Belajar Bahasa Arab ( I )


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 


I.Q.R.A ' : BACALAH

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana dengan kurnianya dapatlah aku menitip sesuatu untuk sesiapa yang singgah di Blog aku yang tak seberapa ni. Aku terfikir apa yang boleh buat aku bagi ilmu tapi sikit. Aku ni bukan orang yang bijak. Kalau dah bijak dah Phd aku hehehe. Ondway lah insyaAllah. Apapun aku nak kongsi sesuatu untuk teman-teman yang berkunjung di dalam, blog aku hehehe. Bonus Untuk Semua.

Belajar Bahasa Al Quran dan Syurga.

Aku rasa mesti ramai yang boleh agak apa yang nak aku sampaikan untuk korang semua hari ini. Aku tetiba terfikir untuk memberi input yang boleh aku aplikasikan untuk aku dan semua. Oklah senang cerita hari ini kita akan belajar bahasa Arab versi Melayu hehehe..

Ok tak ni..? kalau tak ok tak per...pe pun aku nak kongsikan apa yang aku tahu.

1. Maazaa 'amalu abiika yaa Farid ?

Terjemahan :
Maaza : Apakah 
'Amalu : Pekerjaan
Abiika : Bapa kamu
Yaa : Wahai
Farid : Farid

2. Ana 'amalu hunaa

Terjemahan :
Ana : Saya
'Amalu : bekerja
Hunaa : di sini

3. Sautuka Jamiil ?

Terjemahan :
Sautuka* : Suara Kamu
Jamiil : Sedap / Lunak

* ka = Untuk Lelaki / ki = Untuk perempuan

4. Hal Yuujad tho'aam fil baiti ?

Terjemahan :
Hal : Adakah
Yuujad : Wujud / terdapat
Tho'aam : Makanan
fil : Di
Baiti : Rumah Kamu


5. Sanah Helwa Ya Jamil 
Sanah : Selamat
Helwa : Hari Lahir
Ya : Wahai
Jamil : Si Cantik

Oklah yer... rasanya untuk hari ini saja pembelajaran kita untuk mengenal bahasa Al Quran dan Syurga.

Hayatil Arabiah : Hayatilah Bahasa Arab.

Ilalliqa Maa Salamah : Selamat Tinggal dan Jumpa Lagi..

^_^ Selamat Mencuba !!!




Comments

Popular Posts