Sedekad Tsunami di Aceh - Iktibar dan Hikmah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 



Assalamualaikum buat para sahabat yang mengenali diri ini. Syukur alhamdulillah segala pujian bagi Allah SWT Tuhan pencipta Alam. Selawat dan salam buat Nabi Muhammad SAW. Rasulullah junjungan besar kita. Alfatehah buat para sahabat dan tabi serta tabiin. Moga kita semua berada di dalam kerahmatan Allah SWT.

Dalam setiap kehidupan yang Allah berikan ini, akan sentiasa ada dan akan berlaku musibah dan ujian yang Allah tetapkan untuk makhluknya. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji makhluknya selagi makhluknya mampu untuk bertahan dengan ujian yang Allah berikan.


Aku masih teringat lagi tanggal 26 Disember 2004 hari ahad, ketika itu aku baru sahaja lepas menduduki peperiksaan STPM. Pada masa itu aku menolong ibu bapa aku di restoran keluarga. Alangkah terkejutnya aku bila aku mendengar berita mengatakan bumi ACEH yang dikenali sebagai Serambi Mekah di negara Indonesia itu mnegalami musibah dan ujian dengan Allah SWT menurunkan sesuatu yang tidak dijangka iaitu Tsunami. Ombak besar  yang terhasil akibat gempa bumi yang berukuran 9 pada skala Ritcher. Perkara yang tidak dijangka berlaku kerana mereka di sana sudah biasa dengan gampa bumi kerana wilayah berkenaan terletak dalam linkungan Lingkaran Api Pasifik.

Kejadian itu mengorbankan ratusan ribu penduduk Aceh dengan sekelip mata sahaja. Ombak besar yang dikatakan setinggi pokok kelapa meranapkan hampir keseluruhan wilayah tersebut. Perumpamaan yang paling hampir boleh dikaitkan ialah "Padang jarak, padang terkukur", untuk nilaian keadaan di sana.

Itulah antara kejadian dan musibah yang Allah SWT turunkan kepada mereka untuk mereka diberi peringatan kepada mereka. Tetapi setelah hampir sedekad berlalu Bandar Aceh kini telah mengalami transformasi di dalam pelbagai aspek pembangunan dan sebagainya.

Mungkin inilah yang dinamakan hikmah disebalik musibah yang melanda mereka. Seolah-olah Allah SWT mahu agar penduduk Aceh bangkit berdikari dan bebas daripada belenggu kemiskinan dan peperangan saudara sebelum insiden Tsunami. Itulah keistimewaan wilayah Aceh yang terletak di Kepulauan Sumatera yang mempunyai keluasan seluas 57,365.57 km per segi atau merangkumi 12.26 peratus pulau Sumatera.

Moga kita semua mengambil iktibar dari kejadian yang berlaku. Sesungguhnya kejadian yang berlaku itu boleh berlaku dengan Asbab, berlawanan dengan Asbab dan Tanpa Asbab.

Comments

Popular Posts