Barang Jenama Anda

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433 Hijrah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Selamat Menyambut Awal Muharram

Tuesday, November 22, 2011

Ngauman Harimau Muda di Indonesia.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah dengan kudrat iradahnya dapatlah aku menitip sesuatu untuk blog aku ini. Walaupun aku memang dah lama tak menitipkan sesuatu untuk blog aku ini. Tapi aku rasa aku nak menaip sesuatu intuk blog aku hari ini.

Hari ini dalam sejarahnya. Pasukan Malaysia - Harimau Muda dapat menumpaskan pasukan Indonesia - Garuda Muda pada Final Bola Sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Bung Karno. Senayan Indonesia. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana usaha Team Malaysia dalam mengekalkan pingat emas yang dimenangi di Laos pada Sukan SEA edisi 25 dengan mengalahkan Vietnam, diteruskan lagi dengan membenam tuan rumah Indonesia. Agregat kemenangan dengan sepakan penalti 4-3 hasil daripada seri 1-1 pada waktu keseluruhan dan waktu tambahan.

Banyak yang boleh kita dapati dengan kejayaan TEAM MALAYSIA - Harimau Muda ini.

* Pemain bermain dengan tenang dan corak permainan yang tersusun.
* Mendengar kata-kata dan mengikut arahan Captain dengan baik.
*Mereka tidak mudah mengalah walaupun gawang kita sudah dibolosi pada minit-minit awal permainan.
* Tidak takut untuk berlawan dengan pemain-pemain Indonesia yang rata-ratanya mempunyai susuk tubuh yang lebih besar dari MALAYSIA.
* Bermain dengan profesional tanpa mengikut perasaan.
* Dapat meresapi provikasi yang dilakukan oelh pihak lawan dengan berlawan tanpa mengendahkan segala ejekan dan tohmahan.
* Menghormati lawan walaupun kita di serang habis-habisan.
* Bermain hingga titisan peluh yang terakhir
* Tuah yang Allah berikan kepada kita - Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan sesungguhnya kejayaan ini datang dari Allah SWT hasil usaha semua pemain. Dalam Al Quran juga ada menyebut mafhumnya - " Barangsiapa yang berusaha maka Allah akan memberinya kejayaan hasil usahanya ".

TAHNIAH dan SYABAS TEAM MALAYSISA- HARIMAU MUDA atas kejayaan anda mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Kini MALAYSIA antara negara yang digeruni di arena Bola Sepak. Kekalkan semangat dan keazaman sepeti ini pada masa akan datang. Kami mendoakan agar pada masa akan datang nama MALAYSIA akan terpahat di Pentas PIALA DUNIA insyaAllah.

Teruskan kejayaan di kelayakan OLIMPIK dengan melawan SYRIA pada hari Rabu ini.

Terima kasih banyak- banyak buat semua pemain Malaysia terutamanya - captain marble - Badrol Bakhtiar - Gol Keeper yang cekap - Khairul Fahmi @ Apek dan penjaring gol Asrarudin serta pemain-pemain lain. Teruskan usaha. Jangan Lupa Sujud Syukur dan Buat Kenduri Kesyukuran dan Doa Selamat yer. Dekatkan diri kamu semua dengan Allah SWT. AMin moga kita semua di berkati olehnya. Amin.

Monday, August 01, 2011

Salamun Alaika Ya Ramadhan 1432 Hijrah


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi keran adengan limpah kurnianya dapatlah kita sama-sama menyambut bulan Ramadhan ini dengan limpah kurnia dari Yang MAHA ESA. Ya Allah kembali lagi aku berjumpa dengan Ramadhan utuk 1432 Hijrah pula. Sesungguhnya engaku yang menetapkan seseorang itu akan mengecapi ramadhan akan datang atau pun tidak. Kedatangan Ramadhan pada awalnya sungguh RAHMAH. Datangnya sangat dinanti-nantikan. Aku seperti tidak percaya kedatangan Ramadhan kali ini penuh dengan warna dan warni kehidupan aku untuk tahun ini.

Rasa sangat sederhana dalam meraikan Ramadhan kali ini. Maybe inilah Ramadhan yang pertama kami semua berpuasa tanpa Insan Yang Tersayang - Ummie @ Ibu , Aminah Binti Hj Kayat. Moga Ibu dapat bersama-sama kami sepanjang Ramadhan kali ini walaupun di tempat yang berbeza. Ibu kami rindukan Ibu. Moga Ibu tenang dan gembira di taman-taman syurga di sana. Kami sentiasa akan mengingati Ibu InsyaAllah.

Alhamdulillah 1 Ramadhan kali ini adik beradik aku dapat berkumpul semua. Angah ( Nor Fariza selamat sampai dari Kota Jamb, Indonesia ke Tanah Air MALAYSIA pada malam 1 Ramadhan. Walaupun terpaksa menjalani kesusahan dan ujian ketika hendak pulang.

Erin dan Anys juga balik dari tempat pengajian mereka masing. Farah dan Adik juga pulang dari Asrama. Sungguh Kami terasa kehilangan Ibunda Tercinta. Ketika Aku menjadi Imam bagi adik-adikku di saat menunaikan Solat Maghrib, terlintas kelibat Bonda bersama di dalam solat kami. Sebak dah sayu hatiku ketika mengalunkan Surah Al- Fatehah. Ya Rabb...ampuni dosa-dosa Bonda kami Ya Allah.

Rasanya sampai di sini sahaja nukilan buat kali ini, InsyaAllah episod akan datang akan ada lebih lagi ceritera Ramadhan buat sahabat.

"Eidul Ramadhan Al Mubarak"
Semoga Kita Dapat Melaksana Ibadah Dengan Baik

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.


Monday, July 18, 2011

Sya'ban Datang Lagi Untuk 1432 H

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sudah sebulan aku rasa tidak menulis sesuatu di dalam nota kehidupan aku ini yer. Syukur Alhamdulillah Allah memberi izin kepada aku untuk menitip jari jemariku menyusuri ruang maya ini. Banyak sebenarnya episod dan ceritera yang hendak aku luahkan tapi ada yang aku tak mampu nak menitipnyer dengan lebih mendalam, semoga sekadar yang mampu aku titipkan. Alhamdulillah sudah hampir kita kepada bulan Ramadhan yang teristimewa. Bulan yang penuh dengan kerahmatan. Selesai sudah 15 Sya'ban sekarang ini bermulalah menuju ke titik akhir Ramadhan. Sya'ban bulan kelahiranku moga aku dapat membuat pekerjaan yang terbaik buat diriku.

::Kelebihan Sya'ban & Persoalan 15 Sya'ban @ Nisfu Sya'ban::

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟ ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." [Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan ]

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." [Hr Bukhari - sahih]

Hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا

" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." [Hr Nasaie]

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا

"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa."
[Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih]

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه

"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
[Hr
Bukhari dan Muslim]

##Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
[Hr Ibnu Majah - hasan]

Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim. [ Kredit to Ustaz Salman Maskuri ]

:: Walimah Akhi-akhiku::

Bulan 6 dan bulan 7 ini ramai akhi-akhi aku yang membuat walimatul Arus. Yang pertama buat sahabatku sejak sekolah lagi dan sepermainan aku Imam Azrul Aminur Rashid dan Pasangannya Nur Shila yang melangsungkan perkahwinannya pada 3 Jun 2011 [ akad nikah hehehe ].

:: Azrul & Shila @ 1 Rejab 1432 Hijrah ::


Yang kedua brother otai aku Brother Abdul Wafiey dan pasangannya Ira pada 11 Jun 2011 [pompuan ] 25 Jun 2011 [ tempat lelaki ]. Maaf sahabat tidak dapat datang ke walimah kerana tarikh-tarikh tersebut aku bertarung dengan paper final exam.


:: Wafiey & Ira @ 19 Rejab 1432 Hijrah ::

Tak lupa juga sahabat di Sekolah Menengah Agama Parit Raja... Ustaz Hanifa Bin Hosnon dan pasangannya Raihan pada 17 Julai 2011 [ semalam bersamaan 15 Sya'ban ].


:: Hanifa & raihan @ 15 Sya'ban 1432 Hijrah ::


Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada semua. Semoga berkekalan dan Semoga berbahagia hingga Jannah InsyaAllah.

"Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatin Kurrata A'yun Wa Ja'alna mutttakina Imama"

:: Doaku yang sentiasa di titip di dalam bait-bait doa setiap kali selepas solat, Ya Allah permudahkankan jalan jodohku dan temuikanlah aku jodoh yang boleh membimbing aku dan keluargaku amin....::




Monday, June 20, 2011

Exam Oh Exam [*_*]ZzZzZ

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah hari ini aku rasa macam nak menulsi sesuatu kat dalam blog aku ni. Rasanya dah lama sangat aku tak memberi berita-berita terkini tentang diri yang bergelar Aizawa Ishibashi ni...ramai anak-anak buah aku panggil aku Mr Aizawa..ahakz gara2 nama aku kat Facebook. Pepun gelaran yang diberi aku tetap aku- Mohd Farizal Bin Mohd Shah.

::18 Jun 2011 @ 16 Rejab 2011::

Hari Sabtu yang lepas adalah hari penentu sebenarnya buat aku. Walaupun tidaklah segah mana aku nak hadapinya. Hanya Allah sahaja yang tahu aku prepare macam mana untuk exam ni. Tapi agaknya Allah itu Maha pemurah untuk diri yang mahu menuntut ilmu walaupun rasa payah dan kekadang rasa nothing dalam diri ni. Allah permudahkan juga exam Syafawi aku untuk hari ini. Aku yang datang lambat dari Johor sampai ke UKM alhamdulillah Allah permudahkan Imtihan Syafawi aku.

Terasa diri ini sangat lemah bila dah nak exam ni, banyak dosa dan maksiat yang belum lagi aku lunaskan dengan Allah SWT. Hanya Allah sahaja yang tahu apa yang hambanya ini lakukan dan buat. Ya Allah berikan lah diri ini hidayah untuk memberi bimbingan kepadamu Ya Allah.

::19 Jun 2011 @ 20 Jun 2011::

Ya Allah hari ini dalam sejarah aku tumbang lepas subuh dari kul 7 pagi sampailah 130 petang, memang betul2 aku tido x sedar apa. Bila aku sedar adik-adik aku dah masak dah. Adeq Hajar dan Eryn balik...x derlah sunyi aku kat umah ni. Lagipun kawan-kawan adik ada datang kat umah ni. So riuhlah sikit dengan suara nyaring si eryn yang takut kucing [ tapi sekarang dah berani dah dengan si Tompok].

BLITZ ~~ huhuhu layan semalam. Terbaiklah sahabat-sahabat.

::Mood mendatang - Final Exam Semester 2 - UKM nantikan kemunculan ku kembali::

::Examination Table::
24 Jun 2011 - Feqh Ibadat dan Muamalat
25 Jun 2011 - Pengantar Qiraat dan Hubungan Ethnik
26 Jun 2011 - Akhlak dan Tasauf

1 Julai 2011 - Maharat Al Muhadathah Wa Al Khataba
2 Julai 2011 - Feqh Sirah
3 Julai 2011 - Journal Research


Sunday, June 05, 2011

Riang Ria Walimatul Arus Mayu Wa Yuliyu

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang empunya sekian alam. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Tidak lupa juga buat para sahabat, Tabi' Tabiin dan juga ulama' warsatul anbiya.

Terasa jemari ini hendak menulis sesuatu untuk bulan ke enam ini termasuklah bermulanya bulan REJAB bagi tahun 1432 Hijrah. Seawal mula aku hendak menulis sebaris kata-kata terbit rasa gembira yang aku dapat rasakan buat semua orang. Majlis Walimatul Arus tajuk yang hendak aku sampaikan kepada semua hahaha. Memang musimnya sekarang ini. Sekurang-kurangnya dapatlah aku hilangkan rasa nak kahwin ini. Yerlah tengok sepupu-sepupu dan sahabat-sahabat kahwin terasa pulak nak kahwin. Tapi bila yer...entahlah. Allah sahaja yang tahu bila dan masa ketikanya aku ini akan menemui jodoh. Dengan siapa? dan bila tarikhnya? itulah nikmat istimewa yang Allah akan berikan kepada aku.

Bermulanya bulan Mei iaitu 14hb Mei dan 15hb Mei sepupuku Khairul Anuar Bin Mad Said melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya orang Felda Ulu Belitong. Banyak kenangan yang aku dapat masa berlangsungnya perkahwinan Ann ( kazen aku ni), benda yang tak boleh lupa ialah Ovehall kete si mamat Amirul Hakim (my kazen aku juga atau dikenali sebagai Along Sifu). Dan kete itu diangkut menyeberangi 3 daerah. Kota Tinggi - Kulai - Pontian. Memang giler bukan pakai toink tapi tarek dengan kabel dengan selamba. Huhuhu selamat sudah dan tamat zaman bujang Ann. Aku dan Along bila lagi (3 sekawan sejak kecil) hahaha. Tengok dan lihat jeklah.



Lepas tue Kazen aku juga iaitu Nur Shefina Binti Mat Seh (kazen aku yang sebaya dengan Nor Fariza Dan Nur Syuhada - 3 Kembar ) juga melangsungkan walimahnya pada 28hb Mei yang lepas. Warna Pink menjadi temanya. Sangat comel Kazen aku ni Fina ooohhh Fina.

Buat abang sepupu aku Mohd Taufik dan juga pasangan. Selamat pengantin baru juga aku ucapkan semoga di panjangkan umur dan di luaskan rezekimu berdua hingga ke Jannah. Maaf tak dapat ikut majlis sebab ada hal2 tertentu. Maaf sangat2. Abang Taufik merupakan anak kepada Pak Long Panot aku iaitu PakLong sebelah Arwah bondaku. Duduk di Parit Selangor, Pontian.

Ada lagi ...huhuhu tak lupa buat sahabat baik aku. Azrul Aminurrashid yang menemui cinta jantung hati iaitu Nur Shila, betul-betul tak sangka kawan sejak dari sekolah rendah menemui cintanya akhirnya walaupun aku tahu kisah silam Arul ni huhuhu hanya aku sahaja yang tahu. Barakallahulakuma Wa Baraka Alaikuma Ya Akhi. Imam Azrul moga bahagia hingga ke Jannah. Selamat Ijab Kabulnya pada Khamis Malam Jumaat 2hb Jun bersamaan 1 Rejab 1432 Hijrah. Sunah melangsungkan akad nikah hari jumaat. Majlis belah perempuan 5hb Jun dan lelaki 11 Jun. Maaf tak dapat nak pergi sebab banyak kerja kena buat ada masa aku rewanglah insyaAllah.

Tak lupa juga sahabat di Sekolah Menengah Agama Parit Raja... Ustaz Mohd Akmal Bin Abd Hamid dan juga tidak lupa juga Mohd Ashraf yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini iaitu 5 jun 2011 bersamaan 3 Rejab. Selamat Pengantin Baru aku ucapkan. Semoga berkekalan dan Semoga berbahagia hingga Jannah InsyaAllah.

"Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatin Kurrata A'yun Wa Ja'alna mutttakina Imama"
:: Doaku yang sentiasa di titip di dalam bait-bait doa setiap kali selepas solat, Ya Allah permudahkankan jalan jodohku dan temuikanlah aku jodoh yang boleh membimbing aku dan keluargaku amin....::

Sunday, April 17, 2011

Ana, Ukhti dan ...?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Ana, Ukhti dan ... ?

Bab 1

Sejak kebelakangan ini aku rasakan diriku kesunyian sangat, lebih-lebih lagi semenjak umiku sudah kembali ke Rahmatullah. Rasa diri ini semakin sunyi dengan gelak tawa dan senda gurau Umiku. Umi kenapa Umi pergi dulu dari Faiq? Kenapa Umi? Ya Allah permudahkanlah hati ini dengan segalanya ya Allah, permudahkanlah segala urusanku Ya Allah.

"Akhi...!!! kenapa mengalamun ni...teringat dekat Umi yer?", tiba-tiba adik menyergah diriku yang entah berapa lama mengalamun mengingati pemergian arwah Umiku.

"Ish...adik ni terkejutlah akhi...lain kali berilah salam, jangan sergah-sergah macam ni tau...nanti akhi sakit jantung macam mana..!! Nasib baik akhi tak der sakit jantung tau!!". Nada suaraku sikit meninggi dekat adik bongsuku yang sangat aku kasihi dan sayangi.

"Hehehehe...padan muka akhi, kalau adik tak sergah macam tue entah sampai bila akhi mengalamun tau dak! dah jom makan...Baba dah panggil tue".

Rupa-rupannya adik aku panggil aku pergi makan, tapi macam nak mati aku dibuatnya. Adik...adik. Kesian adik aku ini masih sekolah lagi dah hilang tempat bermanja. Kesian adik, Umilah tempat dia bermanja ialah anak bongsu mestilah manja. Aku dan Adik memang manja dengan Umi daripada yang lain. Sulong dan bongsu macam tuelahkan.

Waktu :4.00 P.M
Lokasi: Halaman rumah

Kebiasannya waktu-waktu macam ini, aku biasanya akan beri makan kucing-kucing aku. Tompok dan Kembang [ Anak-anak kucing yang dipungut oleh adik ku yang suka sangat kucing boleh digelar Ummu Hurairah .. hehehe ]. Makanan diorang ini biasalah kalau tak Friskies, Nasi Bersardin...yum-yum sedapnya.

"Allah...Allah kiyakaro...", tetiba Handphone aku berbunyi. Aku tengok dekat screen. Terpampar nama Ustaz As'ari. Terfikir sejenak...apa kes pulak ini. Mesti ada hal penting ni.

"Assalamualaikum...yer ustaz ada apa-apa yang boleh saya tolong?".

"Waalaikumussalam...Faiq boleh ana bercakap dengan enta sekejap?".

"Ahlan...ahlan..InsyaAllah ustaz apa dia ustaz".

"Faiq macam ini..sekarang ini sekolah ana ada kekosongan guru, boleh tak enta masuk untuk mengajar. Jika boleh ana bagitahu dekat pihak pengurusan untuk ambil enta sebagai guru sandaran dekat sekolah ana, macam mana?".

"Oooo macam itu yer usataz insyaAllah boleh aja...Ana terima je, lagipun ana sekarang ini belum bekerja lagi baru saja habis belajar kan. Macam tahu-tahu pulak memang sekarang ini saya tengah usaha untuk cari kerja".

"Baguslah macam tu Faiq, Alhamdulillah senang berurusan dengan enta ini, tak salah saya pilih enta masa enta jadi guru ganti di sekolah ana dulu. Apapun esok datanglah waktu pagi macam biasa rutin sekolah dulu yer di SM Bestari Jaya.."

"InsyaAllah saya akan datang ustaz."

"Alhamdulillah terima kasih yer Faiq, oklah jumpa esok pagi yer."

"Assalamualaikum...Syukran ya akhi...ilalliqa".

"Waalaikumussalam...afwan lakh..maa salamah ya ustaz".

Tidak disangka-sangka aku rupa-rupanya Allah SWT itu Maha Mendengar permintaan hambanya ini. Ya Allah syukur ke atas-Mu kerana memberi jalan rezeki yang mudah. Syukur atas-Mu Ya Allah. Bermula esok akan bermulalah pekerjaan aku sebagai seorang pendidik. Cita-cita yang aku idamkan sejak di bangku sekolah lagi. Moga Allah permudahkan segala urusanku. Ustaz As'ari merupakan kenalan aku ketika aku menjadi guru ganti di sekolah lama beliau. Sekarang ini dia menjadi Guru Kanan SM Bestari Indah, aku mendengar dari kawan-kawan lama di sekolah ku dulu mengatakan beliau akan ditukarkan ke sekolah lain. Apapun terima kasih aku ucapkan kepada dia kerana dia banyak mengajar aku dan memberi tunjuk ajar untuk menjadi seorang tenaga pengajar yang berdedikasi dan berdisiplin. Rekod aku yang baik di sekolah lama aku dan di peringkat daerah membuatkan aku dikenali di sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah. Alhamdulillah semua ini berkat doa Umi dan Baba untuk anak lelaki tunggalnya ini. Umi doakanlan anak Umi ini menjadi anak yang soleh dan menjadi pembimbing yang melaksanakan syariat Allah SWT.




Wednesday, March 30, 2011

Harta Pusaka STPM & STAM

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Ada apa dengan kenangan? mesti kita ada kenangan lampau yang banyak memberikan kita semangat dan daya usaha untuk berjaya. Menjana pemangkin untuk menjadi yang terbaik daripada yang terbaik. Al-kisahnya terjadi bila mana aku dan ayah kemas-kemas stor berhampiran rumah tinggalan aku yang dulu. Sedang kemas-kemas tiba-tiba aku terpandang satu fail sijil berwarna hijau. Aku rasakan aku macam kenal sangat dengan fail tersebut.

Maka aku pun membelek-belek fail tersebut, Ya Allah rasa gembira yang teramat sangat kerana fail ini adalah antara barang yang aku cari selama ini. Alhamdulilah syukur pada Allah SWT. Sememangnya itu barang berharga dan barang peninggalan yang banyak terdapatnya kenangan yang tidak boleh dilupakan. Syukur Alhamdulillah...jika nak tahu apa dia nanti aku scankan.

Banyak sangat memori yang ada dalam kotak fikiran aku selama ini..jom kita rungkai apa kenangan yang aku ada pada tahun 2003 dan 2004.


Ini adalah penulisan aku ketika aku boring
'My Little Poem in my Class 2003-2004'




Tak lupa juga lukisan-lukisan yang aku suka lakarkan bila aku di tahap bosan menghafal madah-madah STAM dan bahan2 fakta bagi STPM...huhuhu. Rasa-rasa korang aku boleh jadi pelukis tak? Mesti korang akan rasa apa yang aku rasa. Heheheh zaman ini zaman yang banyak seni lukisannya terkesan dengan life sebagai student di dalam Arabic High School in Johor.Semoga apa yang Allah berikan kepada aku. Akan aku perincikan dengan jayanya.












Lukisan lakaran yang sangat aku suka.berlatarkan MAAHAD JOHOR. Kehidupan pelajar ' Student Life'.
Sangat banyak kenangan yang aku teringat. Memori di kelas Hanbali dan Al Alusi yang membuatkan aku kini menjadi orang yang berguna. Jasa baik MJ akan ku kenang hingga ke hari ini. Walaupun detik pertemuan dan ukhwah yang terjalin di antara kita semua hanyalah setahun dan 2 tahun sahaja. Tetapi eratnya ukhwah kerana Allah ini. Kasih sesama insan dan manusia ini semata-mata kerana Allah. Maka mendatangkan kenikmatan Ruh Ukhwah dan persahabatan.

[ 3 lukisan lakaran yang dilukis dengan nama lukisannya - Cinta MJ- ]

Tidak selalu aku begini ceria dengan terjumpanya kisah-kisah lama yang aku simpan tetapi hilang. Syukur berjumpa kembali dengan nilai yang berharga ini. Walaupun aku bukan orang yang seni tapi aku mahu terapkan nilai-nilai seni ini agar tidak hilang dek masa yang berlalu cepat tanpa mengira depan tue Highway ataupun Jalan persekutuan.
T
'

[Lukisan Separa Siap - Ketenangan MJ ]


Ini antara lukisan yang aku rasa sangat meninggalkan memories di alam persekolahan tinggi aku...? nak tahu tak apa dia lukisannya...? hehehe kita sambung akan datang yer...banyak yak tak scan lagi sebenarnya...Tunggu kalau tak tunggu rugi.. Ok nak masuk tidur lah esok karang ngajar otaknya ngantuk....Good Nite All Somebody.

1.22 A.M
Bilik Bujang No 6

Tuesday, March 29, 2011

Persiapan Festival Nasyid 2011

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah hari ini bersyukur dengan limpah kurnianya dapatlah aku menitipkan sesuatu untuk pengisian aku untuk hari ini. Aku pun tak tahu kenapa sekarang aku kerap melayari dan menitip sesuatu untul blog aku maybe aku ada sumber inspirasi yang membuatkan aku rajin nak menulis blog. Apapun syukur pada Allah Taala kerana mengizinkan aku untuk mengguna pakai jejari ini untuk menaip dan membina ayat dan membentuk sumber bacaan bagi tatapan sahabat-sahabat sekalian.

Minggu ini aku boleh dikatakan sibuklah kerana aku kena handle bahagian nasyid. Aku menjadi pengurus nasyid sekolah. Aku bukan tiada pengalaman tapi aku kurang pendedahan. Maybe Allah nak beri lagi tugasan baru untuk meningkatkan lagi pengalaman dan daya kerja aku. Syukur atas segala pemberiannya. Semalam dan hari ini aku banyak buat urusan untuk pembelian barang-barang alatan 'Percussion' nasyid. Alhamdulillah pihak sekolah memberi peruntukan yang tidak disangka-sangka. Memang rezeki kamulah anak-anak.

Antara alatan yang hendak dibeli :





Ini adalah Shaker Tycoon


Ini adalah Tamborine


Ini adalah Chime


Ini adalah Djembee

Harapan aku ialah kumpulan Nasyid sekolah tahun ini dapat tempat di Festival Nasyid nanti. Aku juga berharap mereka dapat buat yang terbaik kerana cikgu-cikgu sudah berikan apa yang kamu hendak. Janganlah mensia-siakan pengorbanan guru-guru kamu yer.Tidak lupa juga jagalah alatan yang dibeli ini dengan baik dan terjaga rapi. Cari pelapis yang dapat menjaganya dengan baik. InsyaAllah training minggu ini dibuat selepas sekolah jam 1.30 petang hingga 2.30 petang. Aja...Aja Fighting!!!

Monday, March 28, 2011

Multaqa' Imam Remaja SMK Daerah Batu Pahat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah peneraju semesta Alam. Empunya langit dan bumi serta masa yang diberikan ke atas kami semua. Alhamdulillah selesai sudah tugasan yang diberikan kepada aku yang di amanahkan untuk menjadi Pengerusi bagi 3 slot. Pengalaman yang tidak pernah aku impikan. Pernah menjadi pengerusi majlis ketika menjadi tenaga pengajar di SMK Dato' Syed Esa dulu. Tapi banyak yang tegur aku tak berapa pandai dalam bidang tersebut. Tapi ada aku kisah semua tue.hahahaha..yang penting tahun ini pengalaman mengendalikan slot-slot terbabit membuatkan aku banyak buat research mengenai cara dan bagaimana menjadi pengerusi yang versetyle hahaha. Ntah apa-apa ntah aku merepek ini.

Selama 3 hari 2 malam di Masjid An-Nur Kampung Seri Dayong, Sri Medan. Seramai 240 orang pelajar dari seluruh SMK Daerah Batu Pahat berkumpul dalam menjayakan satu program peringkat daerah iaitu " Multaqa' Imam Remaja SMK Daerah Batu Pahat". Satu program baru bagi tahun ini yang dicanangkan oleh pihak JKD Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat. Banyak pengisian yang dibawa oleh semua penceramah dan urusetia dalam menjana dan mendidik anak-anak pelajar ini cara bagaiman menjadi seorang Imam Remaja.

Dalam program ini boleh dikatakan aku antara urusetia yang malas hehehe. Sebabnya aku datang ke sana petang sabtu dan tidur di sana alhamdulillah. Sebabnya aku menjadi pengerusi slot untuk sabtu malam ahad itu untuk 2 slot dan esoknya iaitu hari ahad untuk slot terakhir bagi semua slot-slot pengisian. Banyak perkara yang aku dapat dan ilmu yang aku dapat ... kira meneguk di air keruh jugalah. Sambil menjaga pelajar sambil kita cedok ilmu yang disampaikan oleh para penceramah dan pengisi slot. Aku yang sampai lambat inipun boleh ambil ilmu dari penceramah lagilah pelajar-pelajar remaja yang baru hendak naik ni.

Walaubagaimanapun aku bersyukur dengan semua yang Allah tetapkan pada diri ini. Mudah-mudahan segala apa yang diberikan oleh aku ini. Dapat aku manfaatkan dan menjadi titik tolak untuk menjadikan diri ini lebih cenderung untuk melaksanakan segala apa tugasan yang diberikan. Cabaran dan dugaan yang Allah berikan itu semuanya ada hikmah untuk semua insan.

Untuk semua para urusetia dan para imam remaja, terima kasih atas semua. Semoga Allah memberikan peluang lagi untuk berjumpa dengan kamu sekali lagi. InsyaAllah.

Thursday, March 24, 2011

Perihal Beg Old Skool

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Beg Old Skool Aku Yang Berharga

Hari ini aku nak cerita episod yang berlaku dekat sekolah. Aku sebenarnya tak suka nak cerita perihal peribadi-peribadi ni tapi dah nak cerita aku cerita jeklah. Hari ini hari Khamis biasalah hari yang kena pakai baju batik. Pakaian seragam bagi penjawat awam walaupun aku ni bukannya tetap menjadi penjawat awam ni. Belum lagi datang al kisahnya pada waktu pagi hinggalah tengah hari. Hari ini aku lewat pulang ke rumah kerana kenderaan yang biasa aku bawa KENARI ku JHH 59 dibawa pergi oleh adindaku Angah ke Johor Bahru untuk menguruskan sesuatu perkara yang urgent. Maka aku dengan baik hati memberinya pakailah.

Aku menunggu kira lamalah juga. Sepatutnya waktu pulang bagi guru-guru sesi pagi ini dalam jam 2.00 petang. Tapi aku boleh ter 'Stay' hingga pukul 5 petang. Sempatlah aku menanda buku dan siapkan 'LISENT PLANT' aku. Al kisah 'Perihal Beg' ini bermula apabila aku hendak pulang dan aku singgah di surau. Selepas seusai melaksanakan tanggungjawab aku. Allah memberi ujian yang sangat-sangat terujilah. BEG aku hilang!!! wahhh gempar sangat ceritanya ni deh!!!...Dedor hati aku...bila BEG kesayangan aku tu hilang. Mengelabah aku dan aku tak leh nak tenang kerana BEG itu nilainya lebih kurang RM5 ribu. Percaya atau tak tolonglah percaya...!!! hehehe.

Aku dengan selambanya mencari beg tue dan kemudiannya menyerang pelajar-pelajar petang yang entah aku kenal tak kenal ini. Aku soal semua bebudak yang solat Asar tadi. Arghhh !!! tensionnya aku.. Aku terus cari seorang guru disiplin sekolah aku untuk membantu aku mencari beg tersebut. Alhamdulillah belum sempat buat anouncement BEG berharga aku dah ditemui, terima kasih buat anakanda yang menolong aku. Aku terus mengertak siapa punya angkara yang mengambil BEG aku yang boleh dikategorikan " Niat mencuri dan mengebas'!!..Aku dapat juga memetik 4 orang budak yang mengambil BEG berharga aku ini . Aku terus serahkan untuk siasatan lanjut guru disiplin sekolah.

Mengapa BEG old Skool aku ni terlalu berharga :

1: Mempunyai LAPTOP yang berharga RM2000.

2: Mempunyai polisi-polisi client Takaful Ikhlas aku yang berjumlah RM1000.

3: Mempunyai Beg duit aku yang terdapat berbagai-bagai KAD2 Bank dan KAD2 penting.

4: Mempunyai tesis dan research aku dalam pengajian di Universiti.

5: Lastly mempunyai CHECK bernilai RM.... dirahsiakan..

Konkolusinya Aku dah tak boleh letak BEG berharga aku ini sembarangan..walaupun BEG aku ini serupa dengan beg-beg anak-anak murid aku...itulah aku yang suka Style Old Skool. Ingat sahabat-sahabat beringat-ingat dahulu sebelum berlaku perkara tak disenangi. Sediakan Payung Sebelum Hujan.

Monday, March 21, 2011

Sekolah & Ikhlas

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah selesai sudah sesi cuti persekolahan bagi penggal pertama. Alhamdulillah ramai yang suka kembali dan ramai juga yang mengeluh untuk kembali bertugas seperti biasa. Adatlah bagi seseorang itu ada naik dan turunnya di dalam mengerjakan sesuatau pekerjaan. Tapi yang paling penting kita hendaklah ikhlas di dalam melaksanakan semua tanggungjawab dan amanah yang diberi walaupun kekadang pahit dan susah untuk melaksanakan kerja-kerja yang disuruh. Apapun biarlah Allah yang memberi ganjaran atas segala kerja yang kita lakukan.

Bagi seorang guru kita hendaklah tanamkan keikhlasan di dalam setiap pengajaran kita dan juga setiap kali kita bertemu dengan anak-anak murid kita, sememangnya kekadang kita akan rasa tension dan bosan dengan segala apa yang berlaku di sekolah. Dengan pelbagai masalah kita harungi hinggalah berakhir episod kita iaitu 'PENCEN'. Tapi jika hendak dikiralah umur aku dan umur pencen ni. Aku rasa lama lagi nak merasa pencen ni. Entah merasa atau tidak itu aku tidak pasti sama sekali. Apapun moga Allah berikan aku keikhlasan atas setiap pekerjaan yang aku hendak laksanakan.

Seorang guru juga harus memberitahu pada anak-anak didiknya bahawa, setiap kali datang dan menuntut ilmu juga hendaklah disertai dengan niat yang ikhlas maka dengan sendirinya ilmu yang hendak dituntut dari seorang guru itu akan dipermudahkan jalannya oleh Allah SWT hendaknya..amin.

Minggu ini aku kena jalankan tugas lagi sebagi Guru Bertugas mingguan. InsyaAllah aku akan laksanakan dengan baik. Walaupun aku dah bertugas untuk minggu sebelum cuti persekolahan. Takperlah maybe inilah cara aku nak dekat dengan anak-anak murid aku. Aku terus terang katakan aku tak leh nak tegas dekat sekolah yang baru ini walaupun aku segarang-garang orang kat sekolah lama dulu. Entahlah maybe Allah nak beri rehat kat aku supaya aku tak strees kalau tak aku kena penyakit lama lagi karang.

Aku rasa selepas ini aku akan sibuk dengan pelbagai tugasan yang akan diberikan oleh pihak sekolah. Minggu ini kau kena handle bebudak untuk Multaqa Imam Muda di Sri Medan. Selepas itu aku juga kena handle untuk tugasan latihan Nasyid Peringkat Daerah juga. Ya Allah beratnya tugasan yang kau berikan ke atas ku. Moga Engaku datangkan keikhlasan di dalam diri dan hatiku ini Ya Allah.

Maybe inilah yang dikatakan rezeki aku. Walau bagaimanapun Sinaran Baru mencerna di sekolah ini. Ya Allah tetapkan jiwaku Ya Allah. Permudahkan Urusan ku di Dunia dan di Akhirat.

Buat Sahabat-sahabat dan anak-anak muridku...WELL BE BACK TO D'SCHOOL.

Tuesday, March 15, 2011

BALA @ UJIAN SANG PENCIPTA D'JAPAN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"




Keadaan Laut Jepun dilanda Tsunami di Lautan.





Keadaan Jepun dilanda Tsunami di Kawasan Perumahan.



Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis sesuatu buat blog aku yang aku rasa dah sunyi jugak ni. Pepun aku cuma nak mengeluarkan gaya kritis aku dalam menyingkap kejadian yang menimpa negara Termaju di Dunia [ JEPUN ].

Tanggal 11 Mac 2011. Kejadian yang tidak kita sangka akan berlaku. Aku rasa semua dah tahu dah kan macam mana keadaan mereka di sana. JEPUN dilanda TSUNAMI dan Letupan LOJI NUKLEAR yang boleh menyebabkan seluruh dunia berada di dalam keadaan bahaya.

Adakah kita lihat perkara ini atas dasar bencana alam? Ia jika difikir secara logika akal manusia yang bertuhankan SAINS dan TEKNOLOGI akan terkeluar dari mulut mereka bahawa ini adalah fenomena bencana alam yang seringkali kita lihat di mana-mana. Hasil gerakan-gerakan plat-plat bumi di kerak bumi di bawah dasar laut. Tapi bagi umat Islam khususnya lihatlah ia atas dasar IMAN dan TAQWA, sesungguhnya itu adalah tanda peringatan bagi mereka yang tidak lagi ada iman dan amal di dalam kehidupan mereka.

Kehidupan mereka yang serba mewah dan bertunjangkan SAINS TEKNOLOGI semata-mata dan mengagungkan TAMADUN MODENIS membuatkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya menelan air liur mereka tanpa tahu air liur itu datang dan hasilnya dari mana. Adakah ia datang secara semula jadi atau tiba-tiba terjadi. Itulah bidalan bagi orang yang tidak percaya akan kewujudan Allah SWT. Mereka seringkali menyalahgunakan pancaindera yang telah Allah berikan seperti MATA, TELINGA , HATI dan MINDA. Mereka lebih suka menyembunyikan hakikat kebenaran yang sebenar.

Cubalah kita tanya kepada mereka yang mengalami bala@bencana di sana ketika ini, apakah yang mereka fikir dan bagaimana cara mereka menilai organisasi kehidupan ini tanpa ada nilaian Sang Pencipta. Mustahil di alam nyata ini tiada yang menciptakan.

Seperti yang dinukilkan di dalam ceritera Imam Hanafi yang membalas pakatan Atheis di dalam membicarakan berkaitan adanya SANG PENCIPTA. Betapa mudahnya bidalan dan simpulan yang Imam Hanafi beri kepada mereka berkaitan adanya SANG PENCIPTA.

Seperti merekacipta bahawa sebuah dahan kayu yang besar, secara tiba-tiba terbalah menjadi kepingan papan dan menjadi sebuah Kapal Layar. Maka dengan Kapal Layar itu Imam Hanafi dapat menyusuri Sungai Dajlah. Maka dengan lantangnya mereka [Golongan Atheis ] mengatakan " Bagaimana mungkin sebuah kapal terbina dengan sendirinya tanpa ada pembuatnya!!". Maka dengan secara sinis Imam Hanafi mengatakan kepada mereka dengan ayat peringatan dan pengajaran. " Itulah jawapan yang hendak aku berikan kepada kamu semua atas persoalan yang kamu semua hendak bincangkan...Bagaimana mungkin dunia yang kamu duduki dan kamu berlindung ini terjadi dengan secara semulajadi dan terjadi dengan secara tiba-tiba?. Kamu semua juga menyanggah penceritaan aku tentang kejadian Kapal Layar yang terbina secara tiba-tiba. Maka lagilah aku menyanggah ceritera dan iktikad perjuangan yang kamu bawa bahawa Alam ini dijadikan tanpa ada SANG PENCIPTA tetapi terjadi dengan secara semula jadi.

Maka kita boleh dilihat sendiri bagaimana TEKNOLOGI sendiri yang dicipta oleh negara yang termaju di dunia sekarang ini tidak dapat mengesan bencana @ bala yang di datangkan oleh ALLAH SWT, buat peringatan dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia. Janganlah diri ini merasa besar diri dan ego serta sombong dan juga bongkak...Sifat Mazmumah yang berada di dalam diri itulah yang akan mendatangkan bencana. Ahli Ma'asi [ maksiat ] ternilai di sini. 24 hours melakukan dosa-dosa besar yang dilarang yang Allah sudah larang. Terlalu taksub dengan kesan jiwa yang suka akan duniawi maka inilah yang akan kita terima.

Tapi janganlah menilai mereka dengan perkara yang tidak baik. Kita doakan mereka supaya mereka akan mendapat hidayah dari peringtan yang Allah SWT berikan ini.

Ya Allah moga jiwa kami umat Islam diseluruh dunia ini menilai kejadian yang engkau berikan di JEPUN ini atas dasar peringatan buat semua. Ya Allah tetapkanlah iman kami dan islam agama kami. Moga semua insan di dunia Insaf dengan semua kejadian ini.

10.00pm
Ayer Hitam, Batu Pahat


Monday, March 07, 2011

Sambutan Maulidur Rasul Surau Ar Rahman 2011/1432H

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Maulidur Rasul Di Surau Cemerlangku Surau Ar Rahman Batu 1 Jalan Yong Peng. Rasa bertuah kerana dapat bersama-sama menjayakan program tahunan Surau Ar Rahman ini. YB Datuk Hj Tahrir Bin Kiyai Hj Samsudin penceramah jemputan kali ini. Alhamdulillah banyak input dan ilmu yang aku dapat walaupun dah lewat sangat datang ke surau kerana tertidur keletihan. Mana taknya tak rehat dari start buka mata 5 Mac sampai pagi 6 Mac. Kiranya aku ngantuk sebab tak tidur malam tue sebab tolong ayah dengan sahabat-sahabat ayah yang lain menyiapkan kerja masak. Baryani tue...huhuhu so rumitlah masaknya. So aku pun bersamalah menyetup Baryani bersama kazen aku Along.
Kepenatan tue terasa sangat coz siangnya aku lepas tolong apa2 yang patut kat kedai aku teman Azrul ke Mersing untuk ambil kereta tunangnya. So aku ryder wajanya. Alhamdulillah selamat sampai ke Ayer Hitam pun dah kira lewat dekat-dekat pukul 10 so tue yang aku kepenatan. Lepas subuh aku tumbang. Pepun the best lah dok rewang ngn ayah dan pakcik-pakcik.

Wednesday, February 23, 2011

Wow! Not only do I get to drink my #MiloFuzeJamPack but Macbook Air as a grand prize? Check it out now!

Wow! Not only do I get to drink my #MiloFuzeJamPack but Macbook Air as a grand prize? Check it out now!

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

LIBYA Revolution OVER 300 KILLED



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Bermulanya revolusi di Libya sekarang ini. Adakah akhir zaman sudah dekat. Teluk Arab dan semua negara-negara arab sekarang sedang membuat suatu kejutan dan revolusi terhadap semua kepimpinan-kepimpinannya. Moga Allah menunjukkan jalan yang terbaik.

Video di mana terjadinya LIBYA Revolution OVER 300 KILLED OVER 1000 INJURD BY sniper and military. Moga Allah tunjukkan jalan kebenaran.

Saturday, February 19, 2011

Qasidah Burdah nasheed



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Selamat Menyambut Bulan Kelahiran Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. Moga kita menjadi umat-umatnya yang terbaik dan menyayanginya.

Friday, February 11, 2011

Sebulan Bonda Meninggalkan Kami

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah hari ini merupakan hari yang ke 30 pemergian arwah ibu jika hendak mengikut tarikh masehilah. Jika mengikut tarikh hijri masa 8 Februari lepas merupakan hari yang ke 30 ibu pergi bersamaan 5 Rabiul Awal. Walaupun rasa macam dah lama, aku masih still lagi merasai kehilangan arwah bondaku yang ku sayangi. Rasa macam semalam sahaja ibu baru pergi. Setiap hari Isnin dan hari Jumaat aku tidak akan lupa bahawa hari-hari itulah yang membawa perubahan dalam kehidupan kami sekeluarga. Yaumul Isnain merupakan hari di mana Allayarhamah pergi dan kembali kepangkuan Kekasihnya. Manakala yaumul Jum'ah merupakan hari di mana arwah bonda kemalangan dan ditimpa musibah.

Moga Allah perkuatkan dan memberi ketabahan hati kepada aku dan juga keluargaku untuk menerima ketiadaan orang yang sangat-sangat disayangi oleh kami. Moga Allah tempatkan arwah bondaku di kalangan orang-orang yang soleh dan solehah.Amin.

Teringat memori bersama arwah bila tiba Maulidur Rasul yang tidak lama lagi kita semua akan raikan dan merayakannya. Arwah ibu tidak akan pernah tinggal untuk mengikuti segala apa program yang dibuat di Surau Ar Rahman. Seperti ceramah dan sebagainya. Arwah bonda suka sangat untuk mengikutinya. Moga Allah memberi ganjaran atas kasih sayangnya pada Nabi Muhammad Rasulullah SAW.

Sekarang ini terasa sangat kehilangan arwah bonda dan aku serta ayah memikul tanggungjawab untuk menjaga adik-adik perempuanku yang lain. "Bonda...doakan abg ye moga dipermudahkan segala kerja untuk abang menjaga adik-adik abang". InsyaAllah aku akan sentiasakan mendoakan arwah bonda. Adik-adik binalah kejayaan bersama-sama untuk mengharungi segala dugaan dan ujian yang Allag berikan kepada kita ini. Banyakanlah bersedekah untuk arwah bonda di sana. Jadilah anak yang soleh yang boleh mengalirkan sesuatu keuntungan untuk ibu bapa kita.Amin...

Thursday, January 13, 2011

Kembalinya Cahaya kepada Yang Maha Memberi Cahaya

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Tanggal 5 Safar 1432H bersamaan 10 Januari 2011 yaumul Isnain. Hari dan tarikh yang tidak akan ku lupakan selama-lamanya di dalam kamus hidup aku sebagai seorang yang bernama insan. Hari ini jam 9.30 pagi. Ibuku pergi menemui Rabbul Izzati dengan tenang tanpa sesiapa pun di sisinya di ICU HSA Johor Bahru. Rasa terkilan tidak dapat dan sempat melihat Ibu di saat arwah hendak meninggalkan kami semua. Tempoh kami di ambil di atas kesesakan lalu lintas di Johor Bahru ini untuk menatap wajahnya yang terakhir. Tidak kami jangka perkara ini berlaku. Tetapi kami tetap redha dengan suratan takdir yang telah Allah berikan kepada kami sekeluarga.

Aku ketika itu masih lagi berada di dalam kereta untuk mencari parking kereta yang penuh sesak kerana hari Isnin ialah hari pembukaan kerja dan mingguan. Deringan HP aku berbunyi dan aku lihat ayahku membuat panggilan. Aku angkat...dan aku dapat rasakan yang panggilan ini adalah panggilan keramat bagi aku. Ayah tanya aku di mana " Abang dekat mana nak?". Aku menjawab " Abg tengah cari parking ayah..". Ayah aku dengan nada sayu dan sebak berkata, " Abg ... sabar yer nak, Ibu dah tak ada". Ya Allah masa itu hanya Allah sahaja yang tahu betapa luluhnya hatiku, rasa tidak tertekan pedal minyak untuk mencari parking. Aku terus mencari parking dan letakkan kereta di antara-antara kereta yang banyak. Aku dah tak kisah dah orang nak maki atau marah dengan keadaan kereta aku.

Aku kuatkan dan gagahkan juga kaki ini untuk sampai ke bilik ICU BARAT HSA JB katil nombor 11 tempat ibu aku ditempatkan. Aku berlari sambil air mata bercucuran keluar dari mataku. Tidak aku menyinggah tangganku untuk mengesat air mata yang mengalir deras. Aku berlari menuju tangga. Rasa macam tidak bermaya aku hendak menaiki anak tangga yang jumlahnya ada di dalam 60 anak tangga. Selama 24 hari aku ulang alik di Wad ICU HSA JB ini. Masakan aku tidak mampu hafal jumlah anak tangga ini.

Aku berlari di dalam lorong ke Wad ICU Barat, setibanya aku di muka pintu bilik terlihat adikku angah tengah menelefon dan menangis teresak-esak. Aku dakap akak dengan penuh sayu. " Sabar ye akak...Ini sudah suratan..", Aku terus masuk ke dalam bilik ICU dan pergi ke katil 11 tempat ibuku di rawat. Kelihatan katil ibu tertutup dengan langsir. Aku nampak ayah sibuk menelefon saudara mara dan kerabat sambil teresak-esak menahan sebak. Aku terus pergi ke katil ibu dan aku lihat terkujur tubuh seorang insan yang terlalu aku sayang dan kasihi yang tidak ada tolak bandingnya di dalam dunia ini. Aku buka selimut yang menutupi muka ibu ku. Aku sebak tak terkata, aku menangis sambil menahan suara tetapi suara kecil dan esakan akhirnya keluar juga walaupun aku tahan dengan kekuatan diriku.

Aku kucup dahi ibuku, aku cium kedua pipinya, berkali-kali aku buat perkara yang sama sambil aku bisikan sesuatu pada ibu. " Ibu...kenapa ibu tak tunggu kitorang, sekejap je kitorang dah nak sampai tau bu....sampai hati ibu buat kami macam ni...Ibu...Abg sayang ibu...Rindu sangat kat ibu". Aku tak sedar air mata aku menitis di muka Allayarhamah ibuku. Aku kesat dan aku cakap lagi dengan ibu, " Ibu...moga ibu tenang di sana yer...abg tetap anak ibu..Abg akan doakan ibu ye". Aku ambil surah Yassin di tepi katil ibu dan terus membacanya. Tidak sampai setengah aku terbehenti kerana aku tak dapat nak baca dengan lancar. Selepas itu aku terus menelefon bekas tunangku di luar negara memberitahu berita ini. Terkejut dan menangis itulah yang aku dengar dari reaksi suara dia. Kemudian aku sampaikan kepada saudara mara dan sahabat handai aku yang rapat dengan aku.

Jenazah ibuku kemudiannya di bawa ke bilik forensik untuk dimandikan dan dikafankan. Sebelum dimandikan, ayah memberitahu pada ustazah yang diamanahkan supaya menunggu adik-adik aku dari pontian iaitu Adik Hajar(Usu), Adik Farah(Ancik), Adik Erin (Uda) bersama Pak Usu Badang dan Mak Usu Sal. Sampai sahaja di karangan tempat itu, betapa sedihnya aku tengok dan sebaknya hati adik-adik aku. Luluhnya dan runtunnya hati kami hanya Allah sahaja yang tahu. Ayah terus memeluk adik (Hajar), yang teresak-esak, aku memeluk Farah dan Akak memeluk Erin. Hanya Anis yang tiada sebab ondway balik dari Melaka. Aku alhamdulillah malam semalam sudah balik dari Bangi UKM kerana menduduki final exam bagi first sem aku.

Kemudian adik-adik aku diberi peluang dan amanah untuk memandikan arwah ibu. Alhamdulillah selesai sudah memandikan arwah Ibu. Saudara mara berpeluang melihat arwah Ibu buat kali yang terakhir. Akak kemudiannya menghias arwah ibu kali yang terakhir. Melihat arwah ibu kemudiannya mencium dahi dan pipinya yang begitu dingin. Ya Allah hanya Allah sahaja yang tahu keadaan aku ketika itu. Perasaan yang bercampur-campur dan tidak keruan.

Apabila selesai semuanya, arwah ibu di masukkan ke van jenazah Majlis Agama Islam Johor. Kemudia aku pula terus pulang ke Ayer Hitam memandangkan di sana orang sedang tunggu jenazah Ibu. Setibanya di perkarangan Taman Suria, ya Allah ramainya orang-orang taman yang mengegelilingi perkarangan rumah. SubhanAllah rasa macam tak percaya dengan keadaan ramainya orang ketika itu. Syukur Alhamdulillah.

Setibanya di luar rumah dan turun dari kereta, aku dan adik-adik dipeluk oleh orang ramai dan jiran-jiran. Aku yang turun dari kereta dipeluk oleh Cik Syam. Betapa sayunya diri aku. Menangis aku di bahu Cik Syam yang aku dah anggap seperti bapa aku sendiri. 5 minit sampai di rumah, kelihatan Van Jenazah yang membawa arwah ibu sampai. Diturunkan jenazah ibu ke dalam rumah untuk tatapan saudara mara dan sahabat handai serta jiran tetangga. Iringan air mata kelihatan yang teramat buat insan-insan yang dekat dan mesra dengan arwah ibu. Terdengar sedikit kata-kata dari kalangan sahabat handai ibu, " Min...dah tak der kau yer, cepatnya engkau tinggalkan kita semua..." Aku yang ketika itu sedang mengusung jenazah ibu untuk membawa masuk ke dalam rumah, merembeskan air mata buat kali ke berapa yang aku tidak tahu. Selesai meletakkan jenazah ibu aku dan ayah masuk ke bilik adik untuk bertemu nenek. Sayup rasanya dan deraian air mata serta sahutan esakan kedengaran di bilik adik. Ayah memeluk nenek dan menangis.

Aku mengambil wudhuk dan kemudian membawa bacaa Yassin dan tahlil buat kali terakhir sambil menungggu kepulangan Nor Farhanis adik aku yang ke empat dari Melaka. Dalam bacaan Yassin entah berapa kali aku leraikan air mata membasahi pipi i ni. Aku tatap tubuh yang terkujur di depanku. Seperti tidak ku sangka yang ibu pergi meninggalkan kami dulu. Ya Allah hanya engkau yang boleh mententeramkan jiwa ini. Selesai tahlil, kelihatan Anis tiba dan melangkah masuk dengan air muka yang terlalu tenang, Ya Allah kuatnya adik aku ini menerima semua ini. Selesai sudah Yassin dan Tahlil. Masa yang paling aku rasa x mampu untuk menempahnya, mengucup ibu buat kali terakhir. Adik-adik, ayah dan juga saudara mara mencium ibu buat kali terakhir sebelum di bawa ke Surau Ar-Rahman untuk disolatkan.

Alhamdulillah aku mengimamkan jenazah ibu dengan kekuatan dan tenaga yang Allah berikan. Rasa longlai dan lemah kaki ini untuk menampung semua ini. Alhamdulillah ku terima jua amanag yang dipertanggungjawabkan sebagai anak untuk ibunya. Syukur pada Allah aku dapat menyelessaikan tugasan ini. Walaupun sebenarnya masih banyak lagi tanggungjawab yang perlu aku lakukan untuk ibu.

Jenazah Ibu kemudiannya di bawa ke perkarangan perkuburan Islam Ayer Hitam, dan Ibu liang lahadnya betul-betul di aras lerengan bukit. Alhamdulillah cuaca yang Allah berikan ketika itu begitu memahami dan mengerti dengan keadaan awan dan cuaca yang seakan-akan suram seperti hendak hujan tetapi tidak hujan. Syukur padamu Ya Allah kerana engkau memudahkan pengurusan jenazah ibu.

Inilah masa yang tidak akan ku lupakan hingga akhir hayatku iaitu mengangkat jenazah ibu ke dalam liang lahad, dan kali terakhir menatap wajah BONDAku yang terlalu ku sayangi AMINAH BINTI HJ KAYAT. Wajah arwah ibu yang tersenyum mendamaikan aku dan aku redha dengan pemergiannya. Ku ciumkan wajahnya di tanah, iaitu asal usul semua manusia. Ya Allah ... Terangilah makam Bondaku ini dengan cahaya keimanan darimu, Kau luaskan makam bondaku ini dengan seluas-luasnya dari Mu, Dikau permudahkan soal jawab Malaikat Mungkar dan Malaikat Nangkir kepada bondaku. Moga Ibu berada di kalangan orang-orang yangg beriman dan solehah. Ya Allah cucurilah rahmat ke atas bonda.

Ibu...Ketahuilah bahawasanya. Allahlah tempat kembali dan di pusara bonda ini tempat ibu beristirehat dari kejahatan dan kemaksiatan. InsyaAllah diriku akan menunaikan amanah sebagai anakmu. Amin....

Al-Fatehah
buat bondaku
AMINAH BINTI HJ KAYAT
yang pergi ke rahmatullah
Isnin
5 Safar 1432 Hijrah
10 Januari 2011

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang