Menangislah Untuk Hidayah Allah


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"


"Pemimpin yang sering menangis mohon Hidayah di luaskan"
Tuan Guru Nik Aziz

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita semua menghirup udara yang Allah berikan kepada kita untuk terus menjalani kehidupan yang penuh fana. Setiap hari kita menjengah jendela untuk melihat kitaran hidup setiap manusia yang menginginkan kebahagian dan keharmonian. Tipu jika tiada manusia yang hendakkan keamanan dan bahagia.

MENANGIS

Apa sebab aku ingin menulis artikel berkaitan menangis ini. Tentu ada sebab dan musabab yang aku  rasa hendak kongsikan bersama rakan-rakan sekalian di dalam mehnah kehidupan sekarang ini. Sesungguhnya Allah itu pembuka hidayah dan petunjuk bagi semua insan yang bernama manusia baik lahiriahnya itu datang dari Keturunan Islam atau datangnya dari Aliran Mazhab yang berlainan. Allah tetap mempunyai Kuasa Mutlak di dalam setiap pemberiannya.

Mendengar untaian kata dari seorang Ustaz di dalam siaran radio IKIM semalam, menyedarkan aku betapa perlunya kita menangis di dalam kehidupan kita.

" Sesungghnya mata yang tidak dibasahi air mata selama 3 hari akan mengelapkan hati2 mereka" - Kata-kata Hukama'

Sabda Nabi Muhammad S.A.W

 "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya."

Lihatlah betapa hebatnya ' Air Mata' di sisi Allah S.W.T . Air Mata yang mengalir kerana takutkan Allah S.W.T tidak akan dijamah oleh isi Neraka Jahanam. Moga Allah S.W.T memberikan kekuatan ke atas diri kita untuk menangis dan meratapi kesalahan dan dosa-dosa yang kita lakukan. Pintu Taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya yang hendak kembali ke jalan yang benar dan ke jalan yang fitrah.

Hebatnya Air Mata itu dapat membuka pintu-pintu hidayah kepada setiap umat di dunia ini, baik umat islam ataupun kafir yang belum lagi menerima islam itue sendiri. Perlunya kita menangis untuk seorang sahabat kita yang tidak sampai padanya Islam untuk kita mohon padanya Hidayah Allah ke atasnya dan kembali kepada Agama Fitah Manusia iaitu Islam.

" Ya Allah, kesihanilan Ah Chong, Devan dan Jason kerana mereka belum lagi mendapat hidayah darimu Ya Allah. Berikanlah jalan dan bukalah hidayahmu untuknya"

Wahai sahabat-sahabat di luar sana, menangislah setiap hari untuk diri dan orang-orang sekeliling yang jauh dari Islam. Datangkan hidayah ke atas mereka dan bukakan pintu Hidayah atas mereka. Moga dengan menangis itu akan membuka lorong-lorong Hidayah dan membuka pintu-pintu Taubat ke atas insan-insan yang jauh daripada Allah. Kita perlu mengasihani mereka. Jangan biarkan mereka terus dengan agama-agama mereka dan kita yang wajib mengajak dan menyeru ke atas mereka untuk kembali ke agama fitrah mereka iaitu Islam.

Jadikanlah amalan para Sahabat, Tabiin, Tabi' Tabiin ini ruti di dalam kehidupan kita untuk menyampaikan dakwah kepada semua umat di dunia ini. Ya Allah jadikanlah diriku ini Daei yang patuh kepada ajaranmu dan suruhanmu.



Memori Jiwa
Jumaat : 26 Jamadil Akhir 1433 Hijrah

Comments

Popular Posts