Alam Ria Cuti Sekolah Siri 1

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Assalamualaikum buat para sahabat. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah SAW. Al fatehah buat para tabi' tabiin dan juga para ulamak.Tidal lupa juga kepada semua ilmuan-ilmuan. Rasanya dah lama sangat aku tak mengupdate blog aku ini. Dah ada broadband pun malas lagi nak menulis. Inilah namanya pasang surut...huhuhu. Pepun untuk kali ini aku nak mengisahkan cerita berkaitan dengan Cuti-cuti sekolah yang melanda di negara Malaysia ini.

Perkahwinan Sahabat-Sahabatku

Alhamdulillah bila time cuti sekolah macam ini memang banyaklah jemputan yang akan diterima baik kita ataupun orang-orang disekeliling ada jek yang menjemputnya tak. Aku pun tak terkecuali dari menerima jemputan kawan-kawan aku yang sudah sampai serunya melangsungkan pernikahan mengikut syariat yang Allah S.W.T tentukan untuk sekalian manusia di muka bumi ni. Sememangnya memang sudah suratan setiap pertemuan pasti akan dijodohkan tetapi ada juga pertemuan akan berjumpa dengan perpisahan.

Alhamdulillah bersyukur pada Allah S.W.T selesai sudah perkahwinan sahabat baikku sejak aku kecil sehinggalah aku dah besar ni. Ahmad Aizuddin Bin Ibrahim pada 5 Jun 2010 yang merupakan sahabat baik aku sejak aku berpindah di Pekan Ayer Hitam ini sehinggalah sekarang. Sejarah bermula sejak kami dimasukkan 1 kelas dari 2 Biru sehinggalah 6 Biru di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam. Kemudian berpisah ketika masuk sekolah menengah. Sememangnya member aku yang cool style seperti Afdlin Syauqi hehehe dan juga peminat OAG ini. Tahniah Bro.

Alhamdulillah sempat juga aku gi rewang. Potong bawang dan macam2 lagilah. Alhamdulillah dapat juga aku bacakan doa untuk Din di dalam majlisnya ini. Moga Allah memberkatimu sahabatku bersama zaujahnya. Amin. Moga kekal ke Jannah.


Aizuddin dan zaujah Junaidah


Tidak lupa juga kepada sahabat aku di sekolah menengah dulu Siti Salwa dan juga pasangannya yang juga sahabat aku ketika kami belajar di Maahad Johor dulu. Salwa merupakan sahabat ketika aku belajar di Sekolah Menengah Agama Parit Raja dulu ( Maahad Dini Pt Raja). Manakala Mohd Rasul Bin Amat merupakan YDP batch 2003 Maahad Johor. Mabruk sahabatku berdua. Moga kalian berkekalan hingga ke janah InsyaAllah.

Alhamdulillah dapat juga berposing dengan pengantin hehehe tapi tak sempat nak keluarkan dari HP. Nantilah yer. Alhamdulillah aku pergi secara rombongan dengan member sekolah seperti Akmal Hamid, Helmi Isnin, Asyraf, Balqiss, Azlin dan Hazura. X lupa adik aku Fariza yang nak ikut hehehe.

Alhamdulillah juga dapat berjumpa dengan rakan-rakan di Al Azhar dulu seperti Pak Syeikh, Abg Amaluddin, Abg Taufik dan juga Abg Yazid. Best sangat.


Siti Salwa dan Mohd Rasul

X lupa juga kepada akak2 aku Kak Faizahani dan juga Kak Fatimah yang pernah ku kenal semasa mengajar di Sek Men Dato' Syed Esa, Batu Pahat, Johor. Maaf tak dapat nak upload pict akak dalam blog sebab tak der pict pasangan hehehehe jangan marah yer.



My Adeq Birthday ( Nur Fasihajar)

6 Jun tiap-tiap tahun aku tak lupa pada Hari Lahir adik aku yang kecik sekali ini....heheheh Nur Fasihajar yang sangat pengemas orangnya aka pembersih dan juga mulutnya yang sedikit kecoh dan keras kepala. Banyak perwatakan dari ayahku hehehe. Semoga Adik dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. InsyaAllah Kak Farah balik dari asrama kita celebrate ye dik ngan belated besday kitorang yer....22 April (aku) dan 12 Mei ( Farahzunah.


Nur Fasihajar Bte Mohd Shah ( Besday GeGirl)


Nur Farahzunah Bte Mohd Shah ( Ceria Belated Besday Girl )


Comments

Popular Posts