Tahun Baru 1437 Hijrah.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 

Assalamualaikum buat semua sahabat baik di dalam dan luar negara. Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita menghirup udara nyaman yang Allah SWT berikan kepada kita sejak zaman Tok Nenek kita Nabi Adam AS.

Tahun Baru 1437 Hijrah

Alhamdulillah kita diberi panjang Umur untuk menemui tahun Hijrah yang baru iaitu 1437 Hijrah. Mudah-mudahan kita semua akan memperolehi keazaman yang mantap untuk meneruskan kehidupan kita di muka bumi Allah ini. Sudahpun berlalu 1436 Hijrah yang lepas, apakah sumbangan kita pada Islam? Adakah kita semua sudah ada client Non-Muslim yang kita ajak bjjerhijrah menuju keredhaan Allah SWT? Itulah antara azam aku untuk tahun Hijrah yang baru ini. Mudah- mudahan Allah permudahkan niat aku ini dan juga para sahabat yang hendak bersama-sama dalam misi mencari RedHa Allah ini.

Mendapat Baby Girl

Alhamdulillah Allah SWT kurniakan seorang anak perempuan yang comel pada 27 Rabiul Akhir 1436 yang lepas bersamaan 17 Februari 2015. Nama yang Ku berikan kepadanya ialah Nur Zahra Khalisa. Kini sudah berumur 8 bulan. Baru sahaja pandai meniarap dan maju ke depan. Anak yang aktif. Moga Allah jadikan dia Anak Yang solehah dan mujahidah di kemudian hari. Amin.

Kemalangan Jalan Raya

Tanggal 9 Muharram 1437 Hijrah adalah tarikh yang tak akan aku lupakan. Aku telah menerima kemalangan jalan raya ketika hendak pergi kerja dengan menaiki motorsikalku Yamaha LC 135CC di depan High School Chinese Jln Tg Labuh. Aku rasa aku dah bawa slow rasanya. Tapi itulah takdir, tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan membelok masuk ke perkarangan sekolah. Aku gagahi juga untuk mengelak tetapi tidak juga lepas. Akibatnya Peha kiriku patah. Aku dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat untuk menjalani rawatan kecemasan. Aku di X-Ray dan didapati banyak tempat yang patah. Kemudian aku menunggu untuk admit ke wad. Sebelum aku di admit, wife aku sempat datang dan memberi pandangan supaya aku ditukarkan ke Hospital Pantai, Batu Pahat, antara Private Hospital yang ternama di Batu Pahat. Alhamdulillah aku diterima masuk untuk membuat rawatan di sana. Aku buat keputusan untuk berpindah ke sana disebabkan aku mendengar doktor yang merawat aku di bahagian kecemasan mengatakan kemungkinan aku dibedah dalam seminggu lebih. Aku rasa tak berbaloi nak tunggu lama-lama. Dahlah tengah sakit2 ye tak. Lagipun apa guna ada Medical Card yang bayar tiap-tiap bulan.

Selepas aku dipindahkan ke Hospital Pantai, aku di X-Ray lagi buat kali kedua. Setelah di X - Ray aku didapati mengalami patah tulang Peha di sebelah kiri dan memerlukan pembedahan. Alhamdulillah berkat aku berpuasa 9 Muharram aku terus dibawa masuk ke Operation Theater @ OT pada pukul 1.00 Ptg. Alamak cepat gila kan kena operation. Rezeki Allah dan kebetulan Doktor Baha yang incharge aku tak ada patient yang perlu dibedah.

Pengalaman akulah first time masuk bilik OT. Nilah seumur hidup aku masuk. X nak dah aku nak masuk lagi. Aku kena Bius terus melayang layang fikiran aku. Rasa aku ni dalam alam fantasi. Aku jadi kecik jadi besar masuk salur darah...macam2 lah. Sekali aku sedar2 bunyi mesin. Agaknya Dr. Baha tengah alignment aku punya tulang agaknya.

Dipendekkan cerita 6 harilah aku warded kat Hospital Pantai. Alhamdulillah dapat duduk kat VIP Room. 250 sehari tau. Kalau aku X Der Simpanan Takaful dan Medical Card, maunya aku nak dapat keselesaan Macam ni. Terima Kasih Prudential BSN Takaful yang membiayai semua urusan aku kat hospital ni. Nak tahu jumlah semua kos aku selama duduk 6 hari kat dalam ni. 15K ok... Sebab tu penting adanya Insurans or Takaful ni. Sesapa yang belum ada leh contact aku. Aku agent juga sebenarnya...Huhuhu. Leh deal or roger2 k.

JDT Juara AFC Cup 2015

Alhamdulillah syukur pada Allah yg memberi kemenangan kepada pasukan Johor Darul Takzim (JDT) untuk merangkul kemenangan yang bersejarah. Pasukan pertama dari Malaysia yang layak ke separuh akhir dan sekali lagi sejarah bola sepak tanah air yang melihat pasukan Malaysia yang layak ke perlawanan Akhir.

Tanggal 31 Oktober 2015 adalah tarikh keramat di mana JDT menjadi Juara setelah menumpaskan kumpulan Istiklol Dari Tajikistan dengan 1 goal berbalas 0. So arini kita cuti. My wife pun dok cuti jaga kawe kat rumah ni.

Luaskan kuasamu Johor .

Farizalshah Addirani




















Comments

Popular Posts