Multaqa' Imam Remaja SMK Daerah Batu Pahat

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah peneraju semesta Alam. Empunya langit dan bumi serta masa yang diberikan ke atas kami semua. Alhamdulillah selesai sudah tugasan yang diberikan kepada aku yang di amanahkan untuk menjadi Pengerusi bagi 3 slot. Pengalaman yang tidak pernah aku impikan. Pernah menjadi pengerusi majlis ketika menjadi tenaga pengajar di SMK Dato' Syed Esa dulu. Tapi banyak yang tegur aku tak berapa pandai dalam bidang tersebut. Tapi ada aku kisah semua tue.hahahaha..yang penting tahun ini pengalaman mengendalikan slot-slot terbabit membuatkan aku banyak buat research mengenai cara dan bagaimana menjadi pengerusi yang versetyle hahaha. Ntah apa-apa ntah aku merepek ini.

Selama 3 hari 2 malam di Masjid An-Nur Kampung Seri Dayong, Sri Medan. Seramai 240 orang pelajar dari seluruh SMK Daerah Batu Pahat berkumpul dalam menjayakan satu program peringkat daerah iaitu " Multaqa' Imam Remaja SMK Daerah Batu Pahat". Satu program baru bagi tahun ini yang dicanangkan oleh pihak JKD Pendidikan Islam Daerah Batu Pahat. Banyak pengisian yang dibawa oleh semua penceramah dan urusetia dalam menjana dan mendidik anak-anak pelajar ini cara bagaiman menjadi seorang Imam Remaja.

Dalam program ini boleh dikatakan aku antara urusetia yang malas hehehe. Sebabnya aku datang ke sana petang sabtu dan tidur di sana alhamdulillah. Sebabnya aku menjadi pengerusi slot untuk sabtu malam ahad itu untuk 2 slot dan esoknya iaitu hari ahad untuk slot terakhir bagi semua slot-slot pengisian. Banyak perkara yang aku dapat dan ilmu yang aku dapat ... kira meneguk di air keruh jugalah. Sambil menjaga pelajar sambil kita cedok ilmu yang disampaikan oleh para penceramah dan pengisi slot. Aku yang sampai lambat inipun boleh ambil ilmu dari penceramah lagilah pelajar-pelajar remaja yang baru hendak naik ni.

Walaubagaimanapun aku bersyukur dengan semua yang Allah tetapkan pada diri ini. Mudah-mudahan segala apa yang diberikan oleh aku ini. Dapat aku manfaatkan dan menjadi titik tolak untuk menjadikan diri ini lebih cenderung untuk melaksanakan segala apa tugasan yang diberikan. Cabaran dan dugaan yang Allah berikan itu semuanya ada hikmah untuk semua insan.

Untuk semua para urusetia dan para imam remaja, terima kasih atas semua. Semoga Allah memberikan peluang lagi untuk berjumpa dengan kamu sekali lagi. InsyaAllah.

Comments

Popular Posts