BALA @ UJIAN SANG PENCIPTA D'JAPAN

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"




Keadaan Laut Jepun dilanda Tsunami di Lautan.





Keadaan Jepun dilanda Tsunami di Kawasan Perumahan.



Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku menulis sesuatu buat blog aku yang aku rasa dah sunyi jugak ni. Pepun aku cuma nak mengeluarkan gaya kritis aku dalam menyingkap kejadian yang menimpa negara Termaju di Dunia [ JEPUN ].

Tanggal 11 Mac 2011. Kejadian yang tidak kita sangka akan berlaku. Aku rasa semua dah tahu dah kan macam mana keadaan mereka di sana. JEPUN dilanda TSUNAMI dan Letupan LOJI NUKLEAR yang boleh menyebabkan seluruh dunia berada di dalam keadaan bahaya.

Adakah kita lihat perkara ini atas dasar bencana alam? Ia jika difikir secara logika akal manusia yang bertuhankan SAINS dan TEKNOLOGI akan terkeluar dari mulut mereka bahawa ini adalah fenomena bencana alam yang seringkali kita lihat di mana-mana. Hasil gerakan-gerakan plat-plat bumi di kerak bumi di bawah dasar laut. Tapi bagi umat Islam khususnya lihatlah ia atas dasar IMAN dan TAQWA, sesungguhnya itu adalah tanda peringatan bagi mereka yang tidak lagi ada iman dan amal di dalam kehidupan mereka.

Kehidupan mereka yang serba mewah dan bertunjangkan SAINS TEKNOLOGI semata-mata dan mengagungkan TAMADUN MODENIS membuatkan mereka lupa bahawa mereka sebenarnya menelan air liur mereka tanpa tahu air liur itu datang dan hasilnya dari mana. Adakah ia datang secara semula jadi atau tiba-tiba terjadi. Itulah bidalan bagi orang yang tidak percaya akan kewujudan Allah SWT. Mereka seringkali menyalahgunakan pancaindera yang telah Allah berikan seperti MATA, TELINGA , HATI dan MINDA. Mereka lebih suka menyembunyikan hakikat kebenaran yang sebenar.

Cubalah kita tanya kepada mereka yang mengalami bala@bencana di sana ketika ini, apakah yang mereka fikir dan bagaimana cara mereka menilai organisasi kehidupan ini tanpa ada nilaian Sang Pencipta. Mustahil di alam nyata ini tiada yang menciptakan.

Seperti yang dinukilkan di dalam ceritera Imam Hanafi yang membalas pakatan Atheis di dalam membicarakan berkaitan adanya SANG PENCIPTA. Betapa mudahnya bidalan dan simpulan yang Imam Hanafi beri kepada mereka berkaitan adanya SANG PENCIPTA.

Seperti merekacipta bahawa sebuah dahan kayu yang besar, secara tiba-tiba terbalah menjadi kepingan papan dan menjadi sebuah Kapal Layar. Maka dengan Kapal Layar itu Imam Hanafi dapat menyusuri Sungai Dajlah. Maka dengan lantangnya mereka [Golongan Atheis ] mengatakan " Bagaimana mungkin sebuah kapal terbina dengan sendirinya tanpa ada pembuatnya!!". Maka dengan secara sinis Imam Hanafi mengatakan kepada mereka dengan ayat peringatan dan pengajaran. " Itulah jawapan yang hendak aku berikan kepada kamu semua atas persoalan yang kamu semua hendak bincangkan...Bagaimana mungkin dunia yang kamu duduki dan kamu berlindung ini terjadi dengan secara semulajadi dan terjadi dengan secara tiba-tiba?. Kamu semua juga menyanggah penceritaan aku tentang kejadian Kapal Layar yang terbina secara tiba-tiba. Maka lagilah aku menyanggah ceritera dan iktikad perjuangan yang kamu bawa bahawa Alam ini dijadikan tanpa ada SANG PENCIPTA tetapi terjadi dengan secara semula jadi.

Maka kita boleh dilihat sendiri bagaimana TEKNOLOGI sendiri yang dicipta oleh negara yang termaju di dunia sekarang ini tidak dapat mengesan bencana @ bala yang di datangkan oleh ALLAH SWT, buat peringatan dan pengajaran bagi semua umat manusia di dunia. Janganlah diri ini merasa besar diri dan ego serta sombong dan juga bongkak...Sifat Mazmumah yang berada di dalam diri itulah yang akan mendatangkan bencana. Ahli Ma'asi [ maksiat ] ternilai di sini. 24 hours melakukan dosa-dosa besar yang dilarang yang Allah sudah larang. Terlalu taksub dengan kesan jiwa yang suka akan duniawi maka inilah yang akan kita terima.

Tapi janganlah menilai mereka dengan perkara yang tidak baik. Kita doakan mereka supaya mereka akan mendapat hidayah dari peringtan yang Allah SWT berikan ini.

Ya Allah moga jiwa kami umat Islam diseluruh dunia ini menilai kejadian yang engkau berikan di JEPUN ini atas dasar peringatan buat semua. Ya Allah tetapkanlah iman kami dan islam agama kami. Moga semua insan di dunia Insaf dengan semua kejadian ini.

10.00pm
Ayer Hitam, Batu Pahat


Comments

Popular Posts