Berlalu Sudah 10 Hari Kerahmatan - Bermula 10 Hari Pengampunan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"



Assalamualaikum syukran ke atas hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menitip sesuatu buat saudara-saudariku sekalian. Terlebih dahulu selawat dan salam ke atas junjungan besar Rasulullah SAW dan juga gugusan fatehah buat para sahabat, tabi' dan tabiin.

Sudah lama rasanya aku tidak meringankan jari jemari aku untuk menitip sesuatu untuk blog tersayang yang terlalu aku tinggalkan. Rasa macam tiada masa untuk memberi sesuatu untuk sahabat-sahabat. Tetapi hari ini macam ada satu kekuatan yang menginginkan aku menulis dan menyampaikan sesuatu, sesuai dengan pendirian aku iaitu 'Sampaikanlah ilmu walaupun ia hanyalah sepotong ayat'. Moga Allah memberkati segala usaha ku ini Ya Allah.

Alhamdulillah berlalu sudah 10 hari Ramadhan bagi 1431 Hijrah. Rasanya baru semalam aku mula berpuasa tapi hakikatnya sudah berakhir 10 hari Kerahmatan seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW.

'Awal mu rahmah, pertengahan mu keampunan, dan akhir mu dijauhi neraka'

Terfikir aku sejenak apa yang telah ku lakukan di sekitar 10 hari kerahmatan? adakah aku sempurna melakukan segala suruhan yang Allah SWT perintahkan. Adakah aku sempurna melakukan amalan sunnah Rasulku? Tepuk dada Tanya Iman. Allah memberi banyak kelebihan seperti ' Pintu Langit Luas Terbuka ' untuk umat Islam memohon segalanya kepada Rabb-Nya seperti yang di sabdakan oleh Rasulullah SAW.

اذا دخل شهر رمضان فتحت أبوب السما وغلقت أبوب جهنم وسلسلت الشياطين
(Apabila masuk bulan Ramadhan maka dibukakanlah pintu-pintu langit dan ditutupkan pintu-pintu neraka jahanam dan diikatlah semua syaitan) (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Lihatlah betapa Allah menyayangi akan segala makhluknya yang bersungguh-sungguh melalukan ibadah dan beriman denganNya. Adakah aku tergolong di dalam golongan orang-orang yang bertaqwa? Hanya diriku sahaja yang tahu. Ya Allah semoga hari-hari Kerahmatan di bulan Ramadhan yang MU berikan kepadaku engkau dengari dan kabuli ya Allah. Amin Ya Rabbal alamin.

Masih banyak lagi ganjaran pahala ibadah PUASA dan fadhilatnya yang perlu kita rebut seperti :
~~Ganjaran 70 puluh kali ganda bagi yang mengerjakan ibadah fardhu~~
~~Ganjaran pahala seperti ibadah fadhu bagi yang mengerjakan ibadah sunnat~~

Manakala fadhilat lain yang dapat kita terima dari segala pekerjaan ibadah di bulan Ramadhan seperti:
~~Mereka yang berpuasa akan mendapat balasan syurga~~
~~Doa orang yang berpuasa akan dimakbulkan oleh Allah SWT~~
~~Orang yang berpuasa mendapat dua kegembiraan iaitu :-
Semasa berbuka puasa dan juga apabila bertemu dengan Allah SWT ketika Hari Kiamat kelak.
~~Orang yang berpuasa akan mendapat peliharaan Allah SWT~~
~~Setiap kali sujud orang yang berpuasa Ramadhan dikurniakan 1700 kebaikan, dibinakan mahligai di Syurga dan 70 000 Malaikat memohon keampunan baginya dari pagi hingga petang~~

Lihatlah betapa indahnya dan besarnya ganjaran dan fadhilat yang diterima oleh orang-orang yang berpuasa. Tapi perlu ingat orang yang berpuasa bukan semata-semata berlapar dan kehausan sahaja. Tapi ia perlulah seiring dengan menjaga segala larangan dan menurut peintah Allah SWT. Semoga peringatan sesama manusia ini dapat di thabitkan di dalam hati setiap Insan. Ini semua untuk peringat bagi diriku dan juga umat islam sekalian. Semoga Ramadhan kita pada tahun ini akan diberkati dan diterima oleh Allah SWT.. Amin.

Bermula sudah 10 Hari Pengampunan untuk umat-umat Islam. Moga kita banyak beristighfar dan bertaubat di dalam mendapat ketaqwaan dari Allah SWT. Moga kita menjadi insan yang kenal akan diri ini hanyalah makhluk yang lemah dan tiada daya. Sesungguhnya hanya Allah SWT yang layak berkuasa. Kita mohonlah keampunan dariNya, mudah-mudahan Allah menerima segala taubat kita insyaAllah.

Sekian sahaja dari sesawang aku buat kali ini. Moga kita berjumpa lagi di lain masa dengan keizinanNya. Amin. Ambillah sedikit ilmu yang Allah SWT berikan kepada Ku ini untuk di kongsi bersama. Sesungguhnya aku hanyalah insan yang kerdil dan lemah. Yang baik itu datangnya dari Allah SWT dan yang kurang itu datang dari kelemahanku sendiri.

ilalliqa maa salamah

Selepas Solat Tarawikh
11 Ramadhan 1431 Hijrah
Ayer Hitam, Batu Pahat


Comments

Popular Posts