Barang Jenama Anda

Tuesday, November 04, 2014

Tahun Baru Hijrah 1436

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

 Assalamualaikum buat semua sahabat2 yang kadang2 ada menatap blog aku yang serba uzur dimamah usia ini. Entahlah aku sebenarnya tak tahu nak tulis apa dalam blog aku ni sebenarnya. Bukan apa sekarang ni dah zaman moden yang terlebih. Sekarang ni semua bukaknya Facebook, Twitter, Whattsap, Weechat dan lain-lain lagi. Maka orang dah tak buka dah blog-blog ni. Hanya segelintir Je yang masih lagi merasakan ada kewujudan blog dalam kehidupan moden sekarang.

Apapun tahniahlah buat diriku ini kerana masih lagi nak taip something yang boleh korang nak baca dan rajin nak baca. Aku ucapkan terima kasih atas kesudian sahabat2 untuk merajinkan diri nak membaca blog usang ni.

Aku rasa aku dah lama tak menaip papan keybord. Sekarang ni aku dah ada iPad Air so aku nak gunakan untuk projek bilion2 patah perkataan untuk tahun baru Hijrah bagi 1436 ni. Mudah2 mudahan dengan adanya Gadget dan teknologi yang ada sekarang ni membuatkan aku x malas nak menaip.

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita semua masih lagi diberi pernafasan dan nyawa untuk meneruskan kehidupan pada Tahun Hijrah yang baru iaitu 1436 ini. Alhamdulillah sudah masuk 11 Muharram untuk hari ini. Moga Allah permudahkan segala azam dan percaturan yang kita sudah set untuk tahun ini. Jika azam2 yang lepas belum tercapai, usahakanlah dengan penuh Istiqamah dan sabar. Mudah-mudahan diri ini dapat menikmati azam yang ingin dicapai dengan penuh syukur dan tawaduk.

PEPERIKSAAN SPM , STPM dan STAM

Masuk bulan Muharram ni maka bermulalah anak2 pelajar yang berada di tingkatan 5 menduduki SPM, tingkatan 6 atas  menduduki STPM dan anak2 pelajar di Sekolah-sekolah Menengah Agama menduduki peperiksaan STAM. Moga kamu semua peroleh ketenangan di dalam menjawabnya peperiksaan tersebut.

Jawab dengan tenang dan sentiasa bertaqarrub dengan Allah SWT. Buatlah ulangkaji bersungguh -sungguh. Ustaz doakan moga kamu semua berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah.

Akhir kalam dari aku yang kononya orang panggil Ustaz Rock masa aku jadi cikgu @ guru sandaran dulu.

 "MAN JADDA WA JADDA"
Sesiapa yang berusaha pasti akan berjaya.

Sekian, wassalam
Ustaz Farizal Shah Addirani










Wednesday, May 07, 2014

Perginya Seniman Bujang Lapok Yang Terakhir : Alfatehah Buat Datuk Aziz Satar

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Perginya seorang lagi seniman yang terkenal di tanah air kita dan Seniman Bujang Lapok Yang Terakhir.

Allahyarham Datuk Abdul Aziz Satar yang meninggal dunia jam 2 pagi hari Rabu bersamaan 6 Rejab 1435 Hijrah dan 6 April 2014.

Allahyarham meninggal di Hospital Kajang, Selangor. Meniggal dunia di sisi 2 orang anak, isteri dan cucu akibat serangan jantung dan keadaan yang uzur pada usia 89 tahun.

Gandingan Abdul Aziz atau dikenali sebagai Pak Ajis bersama Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P Ramlee dan Allahyarham S Shamsuddin sebagai Trio Bujang Lapok menjadi antara watak ikonik dalam dunia senimatik Melayu sejak era 1950an. Watak-watak yang dibawa oleh mereka bertiga sehingga kini tidak pernah lupus dalam ingatan generasi tua dan muda hingga sekarang.

Moga Allah SWT mencucuri rahmat dan kasihnya kepada Allahyarham dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, InsyaAllah.


1925 - 2014
ALFATEHAH


Saturday, March 08, 2014

Pray For MH370 : Kuasa Asbab, Tanpa Asbab dan Berlawanan Asbab

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 



Assalamualaikum buat semua sahabat-sahabat yang berada di dalam keadaan rahmat AllahSWT hendaknya. Selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhammad SAW. Al fatehah buat para Sahabat, Tabi' dan Tabi'in dan juga Ulama warasatul Anbiya'.Syukur ke atas nikmatnya kerana hari ini dapat aku menitipkan sesuatu untuk tatapan sahabat.

Pada hari ini 8 Mac 2014 bersamaan 6 Jamadil Awal 1435 Hijrah. Satu lagi episod tergempar telah berlaku di bumi tercinta kita. Semua umat manusia di dunia pada hari ini tertumpu arah pada KEHILANGAN PESAWAT BOIENG MH370.

Pesaawat yang membawa 239 penumpang dari 15 negara berbeza. Penerbangan MH370 yang berkongsi kod bersama China Southern Airlines di dapati telah terputus hubungan komunikasi di Laut China Selatan pada pukul 5.20 pagi. Pesawat tersebut membawa 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal. Penerbangan tersebut adalah dari Kuala Lumpur ke Beijing. MH370 berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 12.41 pagi waktu tempatan dan di jadualkan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing pada pukul 6.30 pagi waktu tempatan.

Banyak spekulasi yang mengatakan pesawat MH370 hilang dari radar disebabkan terhempas ke dalam laut. Ada juga yang mengatakan selamat mendarat di Vietnam, ada juga yang buat kenyataan nakal mengatakan ghaib disebabkan UFO ataupun wujud Bermuda Triangle yang kedua di Lautan China Selatan.

Walauapapun yang terjadi kita kena beriman dengan kuasa Qada' dan Qadar Allah Taala yang merupakan Rukun Iman bagi kita sebagai umat Islam. Mungkin ada hikmah dengan apa yang terjadi pada hari ini. Moga peristiwa yang berlaku ini tidak berulang seperti di Tanjung Kupang pada 1978.

Moga Allah permudahkan segala urusan. Kita doalah yang terbaik untuk mereka.


Hari ini merupakan hari yang akan diingati di kalendar 2014 dan 1435 Hijrah di mana Kapal Terbang MH370 kepunyaan MAS kehilangan jejak tanpa diketahui. Sedekahkan al-Fatehah dan berdoa agar semuanya selamat di sisi Allah.

6 JAMADIL AWAL 1435 HIJRAH | 8 MAC 2014 MASEHI



Kapten Zaharie Ahmad Shah


Pegawai Kanan Fariq Ab. Hamid


Senarai nama penumpang Pesawat MH370

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang