.::Ramadhan Kembali Lagi (II) | 10 Hari Kerahmatan Yang Berlalu::.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 



Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya kita sudah memasuki minggu yang ke-dua bulan Ramadhan bagi 1434 Hijrah ini. 10 hari kita sudah melalui hari-hari yang penuh dengan kerahmatan dari Allah SWT hendaknya. Syukur kerana dengan izinnya dapatlah aku dan antum yang membaca entri ini, mengecapi nikmat hari ke 11 Ramadhan untuk tahun ini.

Sesungguhnya ramadhan kali ini sangat bermakna buat diri ini. Mana tidaknya, kali pertama menjalani ibadah ramadhan ini dengan gelaran suami dan menantu. Ada kelainan dari segi itulah. Kalau sebelum ini bersahur hanya dengan kawan-kawan dan juga keluarga tapi kali ini aku bersahur dengan isteri yang tersayang. Bila hendak berbuka puasa juga sama, jika dulu berbuka puasa dengan family dan kawan-kawan serumah sewa, kini buat juadah berbuka dan pergi ke bazar bersama dengan isteri tersayang.

Ramadhan kali ini juga aku dan isteri dapat menjalani Solat Sunat Tarawikh bersama, baik di rumah ataupun di masjid-masjid yang berdekatan dan surau-surau. Buat masa ini lokasi untuk solat Tarawikh sudah beberapa tempat aku dan isteri pergi untuk menunaikan solat Tarawikh seperti Masjid Sultan Ismail, Batu Pahat, Masjid Bentara Luar, Batu Pahat dan Surau Ar-Rahman, Ayer Hitam.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

10 hari mahfirah sudah berlalu, doa untuk memohon rahmat dari Allah SWT sudah berlalu. Kini kita sudah memasuki 10 hari untuk memohon pengampunan kepada Allah SWT. Jangan lupa juga untuk bertadarus dan berqiamul lail di malam hari. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kekuatan dan kesihatan untuk menjalani ibadah ramadhan kali ini. 

'Awal mu rahmah, pertengahan mu keampunan, dan akhir mu dijauhi neraka'

Dalam beberapa minggu lagi aku akan menjalani Imtihan untuk Semester ke 2 untuk Tahun 3 aku di UKM bagi pengajian PJJ aku. Mudah-mudahan Allah SWT memberi kesihatan untuk aku  menjalani imtihan ini.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa pada tahun ini untuk mendapat keredhaan dan rahmat Allah SWT. InsyaAllah.


Comments

Popular Posts