Barang Jenama Anda

Friday, May 17, 2013

SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2013

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Tanggal 16 Mei setiap tahun. Semua rakyat Malaysia akan meraikan hari guru untuk menghargai susah payah dan perit jerih seorang insan yang bernama Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Miss, Sir dan sebagainya. Alhamdulillah hari ini merupakan hari di mana sambutan hari guru berlangsung di segenap pelusuk tanah air.

Untuk itu aku ucapkan SELAMAT HARI GURU buat isteri tersayang Surianizal Fauzi. Guruku sejak kecil Ayahandaku Mohd Shah Diran dan arwah bondaku Aminah Kayat. Tidak lupa guru-guru yang mengajarku dari sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam dan Sekolah Agama Ayer Hitam, Batu Pahat. Guru-guruku di sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Agama Arab Bandar Pontian, Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Maahad Johor. Para pensyarahku di Universiti Al Azhar Cawangan Tanta, Koleh IHSANIAH, Pulau Pinang dan sekarang ini Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Moga setiap ajaran yang kamu semua berikan kepada kami anak-anak murid menjadi pegangan yang berguna dan diharap agar dihalalkan segala pemberian dan ajaran yang diberikan kepada kami.

Tidak lupa juga sahabat-sahabat perjuangan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Kota, Yong Peng ( tempat bermulanya aku menjadi insan bergelar guru ). Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Esa, Batu Pahat ( tempat aku mengenal erti kesusahan dan persahabatan ). Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya ( tempat aku bertemu dengan isteri yang tersayang, hehehe ). Moga kalian semua thabat di dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kita semua menjadi orang-orang yang berguna.

Bak Kata Pepatah Jepun:

" Kejayaan pelajar-pelajar adalaha kejayaan negara Jepun, 
gagalnya pelajar-pelajar adalah kegagalan negara Jepun"

Renung-renungkanlah pepatah itu untuk warga kerja PENDIDIK berusaha memberi kejayaan kepada Nusa dan Bangsa MALAYSIA.

Monday, May 13, 2013

REJAB SUDAH TIBA, SYA'BAN MENGHAMPIRI, RAMADAN BAKAL TIBA

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 






Assalamualaikum buat sahabat-sahabat yang thabat dengan perjuangan yang kamu semua lakukan. Kini kita semua sudah berada di dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.

Ya bulan ini kita sudha memasuki bulan rejab, hari ini sudah masuk hari ke 4 bulan Rejab. Semakin hari semakin terasa kedatangan bulan Ramadhan. In Sha Allah bila kita merindui akan kedatangan bulan yang sangat penuh dengan rahmat itu, mudah-mudahan kita tergolong di dalam orang yang beriman dan bertaqwa.

Kata Imam A'lamah Nuruddin Ali Jum'ah - Mufti Mesir


نحن فى بداية شهر رجب، وهو شهرٌ حرامٌ، سُمِّي "رجب الفرد" و"رجب الأصم" و"رجب الأصب" ، وهو تقدمة لرمضان وتهيئة لشعبان، ينبغي علينا أن نستعد إلى هذا الشهر العظيم، وأن ننتقل من دائرة غضب الله إلى رضاه، ومن معصيته - سبحانه وتعالى - ومجاهرته بالذنوب ليل نهار إلى أن نسارع إلى مغفرة من ربنا - سبحانه وتعالى  

" We are at the beginning of the month of Rejab, a month Haram, called " Recep Individual", "Recep Deaf", and "Recep User Capacity", which is an offering to Ramadan and the creation of August. We should prepare     ourselves to this great month, and move from circle of Allah SWT wrath to his satisfaction. It is sin, the Almighty and Hijrah trespasses day and night to hasten to forgiveness from Allah SWT".

Mudah-mudahan kita akan berjumpa dengan bulan yang paling terbaik dari bulan-bulan yang lain. Semua bulan di dalam kalendar Hijrah adalah yang terbaik dan antara yang terbaik adalah BULAN RAMADHAN kerana di dalam bulan RAMADHAN itu terdapat pelbagai kenikmatan dan ganjaran yang Allah SWT berikan kepada makhluknya In Sha Allah.

"Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya maghfirah dan di hujungnya kebebasan dari api Neraka".

Semoga Allah SWT memberi keizinan buat diriku dan keluargaku untuk menikmati kemanisan bulan Ramadhan. In Sha Allah.

# Jika Allah SWT panjangkan umurku...ini adalah kali pertama aku bepuasa bersama isteri yang tersayang. Mudah-mudahan Allh SWT perkenankan doaku.

DOA SEBELUM RAMADHAN TIBA :

"Allahuma Balighna Rejab, Syaban Wa Ramadhan ".











Hari Mengundi Kian Terasa

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat yang sekarang ini masih lagi thabat di dalam metod perjuangan di alam maya ini. Ana doakan semoga antum semua dapat meneruskan perjuangan antum semua di arena penulisan blog ini. Bagi ana yang sekarang ini sibuk dengan urusan kerja dan urusan belajar luar kampus. Membuatkan ana tidak mempunyai kesempatan untuk menitipkan sesuatu di dalam blog ana ini sekian lamanya. Tetapi hari ini ana terasa ingin menulis sesuatu yang akan menyimpan memori di dalam entry blog ana dalam kehidupan ana ini. Untuk tatapan anak cucu ana kemudia hari in sha Allah.

Alhamdulillah sekian lamanya kita menunggu untuk melihat angin perubahan politik tanah air ini kita rasai. Makin terasa bahangnya bila mana pembubaran parlimen telah berlaku pada tanggal 3 April 2013. Maka kita menunggu saat untuk kita menunaikan kewajipan kita sebagai rakyat untuk mengundi pihak yang betul-betul tulus dalam memperjuangkan hak rakyat dan kebajikan rakyat.

Maka kita lihatlah dengan cara yang paling ikhlas dalam memberi undi kepada pemimpin yang benar-benar layak untuk kita. In sha Allah. Kemenangan akan berpihak kepada kebenaran. 

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang