Perihal Sahabat Handai


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 


  Assalamualaikum buat rakan-rakan dan teman yang masih lagi sudi singgah di teratak yang tidak berapa ceria ini. huhuhu. Rasanya dah lama tak menulis sesuatu di dalam blog aku ini. Padahal setiap hari menjenguk dan menaip kerja di dalam dekstop ni. Sempat tak sempat jeklah aku nak menulis.

Hari ini aku nak cerita sesuatu tentang rakan aku yang maybe rata-rata kenal jika menyiari TVAlhijrah. Siapa tak kenal  Eksekutif Penyelidikan Editorial TVAlhijrah(2011) Syafiq Zulakifli. Sahabat aku sejak di bangku sekolah menengah atas di Maahad Johor pada tahun 2003 dan semasa aku belajar di Universiti Al-Azhar dulu ( 2005-2008 ).

Ceritanya aku sahaja je, buka laman-laman blog sahabat-sahabat di Mesir dahulu, tiba masanya aku pun membuka page Syafiq. Alangkah terkejutnya bila aku lihat statusnya berubah dari menjadi Krew TVAlhijrah dan beralih ke Penerbit Rancangan IKIMfm (Mulai 1 Mac 2012). So sekarang ini Syafiq dah bekerja sebagai Dj Radio lah ni, tapi tgk status Penerbit Rancangan IKIM so jadi bos lah ni. Apapun rencana yang dijalankan moga beroleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Aku memang kenal sangat perwatakan Syafiq ini yang suka berubah-ubah. Sampai tidak tahu apa yang bakal dicernakan dan difikirkan. Seorang teman yang mampu mengeluarkan suatu pemikiran di luar kotak fikiran manusia yang biasa. Seorang lagi teman yang sebegini ialah Ishaq Hanis. Tidak tahu kemana menghilang Ishaq Hanis selepas berhijrah dari seorang Ustaz ke bidang apa. Aku tidak tahu apa yang budak dua orang ini pikir..Ahli Syariah dan Falsafah.

Apapun seorang tokoh dan sahabat yang aku kagumi dari segi kematangan berfikir yang diutarakan olehnya. Aku sangat kagum dengan buah fikiran darinya. Suka membaca rencana dan penulisan dari Syafiq dan Ishaq Hanis. Aku doakan korang berdua akan  berjaya di dalam setiap bidang yang korang ceburi.

Semoga korang Thabat di dalam setiap kerja dan pelaksaan dengan bersandarkan Al Quran dan As Sunnah. Doakan sahabat ini moga menjadi seperti kalian insyaAllah.


Comments

Popular Posts