Bercuti Di Kampung Kubang Kawah, Bachok Kelantan

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

 Alhamdulillah dengan nikmat udara yang Allah berikan kepada kita semua dapatlah kita meneruskan lagi kehidupan di dunia ini tanpa ada gangguan. Syukurlah atas nikmat pemberian yang Allah berikan kepada kita semua.

Alhamdulillah tanggal 7 Zulkaedah 1434 hingga  10 Zulkaedah 1434 dapatlah aku dan isteri bercuti di kampung kelahiran isteriku, Kampung Kubang Kawah, Bachok, Kelantan. Sebenarnya niat cuti 3 hari yang lepas ni nak pergi ke Cameroon Highland tetapi keadaan kereta yang tidak baik sebab terpaksa OVERHALL maka x dapatlah bercuti ke sana. Sebenarnya banyak program nak buat sempena cuti 3 hari ini, tetapi yang betul-betul dapat ialah bercuti di Kelantan. Niat untuk menziarahi ibu bapa isteri dan adik-adik ipar di sana.

Takut juga sebenarnya tidak dapat tiket kerana masa beli tiket bas aritu pun pas-pas jek dapat tiket balik dan tiket nak balik ke Johor pun betul-betul tinggal 2 tiket. Memang rezekilah dapat tiket pergi dan balik. Kali ini pergi dan balik menaiki Bas Transional. Perkhidmatan bas yang lain semuanya sudah sesak dan penuh dibooking. Apa-apapun alhamdulillah Allah uruskan semuanya dengan mudah.

Cerita Pesta Bola Merdeka 2013





Hari sabtu merupakan hari di mana Malaysia akan menentukan samada negara Malaysia akan dijulang untuk menjadi juara Pesta Bola Merdeka 2013 edisi ke 41. Alhamdulillah Malaysia merangkul kejayaan ini dengan menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, Kuantan. Ini hasil jaringan daripada Rozaimi Ab Rahman dan Junior Eldstal membuatkan kita melebihi Korea Selatan di dalam jumlah kemenangan dengan Korea Selatan menjuarai sebanyak 11 kali manakala Malaysia mengungguli dengan 12 kali kemenangan. Tapi yang paling best ialah dapat tengok dengan Abah dan Abang Pejo di siaran langsung di Arena Astro hahaha.

Mandi-mandi di Pantai Baru, Bachok.




Sebenarnya lama dah aku teringin nak mandi dan merasa kedinginan air laut Pantai Irama tempat dan kampung kediaman isteri aku yang sangat-sangat berhampiran, tetapi tak pernah kesampaian. Alhamdulillah akhirnya kepulangan kali ke 5 ini membuahkan hasil untuk menikmati kedinginan air laut pantai di Kelantan ini. Walaupun tidak dapat nak rasa Pantai Irama dapat juga merasa Pantai Baru. Kawasan pantai ini berdekatan dengan rumah Ma (rumah pusaka Ma Mertua ) dan juga berada di belakang rumah adik ipar. Bestkan rumah dekat dengan pantai. Hari-hari boleh berendam. Sebelum terjun dan berendam alhamdulillah dapat pekena nasi Dagang yang terbaik dari adik ipar. Thankz Pejal dan Wawa. Alhamdulillah syukur dengan nikmatnya.

Naik motor ke Kota Bharu

Pengalaman baru aku balik kali ini ialah dapat rider dengan isteri tersayang menaiki motor. LC 135 adik iparlah yang jadi mangsa. Oklah daripada tak merasa ye tak? Dapatlah jelajah kawasan-kawasan dekat Kelantan ini. Dari Bachok ke Kota Bharu ini melepasi banyak juga pekan, Pekan Beris, Peringat dan Kubang Krian. Dapat singgah ke kedai buku Syarikat Osman Muda. Selepas tue dapat pergi Pasir Mas rumah Kak Su dan Abang Anas serta rumah ibu Harmimi ( Mimi ) dan Dik Wani.

Bakar-bakar time @ BBQ

Aktiviti wajib kalau aku dan isteri aku ni balik ke Kampung Kubang Kawah ini kalau tak ber BBQ tak sah. Ada je yang nak dibakar. hahahaa. Balik ini isteri aku belanja 4 ekor ayam dan sosej untuk dibakar. Tak ketinggalan Mee Hoon goreng masakan Ma yang sedap huuhuhuhu. Thankz Ma masakan menantu Ma ni masakan yang sedap-sedap. Nasi Kerabu dan Nasi Dagang yang terbaik.

Kesimpulan yang aku boleh buat. Percutian yang ringkas ini dapat membuatkan kepala ini hilang sikit strees dengan kerja. InsyaAllah ada rezeki aku akan pulang lagi ke Kelantan Darul Naim sebab ada perkara yang lagi belum selesai. hehehehe.

farizalshah
Taman Bukit Flora

Comments

Popular Posts