SELAMAT HARI GURU - 16 MEI 2013

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Tanggal 16 Mei setiap tahun. Semua rakyat Malaysia akan meraikan hari guru untuk menghargai susah payah dan perit jerih seorang insan yang bernama Guru, Cikgu, Ustaz, Ustazah, Miss, Sir dan sebagainya. Alhamdulillah hari ini merupakan hari di mana sambutan hari guru berlangsung di segenap pelusuk tanah air.

Untuk itu aku ucapkan SELAMAT HARI GURU buat isteri tersayang Surianizal Fauzi. Guruku sejak kecil Ayahandaku Mohd Shah Diran dan arwah bondaku Aminah Kayat. Tidak lupa guru-guru yang mengajarku dari sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam dan Sekolah Agama Ayer Hitam, Batu Pahat. Guru-guruku di sekolah menengah iaitu Sekolah Menengah Agama Arab Bandar Pontian, Sekolah Menengah Agama Parit Raja, Maahad Johor. Para pensyarahku di Universiti Al Azhar Cawangan Tanta, Koleh IHSANIAH, Pulau Pinang dan sekarang ini Universiti Kebangsaan Malaysia. 

Moga setiap ajaran yang kamu semua berikan kepada kami anak-anak murid menjadi pegangan yang berguna dan diharap agar dihalalkan segala pemberian dan ajaran yang diberikan kepada kami.

Tidak lupa juga sahabat-sahabat perjuangan di Sekolah Kebangsaan Taman Sri Kota, Yong Peng ( tempat bermulanya aku menjadi insan bergelar guru ). Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Syed Esa, Batu Pahat ( tempat aku mengenal erti kesusahan dan persahabatan ). Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya ( tempat aku bertemu dengan isteri yang tersayang, hehehe ). Moga kalian semua thabat di dalam meneruskan perjuangan mendidik anak bangsa kita semua menjadi orang-orang yang berguna.

Bak Kata Pepatah Jepun:

" Kejayaan pelajar-pelajar adalaha kejayaan negara Jepun, 
gagalnya pelajar-pelajar adalah kegagalan negara Jepun"

Renung-renungkanlah pepatah itu untuk warga kerja PENDIDIK berusaha memberi kejayaan kepada Nusa dan Bangsa MALAYSIA.

Comments

Popular Posts