Bestnyer Bernikah @ Berkahwin

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Assalamualaikum kepada semua sahabat handai yang sekarang ni agak-aganya tengah mengetuk sesuatu kat pepunat askara masing-masing. Aku pun rasa begitu jugaklah sebabnya dah lama sangat aku x sentuh keybord ni sejak bergelar suami. Bukannya aku x der masa, tapi aku sibuk ngan tugasan aku sebagai pekerja da juga seorang suami. Yerlah amanah aku dah bertambah sekarang. Dulu aku hanya seorang anak, seorang abang kepada 5 orang adik beradik dan seorang pekerja yang dedikasi ( dedikasi ke??) macam nak tersedak aku dibuatnya.

Aku tengok macam dah bersawang aku punya laman sesawang ni. Itu yang aku rasa aku nak mengetuk sesuatu kat dalam post aku ni. Lama sangat aku dah x ketuk kan...hehehe dulu masa aku  belajar selalu jugaklah aku ketuk2. Tiap2 hari ada jek cerita yang aku nak ceritakan. Sekarang ni dah sibuk sangat coz dah x der masa.

Pepehal pun aku nak sampaikan juga sesuatu yang best utk korang semua. Huhuhu apa yer aku nak sampaikan ni hahahaha. Aku pun x tahu.

Sebenarnya aku nak cerita sikit bestnya bila kita ni dah berdua...expecially berkahwinlah. Bak kata abang-abang senior aku. " Kalau tahulah aku kahwin @ nikah ni best, sejak aku kenal isteri aku ni aku dah kahwin dah!!!" hehehe so sekarang aku dah rasa dah macam mana bestnya ada wife @ zaujah @ isteri ini.

Apa yang best ek????

1. Dapat bersama selalu, dah tak kisah dah nak pegang tangan ke nak cium ke (tapi depan khalayak ramai ye segan) huhuhu. coz dah halal.

2. Leh rasa air tangan isteri yang memasak untuk kita, rasa kenyang walaupun sikit je makannya. Contoh macam akulah berat sebelum kahwin adalah 98KG lepas kahwin ni turun berat badan aku jadi 94KG. Alhamdulillah coz zaujah aku ni jaga makan sikit, so aku pun terikut.

3. Selalu dingatkan kalau benda yang kita wat tue salah, contoh baju sepah2 tau sampah x buang tempat yang betul ( bukan Queen Control tau!!!)

4. Selalu dapat solat jemaah bersama dan mengaji Al Quran bersama..Bestkan...moga diri ni dapat menjadi suami yang soleh kepada isteri yang solehah.

5. Boleh beri pandangan dekat kita time nak pilih baju tau seluar baru taupun barang2 yang baru kita nak pakai. InsyaAllah pandangan pada mata dia juga cantik pada pandangan kita.

6. Hehehe...dah tak tahu nak pikir apa ntah!! yang penting best nikah @ kahwin ni..Lagilah CINTA SELEPAS BEKAHWIN NI lagi syok!!!

So untuk teman-teman yang ada pasangan tue cepatlah2 langsung yer...Selamat pengantin baru buat kawan2 yang sama geng ngan saya Tahun ini. Pepun tahniah yer..

expecially :

Abd Rais Bin Abd Razak - kedah mari - ( Housemate kat Universiti Al Azhar, Tanta dulu)
Ehsan - Penang mari - ( member kat UAA, Tanta juga)
Helmi ( Juniaor aku)
 ramai lagilah ... semoga berbahagia semua yer...

Akhir kata Assalamualaikum :

mutiara kata Ustaz Azhar Idrus;

Jika ada lelaki alim & bagus akhlaknya maka sunat pihak perempuan melamar lelaki tersebut. Tak payah ikut istilah lapuk "Perigi Cari Timba".

Comments

Popular Posts