Motivasi Diri



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 


Alhamdulillah segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Penjaga Bumi dan Langit. Empunya kekuasaan Utara, Selatan, Timur dan Barat. Sungguh indah ciptaan yang Allah berikan kepada semua umatnya di dunia ini. Lagi-lagi umat yang amat dikasihi oleh Allah SWT iaitu kita umat Nabi Muhammad S.A.W dan akhir zaman ini.
                
Sebagaimana yang aku rasakan di setiap sudut kehidupan ini. Manusia sangat-sangat memerlukan dorongan dan sokongan untuk menempuhi mehnah kehidupan di dunia ini yang sering berubah-ubah untuk mengekalkan kestabilan yang baik lagi cemerlang untuk terus mengecapi kemanisan Iman hingga ke akhirat nanti. Adakah kita sebagai manusia ini sering kali mencapai ketidakpuasan terhadap sesuatu perkara. Itulah yang dinamakan Manusia, tidakcukup di dalam segala hal.
                
Rasanya sudah lama aku tidak menitipkan sesuatu di dalam laman penulisan maya aku ini. Graf penurunan yang drastik sangat-sangat dirasai bila mana aku sudah mula bekerja. Tidak seperti zaman-zaman aku masih di pengajian tinggi. Sentiasa sahaja menitip sesuatu untuk tatapan sahabat-sahabat yang sudi membaca hasil luahan isi hati ini. Blog aku ini tidaklah sepopular bloggers yang lain. Cuma aku boleh Habaq Mai yang aku ini antara senior-seniorlah di dalam penulisan blog ini di awal 2006 hinggalah sekarang. Rasanya sudah 6 tahun aku berkecimpung di dalam arena penulisan Maya di Blog ini.
                
Aku sentiasa ingin berkongsi segala pengalaman dan rutin kehidupan untuk tatapan sahabat bagi dijadikan sebagai pedoman dan pencetus untuk memangkin inspirasi kehidupan yang sering sahaja berubah-ubah paksi dan gerakannya. Seperti aku juga sebagai manusia biasa, tidak pernah lari untuk melakukan kesalahan di naungan Allah S.W.T. Seringkali alpa dengan kecantikan dan tipu daya dunia di dalam kehidupan seharian manusia.
                
Alhamdulillah Allah S.W.T telah memilih aku dan sahabat-sahabat yang lain di Majlis Agama Islam Negeri Johor untuk mengikuti satu kursus pemantapan kendiri untuk menjadi insan cemerlang dan terbilang di sisi manusia amnya dan Allah S.W.T khususnya.

Selama 3 hari 2 malam, kami semua menyertai Kursus Transformasi Budaya Kerja Cemerlang, Motivasi dan Team building. Kursus disediakan oleh trainer yang terkenal di negeri Johor iaitu AAMG Training Services Sdn Bhd yang dikendalikan oleh Tuan Hj Md Mazlan bekas Pegawai Kanan BSN dan Trainer Motivasion Johor Corp. Bertempat di Pelangi Balau Resort , Desaru, Kota Tinggi dari 29 Mei 2012 hingga 31 Mei 2012.
                
Terlalu banyak pengisian dan pengalaman-pengalaman yang boleh dijadikan iktibar untuk aku meneruskan kehidupan ini. Antara perkara-perkara yang ditekankan di dalam kursus ini adalah :

1.    Membolehkan untuk memahami kepentingan pembentukan kecemerlangan diri kearah menangani cabaran alaf baru.
2.  Membolehkan untuk memahami dan mengamalkan kemahiran dalam memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
3.       Membolehkan untuk membentuk personaliti yang cemerlang dan berakhlak mulia.
4.       Membolehkan untuk membentuk rangka tindakan ke arah perkhidmatan yang cemerlang.
Semualah boleh dikatakan untuk pemantapan perkhidmatan di dalam sektor pekerjaan baik sektor awam ataupun sektor swasta.

Renungan yang boleh di ambil dari kata-kata Datuk Dr Haji Fadzillah Kamsah guru kepada Tuan Hj Md Mazlan ialah :

“Jika Kita Memberi Khidmat Melebihi Ganjaran Yang Kita Terima
Akhirnya Kita Akan Diberi Ganjaran Untuk Khidmat Yang Kita Berikan”

Antara Asas-Asas Kemerlangan Diri yang perlu ada di dalam kehidupan kita ialah :

# Sentiasa berpegang kepada “ Belakang Parang Di Asah LagikanTajam”
# Apa yang kita buat sekarang tidak semestinya tepat – sentiasa perlu memperbaiki diri.
# Bersikap positif  - BudayaTupai( Aktif ) -Kasut dan Kasut Less ( sentiasa diberi perhatian  )
# Rebut segala peluang yang ada
# Membentuk Label diri yang positif
# Mengenal kehebatan diri
#  Mempunyai matlamat yang jelas
# Mempunyai sentiment yang betul terhadap kerja. Bangga dan seronok dengan tugas.
# Sentiasa bersyukur.

Alhamdulillah banyak lagi tips-tips kecemerlangan yang akan menyusul untuk anda InsyaAllah. Salam Persahabatan dan Salam Kasih Sayang untuk anda yang membaca blog aku ini.

FarizalShah ad-Dirani
13 Rejab 1433
Taman Suria, Ayer Hitam

Comments

Popular Posts