Barang Jenama Anda

Wednesday, January 04, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita bersama-sama menikmati kehadiran tahun baru untuk Masehi ini. Walaupun dilihat sambutan tahun baru ini lebih meriah daripada sambutan tahun baru Islam iaitu Muharram, jangan lupalah kiranya tahun baru Islam itu sendiri iaitu Muharram. Apapun rasa bersyukur dengan semua yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita semua umat manusia lebih2 lagi umat islam di seluruh dunia.

Banyak nota-nota lama yang akan di tinggalkan di dalam memori tahun 2011 dan aku juga tidak akan lupa tahun 2011 yang banyak mengubah kehidupan aku sebagai insan yang bernama manusia, apapun memori yang terlipat di dalam sejarah 2011 akan aku jadikan pemangkin semangat untuk aku meneruskan kehidupan aku sebagai insan yang berjaya di dunia dan juga akhirat.

Nota kecil untuk semua. Jadikan peristiwa dan sejarah yang tinggal itu sebagai lonjakan motivasi untuk menjadi lebih cemerlangd dan luar biasa cemerlang. jadikan ia sebagai kekuatan untuk menjadikan kita ini Insan yang lebih baik di pandangan Allah dan Rasulnya.

Jadikan kekuatan islam dan jatidiri di dalam setiap pergerakan kita.

Akhir kata SELAMAT DATANG 2012 SELAMAT TINGGAL 2011

# Bertambah sudah umurku wahhhh dah 27 tahun dah aku ni...bila nak melangsungkan perkahwinan ni yer....doakan diriku dimurahkan rezeki dan dicemerlangkan di dalam setiap pekerjaan...

ilalliqa maa salamah

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang