Barang Jenama Anda

Friday, July 12, 2013

Ramadhan Kembali Lagi (i)

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Alhamdulillah syukur kepada hadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya sudah 3 hari kita menunaikan RAMADHAN bagi tahu 1434 Hijrah untuk tahun 2013 Masehi ini. Sesungguhnya keberkatan dan kemuliaan bulan yang barakah ini sangat dirasai oleh diri ini. Alhamdulillah Allah S.W.T memberikan nikmat yang teragung untuk menikmati bulan Ramadhan ini sekali lagi bagi kehidupanku ini. Lebih mengembirakan diri ini, tahun ini adalah tahun yang pertama aku berpuasa dengan gelaran suami @ husband kepada isteriku yang tersayang Surianizal Binti Fauzi. Syukur ke hadrat ilahi kerana memberi kesempatan dan izinnya untuk menikmati Ramadhan kali ini bersama insan yang tersayang.

Sesungguhnya ramadhan kali ini sangat berbeza, ialah bersahur, berpuasa, berbuka dan menunaikan solat sunat Tarawikh bersama isteri, ayah dan adik-adik tersayang. Walaupun puasa pertama ini tidak dapat bersahur dan berbuka dengan Nor Fazrin dan Nor Farahzunah. Nor Fazrin dah duduk dekat Kem Senawang, Negeri Sembilan mengikuti suaminya Aery. Manakala Nur Farahzunah berada di  Kolej Universiti Islam Selangor, Selangor kerana tidak cuti dan ada kelas.

Apapun moga Ramadhan kali ini kita semua dapat menikmatinya dengan menambahkan amalan-amalan sunat dan mengukuhkan lagi amalan-amalan fardhu. InsyaAllah azam tahun ini dapat khatam quran dengan isteri tersayang...amin...


1 comment:

  1. Alhamdulillah... semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu pengertian.. Semoga sentiasa berbahagia di samping insan2 tersayang...

    ReplyDelete

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang