Villa Nabila dan Harimau Malaya.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum buat sahabat-sahabat sekalian. Rasanya dah ama sangat aku tidak menitipkan sesuatu di dalam laman sesawang aku ni. Entahlah nak kata sibuk tak ada lah sibuk sangat. Agaknya aku je yang malas agaknya. Pepun sebenarnya banyak peristiwa yang berlaku sepanjang aku tak menulis sesuatu dalam blog aku ni.

Rasa-rasa apa sekarang yang paling hit dan hot di dalam Malaysia sekarang  ini. Macam2 newsfeed dalam Malaysia ini. Bukan apa, aku yang naik pening dengan bermacam cerita yang datangd dari pelusuk negara aku ni. Walau bagaimanapun sebelum kita nak share apa-apa tu kena pastikanlah benda tue sahih dulu yer. Jangan nak suka2 jek share. Tapi kekadang aku pun ada juga share benda yang aku x kaji betul-betul. Habis aku kena hentam dengan diorang sabar jeklah. Mana idaknya aku ni antara orang berilmu (macam riak je cakap macam tue), so kita perlulah cari bahan-bahan share tue mewarnai nilai-nilai murni seseorang (alamak dah macam mengajar Pendidikan Moral pulak aku ni).


Villa Nabila, Street View, Johor Bahru, Johor.


Sekarang ini kecoh dengan cerita Villa Nabila. Aku pun naik pening tengok diorang ni. Kecoh pun kecoh jugalah pasal benda ni. Aku memang tidak tahu menahu pasal benda ini sebelum ini sehinggalah keluar kenyataan ini...alamak aku nak cerita seram-seram ini dah malam pulak ek hahahaha...x mohlah aku punya bulu roma dah meremang ini hahaha.

Antara artikel yang dapat di kongsi:

'Misteri Villa Nabila'
Kisahnya:30 org budak yg kebosanan jln2 di bndaraya JB, pastu amik keputusan nak jd seekers masuk Villa Nabila. Kesmuanya masuk, lps stengah jam keluar dgn jumlah yg sama. Diorang ikut pintu blkg, siap g makan mcD & lps subuh di masjid diorg pun terus balik. Sorang yg dilaporkan hilang ni pulak pegi balik rumah orang lain. Tamat.
Jadi apa yang misterinya??
....
Berhentilah sebar berita2 yang tak diketahui kesahihannya. Tak kira perkara yang berkaitan politik, gosip, isu semasa, apatah lg bab agama. Dalam Al Quran surah Al Hujurat ayat 6 yg bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Jika seseorang yang fasik datang kepadamu membawa suatu berita, maka telitilah kebenarannya, agar kamu tidak mencelakakan suatu kaum kerana kebodohanmu (kecerobohanmu), yang akhirnya kamu menyesali perbuatanmu itu."

Itu punya cerita masa Isnin mula-mula aku masuk kerja untuk minggu ini.


Hari ini pula kita akan mengetahui nasib team Harimau Malaya kita yang akan menjaid tuan rumah untuk perlawanan timbal balik dengan Bahrain. Sebelum ini Harimau Malaya diaibkan di gelaggang tuan rumah di sana dengan 1 berbalas 0 dan hari ini juga Harimau Malaya kecundang lagi 1- 0 dengan Bahrain. So kita dah boleh ucap selamat tinggal untuk Datuk K. Rajagobal yang banyak memberi impak kebangkitan sukan bola sepak tanah air dengan rekod beliau yang cemerlang untuk Piala AFF dan Sukan SEA. Pepun moga masa hadapan skuad Harimau Malaya dan Harimau Muda akan pergi lebih jauh lagi.


Sangat bored sambil siapkan Tesis
Teratak dan Singgahsana
Flora Heights




Comments

Popular Posts