Situasi berbeza di Malaysia, Mesir dan Syria di 1 Syawal 1434 Hijrah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

 Alhamdulillah segala puji bagi Allah empunya sekian alam. Dengan berkat inayahnya dapatlah kita umat islam semua meraikan kemenangan selepas sebulan menunaikan kewajipan yang Allah SWY berikan kepada kita. Walaupun kita tidak mengetahui adakah puasa kita ini diterima oleh Allah SWT ataupun tidak, hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Walaupun kita semua bergembira dengan sambutan Aidilfitri di tanah air kita Malaysia. Kita jangan lupa dengan saudara seislam kita yang sedang berjuang di tanah air masing-masing contohnya seperti di Syria yang sekarang ini hampir semua rakyatnya yang Sunni terbunuh atas kegilaan diktator Syiah Syria Prseiden Basyar Al Asaad. Pejuang-pejuang mujahideen iaitu FSA ( Free Syria Army ) bertungkus lumus untuk memerangi penaklukan tentera laknatullah Basyar ini. Alhamdulillah melihat video-video Youtube, gambar-gambar dan berita-berita terkini. Mudah-mudahan Mujahideen FSA akan menghapuskan Basyar dan sekutunya.

Tidak lupa juga keadaan di negara yang pernah aku mastautin dan tinggal di sana selama 4 tahun iaitu Ardul Kinanah iaitu bumi anbiya; Mesir. Semenjak penggulingan presiden pilihan rakyat Mesir, Dr Mohamed Mursi pada 3 Julai lepas, lebih 300 nyawa terkorban, lebih 2,000 tercedera, manakala lebih 1,700 individu ditahan tanpa bicara termasuk presiden Mesir yang pertama dipilih secara demokratik. Berita terkini kita lihat di Mesir, Fatah al-Sisi yang merupakan orang yang bertanggungjawab di dalam rampasan kuasa ini telah menyebabkan kematian beribu orang di Dataran Raba'ah, Cairo, Mesir. Dataran yang dulunya aman kini menjadi tempat pertumpahan darah yang amat dasyat dan dikecam oleh semua umat manusia di dunia.

Dari hari ke hari akan ada yang mati syahid baik Mujahidin dan Mujahidah, yang terbaru anak kepada pemimpin Ikhwanul Muslimin, Asma Binti Dr Mohammed Beltaji menemui syahidnya ketika berumur 17 tahun. Ramai lagi  yang mati syahid di sana. Moga Allah melindungi mereka di sana.

Sebab itu kita perlulah mendoakan mereka supaya mereka thabat dan cekal di sana insyaAllah.

# Berita terkini lebih 1000 orang terkepung di Masjid Al-Fath, Ramsis, Cairo yang dikepung oleh polis dan tentera yang tanpa segan silu melepaskan tembakan ke atas mereka. Terdapat orang awam, kanak-kanak, warga emas dan juga tubuh2 syuhada yang bergelimpangan. Adakah kiamat dunia hampir tiba dan kemenangan Islam hampir tiba...Adakah aku akan menjadi Syahid??????


Syuhada yang syahid di Medan Rabaah, Cairo


Syahidah Misr


Syahidah Asma Mohammer al-Biltaji


Bukit Flora
10 Syawal 1434

Comments

Popular Posts