Nasihat Syeikh Dr Abdullah As-Syazuli (Bekas Pensyarah Universiti Al-Azhar Tanta).

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Assalamualaikum buat para sahabat. Sebenarnya mahu berkongsi sesuatu untuk kemaskinikan rohani kita. Dipetik dari kalam Syeikh Dr Abdullah As-Syazuli ( pernah mengikuti kelas Tauhid dan Akidah daripadanya ketika aku belajar di Jamiah Al-Azhar Cawangan Tanta).

Petikan ini ditranslatekan oleh akhi Aswan sahabat di Tanta di mana Syeikh mengatakan;



"Jadilah seorang doktor yang sangat kuat pegangan agama dan hubungannya dengan Allah. Nescaya Allah akan bersamamu dalam segenap urusanmu." :')




  • Daripada Syeikh Dr Abdullah As-Syazuli: 
  • -Perintah pertama yang diturunkan dalam agama ini ialah berkenaan gesaan menuntut ilmu. “Iqro. Bacalah!” Ia adalah suatu usaha kearah mengenal kebenaran.
  • -Sesungguhnya pengetahuan yang tidak dapat membuat kita mengenal Allah, adalah bukan ilmu. Itu adalah kejahilan.
  • -Ilmu itu hanya dapat diperoleh dengan kesungguhan dalam kepayahan dan kesusahan.
  • -Kena sedar bahawa kita semua sedang melaksanakan tugasan kefardhuan. Jangan anggap tugasan kita ini adalah perkara remeh atau biasa-biasa saja.
  • -Mudah faham, hafal, dan amalkan sesuatu ilmu, adalah suatu anugerah daripada Allah buat mereka yang bagus hubungannya dengan Allah. Dia akan kurniakan kefaqihan kepada sesiapa sahaja yang bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam menuntut ilmu.
  • -Situasi kita yang belajar jauh dari tempat asal (Malaysia) sebenarnya hampir sama seperti kebanyakan para ‘ulama yang merantau untuk mencari ilmu. Jadi jangan sia-siakan usaha dan keberadaan kita di sini.
  • -Sepatutnya, kita menjadi pelajar yang lebih produktif ketika ini. Sebab Allah kurniakan banyak kemudahan kepada kita berbanding penuntut ilmu terdahulu. 
  • -Dengan kemudahan itu, macam-macam yang kita boleh peroleh hanya dengan hujung jari. Cuma hari ini apa sudah jadi dengan kemudahan itu? Kita gunakan sebetulnya? Atau kemudahan itu sudah banyak melalaikan kita? Kita nilai sendiri..  


Comments

Popular Posts