Barang Jenama Anda

Wednesday, November 21, 2012

Sudah Bergelar Suami

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat handai yang masih lagi tip top di dalam era blog ini. Aku ucapkan moga kamu semua sukses di dalam setiap pekerjaan yang kamu semua lakukan. Alhamdulillah sudah masuk ke 8 Muharram 1434 Hijrah. Tahun baru bagi umat islam dan azam-azam yang lama mesti ada yang masih lagi belum terlaksana. Alhamdulillah azam tahun lepasku sudah terlaksana, berazam untuk menamatkan zaman bujangku alhamdulillah Allah makbulkan pada 9 November 2012 bersamaan 24 Zulhijjah 1433 Hijrah.
  
Alhamdulillah segala perjalanan lancar di dalam perlaksanaan programku dan majlis belah perempuan di Bachok, Kelantan berdekatan Pantai Irama.
  
Tanggal 24 Zulhijjah 1433 Hijrah bersamaan 9 November 2012 pada jam 10:15 pagi. Aku sah di ijab kabulkan dengan pasanganku SURIANIZAL BINTI FAUZI. Syukur alhamdulillah dengan izinnya dapatlah aku bersama-sama dengannya.

Aku memohon moga kalian, sahabat-sahabat handai mendoakan kesejahteraan dan ikatan ini akan sampai ke Jannah, insyaAllah. Moga kita berjumpa lagi di lain masa. InsyaAllah ada rezeki aku akan menuliskan rentetan perjalanan hidupku sebagai seorang suami.

 

No comments:

Post a Comment

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang