Barang Jenama Anda

Wednesday, September 05, 2012

Berakhir Ramadhan bermula Syawal [ Part 1 ]

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 




 Selamat Hari Raya Eidulfitri 1433 H / 2012 M

Alhamdulillah bersyukur dengan iradahnya dapatlah kita bersama-sama di dalam inayah-Nya menghirup udara yang segar bugar lagi diberkati olehnya. Alhamdulillah Allah SWT memberi kesempatan yang jelas di dalam menghadapi perjalanan yang masih jauh. Alhamdulillah kerna Allah memberi lagi peluang untuk aku meraikan hari kemenangan di dalam kehidupan ini iaitu Hari Raya Eidulfitri. Tapi disebalik kegirangan menyambut lebaran ini. Hati ini masih lagi sayu dan terkenang memori bersama Allahyarhamah Bondaku Aminah Bin Hj Kayat. Sudah 2 Eidulfitri bonda meninggalkan kami dari alam yang fana ini. Al Fatehah buat bondaku, moga Allah mencucuri rahmat ke atasmu hingga ke Jannah.

Tahunu ini macam tahun lepas-lepas jugalah. X berapa nak meriah kerana bonda dah tak derkan. So tugas masak memasak terus secara automatikanya terus ke Ayahanda Mohd Shah Bin Diran yang terkenal dengan gelaran Cheff Md Shah jejeje. Juadah tahun ini lain sikit, coz ayah masak 'Rendang Ayam Special' terbaik dari ladang. Memang mengancam ayah punya rendang ayam. Lodeh dan Kuah Kacang sudah mencukupi untuk menjamu selera dan Mengunjung jiran tetangga dan sanak saudara.

Tahun ini tema kitorang punya Family adalah Hitam bagi lelaki ( sapa lagi lah lelaki kat family aku kalau tak Ayah dan aku jek ). Pastu yang perempuan adalah baju kurung berwarna. Kelabu. InsyaAllah tahun depan dah bertambah orang dalam family aku. Sorang laki sorang perempuan hehehe.. Jeng2 rahsia hahaha..terbaik.

Tahun ini beraya tak jauh2, sebab nenek duduk dengan family aku...so hanya beraya kat area Pontian hari raya pertama dan Muar hari raya ke dua. hari raya ketiga lepak2 kat umah dan hari raya ke empat aku dah start kerja hehehe.. Tahun ini tak leh raya banyak2 hari coz nak kumpul cuti hehehe...faham2 jeklah yer..doakan yer... InsyaAllah moga Allah permudahkannya amin.

Oklah rasanya itulah yang aku boleh kongsikan bersama di dalam blog kali ini. Ada masa kita berjumpa lagi ... InsyaAllah... Assalamualaikum



My Lovely Family 
Ayah [ Mohd Shah ], Uda [ Fazrin ], Andak [ Farhanis ], Acik [ Farahzunah ], Abang [ Farizal ]
Angah [ Fariza ], Nenek [ Siti Fatimah ], Adik [ Fasihajar ]


Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang