Selamat Bertunang Nor Fariza

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang empunya sekian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Al Fetahah buat tabi' dan tabiin serta semua yang telah meninggalkan kita. Alhamdulillah dengan inayahnya dapatlah aku menulis sesuatu untuk minggu ini.

29 Disember 2012. Tarikh keramat buat adindaku Nor Fariza yang melangsungkan majlis pertunangannya. Minggu ini cerita family aku makin besar...apa taknya akan datang aku akan ada 2 orang adik ipar .. yang besnya semua adik ipar aku ni semua lelaki, coz adik aku semuanya perempuan. Pepun tahniah buat adindaku Nor Fariza yang telah bertunang dengan Mohd Rizal. MOga jodoh ini berkekalan hendaknya insyaAllah. Aku dan adik-adikku bersyukur kerana majlis yang berlangsung berjalan dengan lancar. Sedikit kenangan dari aku untuk majlis adindaku.


Keluarga Besarku


Nor Fariza

# Aku naik pening semua tanya aku...dah ada isi? dah ada baby? aduhhh...baru sebulan kot...insyaAllah ada rezeki adalah zuriatnya. Mohon pada Allah hendaknya.

Comments

Popular Posts