillah aku diberikan Allah S.W.T untuk menghirup udara yang nyaman ini dengan diteruskan umur yang panjang. Tanggal 22 April lepas merupakan tarikh lahir aku bagi masehi walaupun aku punya tarikh lahir hijrah @ islam lama lagi huhuhu 1 Sya'ban. Thankz to my ayah (Mohd Shah) and ibu (Aminah) yang banyak memberi kasih sayang yang tidak pernah jemu di curahkan ke atas aku. Thankz juga kepada adik-adik aku Fariza, Fazrin, Farhanis, Farahzuna and Fasihajar .. u all my love sister. Thankz juga kepada rakan-rakan dan sahabat yang mengucapkan tarikh lahir aku dan mendoakan aku. Tidak meminta yang lebih doa sahaja yang ku pinta dari kalian. Jika hadiah itu bonus dari mereka. Thankz 2 Sir Fairdaus pemberian Kek Coklat Secret Recepies dan juga anak murid Nurshahidah yang memberi beg HP. Terima kasih banyak-banyak. Ku doakan kalian di rahmati oleh Allah S.W.T

Kem Pengukuhan Solat

Alhamdulillah walaupun tinggak beberapa hari lagi aku akan tinggalkan SMK Dato' Syed Esa masih lagi aku diberi amanah dan kepercayaan untuk menjadi Fasilitator di dalam Kem Pengukuhan Solat peringkat sekolah. 27 April bersamaan hari selasa merupakan hari dilaksanakan Kem Solat kepada 40 orang pelajar yang dipilih dari kalangan pelajar-pelajar Melayu Islam yang kurang di dedahkan akan pentingnya Solat.

Bermula di awal jam 8.30 bermula dengan taklimat Kem seterusnya Ice Breaking dan minum pagi seterusnya dibahagikan pelajar-pelajar ini kepada 8 kumpulan. Aku menerajui kumpulan 2 untuk menjadi guru pembimbing mereka, walaupun aku tidak lama lagi dengan mereka Nazreen, Latif Daud, Muakmal, Reihan, Taufix anak-anak buah aku yang pintar. Walaupun mereka tidak di dedahkan dengan cara bacaan dan solat yang betul alhamdulillah mereka mengikut kata dan dapat menyelesaikan tugasan mereka. Moga kalian akan mendapat pengajaran dan terus menunaikan solat insyaAllah.

Kem solat mengakhiri dan melabuhkan tirainya pada jam 4.30 selepas solat asar dan majlis penutup yang dirasmikan oleh Tuan Pengetua Hj Fauzan dan seterusnya menyantap juadah petang.

Rasanya sampai di sini sahaja rencana dan bingkisan diari aku untuk 3 minggu ini. Ada rezeki aku akan menulis lagi cerita-cerita yang lebih menarik. Assalamualaikum.

Sunday, April 11, 2010

10 Hari Pemergian Din Beramboi

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Alhmadulillah segala puji bagi Allah yang Maha Esa. Selawat dan salam atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Fatehah buat para tabi' dan tabi'in serta ulamak dan juga muslimin dan muslimat yang telah meninggal dunia.

Hari ini genaplah 10 hari pemergian
Allahyarham Mior Ahmad Fuad ataupun dikenali dengan nama glamournya Din Beramboi (22 disember 1966 - 2 april 2010). Tanggal Hari Jumaat bersamaan dengan 17 Rabiul'akhir 1431. Pergilah seseorang pelawak yang sungguh lawak di antara yang lawak menemui Rabb-Nya.

Pemergian yang tidak diduga

Rasanya baru semalam aku melihat arwah bergurau senda dan berlawak jenaka di dalam TV. Family aku yang memasang Astro tidak mengecualikan aku untuk melihat program RAJA LAWAK dan juga Astro WARNA. Walaupun kadang-kadang aku lihat arwah bersahaja di dalam lawaknya. Tetapi apa yang aku dapat lihat lawaknya mempunyai tarikan yang tersendiri di dalam membicarakan satu-satu bab ataupun topik ketika membuat lawak. Terselit perkara tersirat dan tersurat yang kita tidak ketahui. Petikan di ambil dari sahabatku : al-Janggut

* Antara kata2 terakhir DIN BERAMBOI dalam rancangan WUHAI BERAMBOI episod terakhir sblm dia meninggal dunia..bagaikn mmberi petanda.. "jgn bersedih kerana hidup ini perlu gembira..hidup ini pendek saja ,gembira itu sgt pendek juga dan dalam hidup byk kesedihan sebenarnya, jadi kita buang kesedihan dan amik yg baik-baik belaka."

*teringat komen arwah semasa gelanggang akhir raja lawak.. selepas persembahan kedua dari alex, arwah berkata " alex, kalau saya tiada lagi di radio era,awk ambik alih tempat sy nanti"...

sebuah misteri dari keagungan ILAHI..

* Bila terbaca balik tweeter

Din Beramboi, aku terkedu. Dia macam dah tahu apa yang akan terjadi.
Sesape nk ganti aku tahun depan.. Dah x larat lagi nk buat klakar sbb dah berumur. Nak beribadah pula rasanya..

Tak ramai yg dpt bertahan apabila di uji dgn kemewahan & ksenangan Yakni, kekayaan juga sebahagian ujian menuju kehancuran.. Hati2! – 13 Mac 2010

Tanda2 ajal mula2 bahgian kaki berasa kebas2 kemudian bransur2 ke bhgian atas hingga ke nafas dan kluar selamanya.. Aku insaf! – 14 Mac 2010

Dia dah tau dia nk 'pergi'.


Keratan Akhbar credit to MURAI.COM
KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.


Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk beliau agar rohnya tenang di sisi Allah S.W.T

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang