Salamun Alaika Ya Ramadhan 1432 Hijrah


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi keran adengan limpah kurnianya dapatlah kita sama-sama menyambut bulan Ramadhan ini dengan limpah kurnia dari Yang MAHA ESA. Ya Allah kembali lagi aku berjumpa dengan Ramadhan utuk 1432 Hijrah pula. Sesungguhnya engaku yang menetapkan seseorang itu akan mengecapi ramadhan akan datang atau pun tidak. Kedatangan Ramadhan pada awalnya sungguh RAHMAH. Datangnya sangat dinanti-nantikan. Aku seperti tidak percaya kedatangan Ramadhan kali ini penuh dengan warna dan warni kehidupan aku untuk tahun ini.

Rasa sangat sederhana dalam meraikan Ramadhan kali ini. Maybe inilah Ramadhan yang pertama kami semua berpuasa tanpa Insan Yang Tersayang - Ummie @ Ibu , Aminah Binti Hj Kayat. Moga Ibu dapat bersama-sama kami sepanjang Ramadhan kali ini walaupun di tempat yang berbeza. Ibu kami rindukan Ibu. Moga Ibu tenang dan gembira di taman-taman syurga di sana. Kami sentiasa akan mengingati Ibu InsyaAllah.

Alhamdulillah 1 Ramadhan kali ini adik beradik aku dapat berkumpul semua. Angah ( Nor Fariza selamat sampai dari Kota Jamb, Indonesia ke Tanah Air MALAYSIA pada malam 1 Ramadhan. Walaupun terpaksa menjalani kesusahan dan ujian ketika hendak pulang.

Erin dan Anys juga balik dari tempat pengajian mereka masing. Farah dan Adik juga pulang dari Asrama. Sungguh Kami terasa kehilangan Ibunda Tercinta. Ketika Aku menjadi Imam bagi adik-adikku di saat menunaikan Solat Maghrib, terlintas kelibat Bonda bersama di dalam solat kami. Sebak dah sayu hatiku ketika mengalunkan Surah Al- Fatehah. Ya Rabb...ampuni dosa-dosa Bonda kami Ya Allah.

Rasanya sampai di sini sahaja nukilan buat kali ini, InsyaAllah episod akan datang akan ada lebih lagi ceritera Ramadhan buat sahabat.

"Eidul Ramadhan Al Mubarak"
Semoga Kita Dapat Melaksana Ibadah Dengan Baik

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w.: "Setiap amalan anak Adam (manusia) itu digandakan satu kebaikan dengan sepuluh yang seumpamanya hingga kepada 700 kali ganda.


Comments

Popular Posts