Barang Jenama Anda

Monday, July 18, 2011

Sya'ban Datang Lagi Untuk 1432 H

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Sudah sebulan aku rasa tidak menulis sesuatu di dalam nota kehidupan aku ini yer. Syukur Alhamdulillah Allah memberi izin kepada aku untuk menitip jari jemariku menyusuri ruang maya ini. Banyak sebenarnya episod dan ceritera yang hendak aku luahkan tapi ada yang aku tak mampu nak menitipnyer dengan lebih mendalam, semoga sekadar yang mampu aku titipkan. Alhamdulillah sudah hampir kita kepada bulan Ramadhan yang teristimewa. Bulan yang penuh dengan kerahmatan. Selesai sudah 15 Sya'ban sekarang ini bermulalah menuju ke titik akhir Ramadhan. Sya'ban bulan kelahiranku moga aku dapat membuat pekerjaan yang terbaik buat diriku.

::Kelebihan Sya'ban & Persoalan 15 Sya'ban @ Nisfu Sya'ban::

Daripada Usama bin Zaid ra, beliau berkata:

ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟ ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan Sya'ban." Aku bertanya kepada baginda " Kenapa aku tidak pernah melihat engkau berpuasa dibulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan Sya'ban." Baginda saw menjawab: Itulah bulan yang ramai manusia lalai iaitu diantara bulan rejab dan bulan ramadan. Ia juga bulan yang diangkatkan amalan kepada Allah SWT. Aku suka diangkat amalanku dalam keadaan aku berpuasa." [Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan ]

Adakah Nabi saw berpuasa penuh pada bulan sya'ban?

Hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:

كان يصوم شعبان كله

"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban." [Hr Bukhari - sahih]

Hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا

" Rasulullah saw telah berpuasa sebahgian besar dari bulan sya'ban." [Hr Nasaie]

Hukum berpuasa selepas 15 sya'ban

Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:

إذا انتصف شعبان فلا تصوموا

"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa."
[Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih]

Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:

لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه

"Janganlah kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
[Hr
Bukhari dan Muslim]

##Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.

Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban

إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن

"Sesungguhnya Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang berbalah."
[Hr Ibnu Majah - hasan]

Rujukan: Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily dan Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim. [ Kredit to Ustaz Salman Maskuri ]

:: Walimah Akhi-akhiku::

Bulan 6 dan bulan 7 ini ramai akhi-akhi aku yang membuat walimatul Arus. Yang pertama buat sahabatku sejak sekolah lagi dan sepermainan aku Imam Azrul Aminur Rashid dan Pasangannya Nur Shila yang melangsungkan perkahwinannya pada 3 Jun 2011 [ akad nikah hehehe ].

:: Azrul & Shila @ 1 Rejab 1432 Hijrah ::


Yang kedua brother otai aku Brother Abdul Wafiey dan pasangannya Ira pada 11 Jun 2011 [pompuan ] 25 Jun 2011 [ tempat lelaki ]. Maaf sahabat tidak dapat datang ke walimah kerana tarikh-tarikh tersebut aku bertarung dengan paper final exam.


:: Wafiey & Ira @ 19 Rejab 1432 Hijrah ::

Tak lupa juga sahabat di Sekolah Menengah Agama Parit Raja... Ustaz Hanifa Bin Hosnon dan pasangannya Raihan pada 17 Julai 2011 [ semalam bersamaan 15 Sya'ban ].


:: Hanifa & raihan @ 15 Sya'ban 1432 Hijrah ::


Selamat Pengantin Baru aku ucapkan kepada semua. Semoga berkekalan dan Semoga berbahagia hingga Jannah InsyaAllah.

"Rabbana Hablana Min Azwajina Wa Zurriyatin Kurrata A'yun Wa Ja'alna mutttakina Imama"

:: Doaku yang sentiasa di titip di dalam bait-bait doa setiap kali selepas solat, Ya Allah permudahkankan jalan jodohku dan temuikanlah aku jodoh yang boleh membimbing aku dan keluargaku amin....::




Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang