Barang Jenama Anda

Saturday, December 30, 2006

.::SELAMAT HARI RAYA EIDUL ADHA 1427H/2006M::.

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah subhanahu wata'ala atas limpahan nikmat sehingga kita semua dapat lagi menyambut hari raya aidiladha pada tahun ni... aku masih lagi beraya di bumi perantauan bersama sahabat2 di egypt...alhamdulillah,walaupun sentiasa terkenang ayah bonda di kampung,keceriaan yg terpancar di muka2 sahabat telah berjaya menyekat aliran air mataku...huhu.skema plak ayat..walaupun x semeriah di kampung, walaupun nun jauh disana family dan juga rakan-rakan seperjuangan di Malaysia aku tidak lupakan.

Sejak hari khamis lagi aku dan ahli bait menantiklan tarikh 10 zulhijjah ini bukannya apa teringin sangat nak melapah daging kambing yang akan tumbang sebanyak 6 ekor...syukur alhamdulillah.Aku dan ahli bait sejak hari khamis sudah start puasa sunat khamis dan di sambung dengan puasa sunat 9 zulhijjah.Malam raya aku dah start buat kuah kacang dan juga masak nasi impit dan juga ketupat palas ..\segera hehehehehe bolehlah nak rasa...walaupun letih sebab keadaan suhu di bumi mesir ni dah jejak 5 darjah celcius ke bawah...kat dalam umah dah berasap mulut dah cakap.

Hari ini aku dan ahli bait bersiap awal untuk tuniakan solat sunat aidil adha bersama orang-orang kampung Thaniah,seberbay tempat aku tinggal di sini.Mandi solat sunat dan memakai pakaian yang baru antara perkara yang sunat di buat oleh kita untuk pergi sembahyang sunat hari raya.Pergi awal bertakbir 'versi arab' seronok walaupun dah 2 tahun aku kat bumi mesir nie tapi tak sesempurna hari raya aidil adha bagi tahun 1427 hijarah dan 2006 ini.

Selepas selesai kami bermaaf-maafan dan sesi bergambar di rumah bersama ahlil imarah dan juga menikmati juadah hari raya yang dibuat oleh aku dan ahli bait serta ahli imarah....umah bawah aku buat nasi ayam dan special price ' tomyam raya' hehehehe bolehlah ganti lodeh...tak sempat nak buat..maaf ye ahli bait(turn aku sebenarnya).Lepas selesai aku pergi ke Bait Izzah untuk pergi bergotong-royong untuk menjalankan ibadah korban.Dulu aidilfitri dengan ibadah puasanya manakala aidiladha dengan ibadah haji dan korbannya.Ini adalah untuk memberi penggalak ke arah kebangkitan umat islam sejagat berlandaskan kisah hidup Nabi Ibrahim dan puteranya,Nabi Ismail yg dah kita dengar setiap kali khutbah aidiladha..betul tak?

Panjang sebenarnya aku nak cerita ini...insyaAllah aku sambug lagi unuk versi ke dua insya-Allah khas kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail...asal usul pensyariatan melakukan ibadah korban insyaAllah.

Hari ini juga merupakan pengalaman aku yang pertama menyiat kulit kambing dan juga melapah serta membersihkan perut kambing hehehehehe...pengalaman yang sungguh menyeronokkan ...ia akan menjadi kenangan yang indah buat aku.Selepas siap aku balik ke rumah abg mazak ada sikit jemputan pergilah buat mee kari.Rumah aku tak tahulah nak buat open house ke tak sebab fatrah imtihan yang tidak lama lagi ini 6hb januari dah start.Dekat sangat dah

Sempena hari yang mulia ini aku memohong jutaan kemaafan kepada semua warga blogerz yang sudi menatap dan melihat hasilan dan nukilan yang aku rungkaikan di dalam blog aku ini semoga kamu semua mendapat keredhaan dan keberkatan dari Allah SWT insyaAllah.

Kullu Am Wa Antum Bikhair

p/s:marilah kita bersama-sama sedekahkan al-fatehah kepada arwayarham Saddam Hussein yang telah kembali ke rahmatullah pada tanggal 10 zulhijjah 1427 hijrah ini semoga ia mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT serta bersama-sama di kalangan orang yang soleh.

farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Saturday, December 16, 2006

.::Jika Syariat Di Utamakan...inilah yang terjadi!!!::.

Assalamualaikum kepada semua blogerz yang memang suka menaip di kala kesunyian ataupun ada idea yang tercurah di dalam kepala.InsyaAllah bila-bila masa jejari kita mesti ingin menginjak pepunat askara di keybord masing-masing.Walaupun kekadang idea yang kita hendak sampaikan datang dari idea orang lain tapi olahan yang kita buat kenalah lebih menarik dari pemula idea.Tapi kita kenalah minta izin dulu sebelum apa-apa yang kita ingin sampaikan ini supaya kita beroleh keberkatan, kaf...ba...ra...kaf...alif...ta..nun..hehehehe.

Hari ini merupakan hari cuti bagi umat islam seluruh dunia kenapa aku mengatakan begitu, ini adalah kerana Hari Jumaat merupakan "Penghulu Segala Hari" so bagi umat islam pada hari inilah kita mengejar ganjaran yang Allah SWT berikan kepada semua umat islam.Kuliah pada hari jumaat cuti so aku buatlah apa yang boleh buat untuk pengisian aku ini.Belek punya belek blog orang, aku terasa diri ini melihat satu penyampain yang ringkas tapi ia menghasilkan satu input yang boleh kita sebagai blogerz untaikan pendapat ataupun mendiskusikan IDEA yang telah diberi oleh Allah SWT kepadanya.

Mesti kamu semua tertanya-tanya apakah yang aku ingin sampaikan buat input yang baru ini.Jawapannya ada pada semua pandangan kamu.Kamu terlihat ataupun tidak terlihat itu tidak pasti yang penting bagi diriku yang tidak tahu menahu akan hal ini berasa kagum dengan 'DIA'. Siapakah 'DIA' yang aku ingin katakan ini?hehehe soalan cepu emas cepat siapa cepat dia dapat hahahahaha...dapat apa dapat tahulah.

Baiklah sebenarnya aku ingin menceritakan pasal seorang wanita yang begitu kuat pegangannya pada ajaran agama islam, terasa kagum pulak aku.Ruqaya al Ghasara, pelari pecut dari Bahrain, pemenang emas sukan Asia 2006 bagi larian 200m dan gangsa 100m wanita.Kenapa aku terasa kagum dengan dia?Jawapannya.....lihat gambar di bawah:

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi...Siapa bilang tutup aurat tak boleh bersukan?Tak boleh berlari,Tiada stamina?


Mesti kamu rasa kagumkan...jangan jadikan sesuatu keadaan itu penghalang untuk tunaikan kewajipan dan hak kita sebagai umat dan makhluknya.Lihat bagaimana Ruqaya mengadaptasikan syariat yang Allah SWT turunkan kepada setiap insan yang bernama wanita.Tapi kita lihat sekarang wanita islam tidak malu untuk dedahkan aurat mereka.Tiada rukhsah di dalam bab menutup aurat tetapi kenapa ada orang yang gatal mulut mengatakan ada rukhsah di dalam menutup aurat? pening aku fikirkan akan hal ini.Cuba kamu fikirkan juga...

Allah SWT sudah mencatitkan akan suruhan melaksanakan penutupan aurat di dalam Al Quran, cumanya umat islam tidak tahu akan cara penutupan aurat yang betul.
Di dalam Surah An Nuur ayat 31 mafhumnya:
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka meperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua meraeka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."

Benar bukan kata-kata Allah SWT....orang yang beriman akan berjaya!!


Siapa bilang tutup aurat menyusahkan?Tak boleh nak gerak?Tiada kebebasan?

Di dalam ayat tersebut Allah SWT sudah sebutkan dengan terperinci supaya memelihara kehormatan kamu dan jangan memperlihatkan perhiasan tubuh kamu seperti rantai, subang dan sebagainya kecuali yang zahir daripadanya.Yang zahir itu bermaksud barangan yang berada di sisi seperti pakaian(baju yang menutup auratcth Jilbab dan jubah.) dan cincin.Maka ia dapat menutup dosa. Yang penting hendaklah kamu menutup belahan leher baju(sekarang terbelah menunjukkan1/2 buah dada...betul bukan?) dengan tudung kepala kamu.Contoh yang boleh diberi seperti purdah dan kain tudung labuh.

Contoh soalan yang dikemukakan dan jawapan yang kemungkinan akan diberikan oleh wanita islam pada masa sekarang:

Penyoal:Jika anda seorang wanita, adakah anda memakai tudung
Penjawab;
X : Pakai tudung tu kewajipan & maruah seorang wanita Islam.. so.. faham2 lah ye..
Y : Tudung tu pakai kat sekolah je.. kat luar tayang rambut rebonding lah..
Z : Tudung?? Tak trendy laa.. wat malu je.. jatuh la saham aku

Oleh itu para sahabat yang bergelar wanita insafilah diri yang hina dina ini kepada Allah SWT.Ikutilah kehendak dan suruhan yang Allah SWT berikan kepada kita agar diri kita ini sentiasa diredhai dan diberkati di dalam kehidupan kita seharian.

Sebelum aku menutup tirai untuk kali ini aku nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudari amni( akak rasanya ) di dalam ruangan blognya kerana memberikan aku suatu idea untuk aku mengasahkan fikiran aku untuk mendetailkan lagi kepentingan dan mengapa WANITA perlu menutup aurat!!!

inspirasi idea minal ~::Diskusi Hati::~ http://sinarkeimanan.blogspot.com/

dan Kitab Tafsir Munir karangan Al Ustaz Syeikh Wahbah Zuhaili.

"ilmu tanpa amal bagaikan pepohon yang tiada buah dipokoknya"....fikir-fikirkanlah wahai sahabat.

Sekian wassalam

"Akal seorang penulis terletak pada penanya"

Monday, December 11, 2006

.::Sahanah @ Sakonah VS Winter @ Syita ::.

Assalamualaikum WBT...

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku mencoretkan sesuatu buat pengisian blog aku ni...rindu sangat aku nak menaip ni walapun semasa aku menaip nie tangan aku macam kat dalam frozen tahap beku....aku tak tahu kenapa sejuk sangat hari nie maybe hujan yang turun sejak pagi tadi kot terasa effect dia sampai ke petang nie...pagi tadi aku berselimut dengan kemalasan yang amat sangat ... nasib baik aku tak der kuliah hari ini kalau tidak alamatnya aku tertinggal kuliahlah jawapannya.

Sekarang ini musim cuti sekolah bagi budak-budak sekolah kat Malaysia dan juga bebudak Local Universiti sampai bulan January 2007 - tahun baru akan muncul lagi...arghhhh exam dah nak dekat!!!!

Tapi bagi kami student di luar negara nie time musim Winter @ syita nilah musim pengajian kami dan Pengajian kami ini akan berakhir dengan exam ketika musim winter atau syita ini di kemuncaknya...fuhhhh time tue memang sejuk tahap Kutub lagaknya...memang mencabarlah bagi kami...Allah SWT sahaja yang tahu akan keadaan makhluknya yang berjuang di dalam medan peperiksaan.

Aku nak cerita sikit perihal dalam bulan Dicember ini...u all nak tahu tak yang aku dan ahli bait aku sekarang tengah bengang dengan Baba aku ni...u all nak tahu tak apa sebabnya!!! sebabnya...Sahanah @ sakonah(bahasa arabnya) kami rosak...tak rosak mana cuma paip penyambung air tue pecah...dah dekat 3 minggu dah aku dan ahli bait tak merasa air panas(suam-suamlah kalau panas tak melecur tangan kitorang ni).So ambil wudhuk dengan sejuk2lah.. bayangkanlah ambil wudhuk tue sejuknya macam kita berwudhuk dengan ais yang telah cair ... haaa cuba rasa macam mana. Macam itulah aku dan ahli bait aku rasa .. lagi2 bila ambil wudhuk time solat subuh...dahlah waktu subuh tue time mulut bercakap keluar wap...korang dah rasa belum?hehehehe kalau nak rasa mai negara-negara 4 musim.

Waktu ni kuliah aku masih berjalan seperti biasa cumanya aku nie je yang kekadang ponteng sebab tak berapa sihat hehehehe...alasan.Apa-apapun kuliah tetap diutamakan kalau tak alamat kita time exam nanti mengangalah sebab tak ambil catitan yang Doktor-doktor katakan...muqararpun tak dapat padan muka hang ... padan muka aku hehehehe.Fasa ini aku exam lepas Hari Raya Aidiladha.

Lastly bagi jemaah haji yang akan bertolak dan berangkat ke Bumi Haram Makkah dan Madinah semoga di beri kesihatan tubuh badan dan juga segala amalan yang dibuat mengikut apa yang di aturkan oleh syariat islam janganlah buat perkara-perkara yang lari darinya.Semoga segala amalan diredhai Allah SWT dan title Haji @ Hajah yag bakal di sandang itu memang benar-benar ita dapat dan diberkati.InsyaAllah mendapat Haji yang mabruk ....Mak dan Abah pergi ke Haji tahun ini semoga semua yang tertulis oleh aku ini mak dan Abah aku dapat(Mak dan Abah .... mak abah angkat aku :) )

Oklah aku tak tahu nak tulis apa entah ini...akhir kalam untuk semua ingatan sahabatku yang berada di dalam friendster ini.

Lazimi diri kita dengan Solat Jamaah, Al Quran, zikir kepada Allah SWT dan Puasa Sunat.

-----anouncement penting buat semua-----

Al fatehah untuk Allahyarham ulama' muasarah Islam di masa ini , al-Fadhil al-Ustaz asy-Syeikh Atiyyah Saqar yang meninggal dunia semalam 9 Disember 2006 bersamaan 18 Zulkaedah 1427 Hijrah.Salah seorang bekas penel Ahli Majlis Syura Mesir.Semoga Allah mencucuri dan merahmati Allahyarham...insyaAllah.

ilalliqa maa salamah

farizalshah
thaniah street,seberbay,tanta

Sunday, December 03, 2006

MAJLIS RESTU & ANUGERAH BAKTI DAN ILMIAH (ABADI)

MAJLIS RESTU & ANUGERAH BAKTI DAN ILMIAH (ABADI)

HARI: RABU
TARIKH: 29 NOVEMBER 2006
MASA: 8.00 PAGI
TEMPAT: MUDARRAJ JADID, SYARIAH ISLAMIAH, U. AL-AZHAR TANTA

----++++----
Tentatif Program:-
Ucapan Dif-dif Kehormat
- Presiden PMRAM
- Pengarah JPMK
- Dekan Kuliah:
- Prof. Madya Dr Ismail Abdul an-Nabi (Syariah & Qanun)
- Prof. Madya Dr Juddah Abu Yazid al-Mahdi (Quran & Qiraat)
- Prof. Madya Dr Ahmad Muhammad Abu al-'Al (Usuluddin)

Sesi Dialog bersama Dekan Kuliah

Ceramah Motivasi oleh Dr. Mohd Ibrahim al-Hafnawi

Anugerah Mahasiswa
-Cemerlang
- Tunas Harapan
- Mithali

Anugerah Bait Muslim Mithali

Anugerah ABADI

-----++++-----
ETIKA PEMAKAIAN
-PAKAIAN KEMAS DAN DIGALAKKAN BERKOT
-----++++-----
PENDAFTARAN NAMA:
8.00 pagi hingga 9.00 pagi
-----++++-----
MAKANAN DISEDIAKAN!!!

---------------------------------------The End---------------------------------------

Monday, November 27, 2006

.::Buat Orang Muda Dari USM::.

Mohd Asri Zainul Abidin nama diberi
MAZA pula gelaran yang entah siapa bagi
Telah dilantik menjadi muftiBertakhta di Indera Kayangan negeri
Heboh pengikut anak didik serta kroni


Memukul canang memalu tabuh serata negeri
Lihat orang muda kami jadi mufti negeri
Mufti paling ganteng seantero negeri
Awas kalian pengaruh kami mula berdiri

Tapi, janganlah lupa wahai saudara saudari
Orang muda bukan hanya Asri
Di luar sana masih ramai lagiYang muda yang alim berilmu tinggi
Lagi berakhlak tak suka menonjol diri

Apatah lagi hendak meninggi diri
Fasih sekali membaca dan memahami
Kitab gondol karangan ulama bistari
Tak kurang yang bijak mengarang dan mentafsiri

Bukan hanya seorang Asri
Oleh itu jangan kamu terlebih bangga
Ingat jawatan diberi ujian semata
Sejauhmana kata dikota

Jangan hanya tahu menyerang khilafiyyah yang nyata
Hanya tahu membid`ah mengata
Sedangkan haram nyata Dipejam mata

Ingat wahai Asri si orang muda
Dalam politik hendaklah waspada
Jangan kamu ditunggang si ahli politik tua
Kerana hendak terus mengekal kuasa

Ingat kamu Mufti di sana
Jadi fatwanya kamu yang memfatwa
Bukannya ahli politik yang besar cita
Harap jangan tersinggung dengan madah ku ini

Kalau merapu, kamu sapulah ke tepi
Kalau ada yang baik barang seinci
Ambillah dengan senang hati
Jadilah mufti terhebat di negeri

Telaahlah kitab dengan hati-hati
Jangan berpada hanya dengan Albani dan al-Harrani
Ditambah dua tiga daripada Qardhawi dan ulama Saudi
Kasihanlah pada kami orang awam yang jahil ini

Jahil-jahil pun kami masih saudaramu penganut Islam yang suci
Mana yang khilafiyyah berlapanglah hati
Janganlah dihentam habis-habisan dan dikasari
Jika tidak serasi dengan pegangan diriBerlalulah pergi tanpa menyakitkan hati

Akhirul kalam, kuhulurkan tanganBuat Asri dan ikhwah yang sudi menatap karangan
Salam persaudaraan seagama dan satu Tuhan Berbeza pendapat bukan ertinya bermusuhan
Cuma satu harapanku dari kalianPara ulama terdahulu jangan mudah diperlekehkan
Itu bagiku pantang perguruan Melanggar pantang akibatnya ketulahan

ihsan dari-blogspot...bahrus shofa...thankz abe!

p/s - sekadar renungan buat kita yang mengaji dan beringatlah agar jangan jadi begini.

Thursday, November 23, 2006

.::Cerita-cerita lepas yang tertangguh::.

Salam buat rakan...

Rasanya baru semalam aku upgrade dan update blog aku ni.Rasanya aku nak menaiplah sesuatu hari nie walaupun masa aku taip nie berlangsung perlawanan Champions League - Group A iaitu Levski Sofia VS Barcelona yang didahului Team Barca 2 berbalas 0 tetapi apa-apapun kita masih tidak ketahui lagi apa keputusan yang sebenar kerana permainan masih berbaki 25 minit lagi.Hehehe cerita pasal bole plak aku hari nie..padahal nak cerita perkara-perkara yang lepas.Team favourite aku Chealsea kalah plak dengan Werder Bremen 1 - 0.Valencia pula menang dengan Olympiakos Piraeus 2 - 0.

.::23 Syawal 1427 hijrah - Selasa- 14 November 2006::.

Hari ini adalah hari sampainya ahli baitku dari bercuti di Malaysia iaitu Abdul Raeis Bin Abdul Razak orang Alor Setar, Kedah.Kitorang bertolak dari Tanta dalam pukul 1 petang memandangkan ketibaan mereka dalam pukul 3 petang.Hari ini juga junior aku di sek men dulu pun sama flate ngan dia..(akhawat alexandria hehehe).Sampai sana terus tunaikan solat asar kerana dah masuk waktu dah.Iyalah walaupun ada rukhsah kenalah lakukan dengan segera agar tidak ketinggalan dan meninggalkannya kerana ia merupakan perkara wajib tu.Selepas itu aku,ustaz kimi,abg nuh,ustz piee tunggu kedatangan masuk Raeis dan Ustaz Sofi.

"Ada-ada sahaja masalah yang timbul apabila kita sampai di Mesir nie"...kata Raies.

Mana taknya Ustaz Sofi terkandas sebab Pasport dia hilang dan tak dapat lepas sebab iqamah dia mati dah tue beg kargo plak Hilang aduh naya-naya.Si Raies plak lain jadinya beg kargo akak dia juga hilang.Ermmm sabar jer lah ye.So kitorang dok kat Mator tue adalah dalam 5 jam jugaklah.Lepas solat maghrib barulah selesai semuanya.Alhamdulillah.So kitorang semua berangkat baliklah.Sampai umah punggah semua barang-barang kargo Raeis kerana di dalamnya terdapat BOM TEMPOYAK!!! hehehe habis semua beg dan baju bau.Tidak lupa juga merasmikan LAPTOP ACER kepunyaan Raeis.Laptop yang aku gunakan untuk menaip untaian kisah buat kali ini.Thankz Raeis.

.::28 Syawal 1427 hijrah -Ahad- 19 November 2006::.

Hari ini pula merupakan hari bahagia bagi rakan seBatchku di Maahad Johor iaitu Fidaus Omar menjadi Raja Sehari kerana hari ini merupakan Majis Walimtul Arusnya bersama buah hati penggarang jantung iaitu Ustazah Fathilah(harap maafkan aku ye Daus tak berapa kenal Zaujah hang!!!)

Aku dan Adnan sahaja wakil dari muhafazah Tanta, Baha tidak dapat pergi kerana urusan yang banyak dan perlu disiapakan awal.Kami bertolak selepas Zohor dan sampai di Qaherah selepas Asar.Kami sampai di Asrama Johor selepas Maghrib.Alhamdulillah dapat juga jumpa pengantin walaupun kami lewat pergi ke majlis mereka.Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.Terpancar di muka Daus Omar akan keriangan dan kegembiraannya pada saat-saat yang lama dinantikan olehnya.Kami alhamdulillah diberi juadah yang istemewa kerana mai lambat ... nasi baryani juga tapi Versi Arab hehehehe...alhamdulillah.Malamnya kami tidur di Asyir rumah FakhrulNaim dan Soufi budak Selangor.Markaz Tabligh hehehehe.Sebelum tidur di Asyir kami sempat mebelikan hadiah buat Daus Omar serta Zaujahnya tanda kenang-kenangan dari aku dan Adnan.

::..The End..::

Oklah rasanya sampai di sini sahaja buat kali ini insyaAllah jika ada masa kita akan bertemu lagi di lain masa.Hari ini juga merupakan bulan baru bagi islam iaitu 1 Zulkaedah bagi tahun 1427 hijrah.Masa semakin cepat mengejar diri ini yang sering leka dengan pelbagai kerja yang melewakan.Imtihan fasal awal semakin hampir...discuss kitab masih lagi sedikit.Oleh itu muhasabah bagi diri ini agar diri ini stop sekejap update Blog ini kalau bolehlah, maybe aku posting juga tapi tak sekerap mana.Sekian sahaja.Doakan kami di sini agar najah dalam imtihan dan diri untuk dibawa ke dalam masyarakat.

maa salamah

-farizalthaniah-

Wednesday, November 22, 2006

Assalamulaikum rakan-rakan semua.

Amacam dengan kehidupan seharian kamu semua di mana kamu semua beraada.Aku biasalah kehidupan di luar negara yang banyak cabaran dan dugaan tapi tetap sama dengan korang2 yang duduk di Malaysia yang masih dalam fatrah kehidupan sebagai seorang pelajar dan mahasiswa dan mahasiswi di tanah air.Cuma bezanya persekitaran dan suasana yang berbeza dengan Malaysia itu sahaja.Sekarang ini di Mesir sedang berada di dalam musim Shita=Sejuk so kerja-kerja ada yang terbantutlah contohnya MANDI hehehe.

Ermmm apa yang aku nak tulis untuk posting hari ni ye...ha cerita MUADALAH nak?
Semalam 13hb November 2006 operasi pentauzikkan(penyerahan) hehehe dah di bahasa melayukan ke Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.Adalah dalam linkungan 37 orang yang di tauzikkan ke TANTA nie.Ada ramai sebenarnya dalam lingkungan 60 lebih juga yang dapat TANTA tapi yang selebihnya diorang Tauzik sendiri.So DPMT tak berapa kisahlah dan memudahkan kerja kitorang lagi.


Diorang sampai dalam kul 1 lebih jugaklah, ingatkan sampai awal lepas Zohor ataupun sebelum Zohor sekali diorang gerak dalam pukul 11 jugak ye alamat sampainya lambatlah.Sampai Bait Izzah kitorang suruh depa semua solat Zohor dulu kemudiannya bagilah juadah untuk makan tengah hari.Nasi Lemak berlaukkan ayam masak merah sedapkan?Lepas tue diorang diberi penerangan sedikit untuk program hari nie program KEMBARA USMB MUADALAH.

Lepas tue solat Asar diorang diberi nama bagi penginapan mereka sepanjang duduk merantau di Bumi Anbiya' ini.Lepas tue aku ditugaskan menjadi Mushrif(amir menunjuk jalan) untuk 4 orang ahlul imarah aku yang baru.Ustaz Zafran,Ustaz Azrul,Ustaz Syafiee,Ustaz Saifun semuanya berbeza perangai hehehe.Ustaz Zafran dari Pulau Pinang je dari KUSZA yang lain dari KUIS.

Lepas semua selesai di Bait Izzah aku pun pergilah bawa mereka menuju ke Thaniah Seberbay tempat tinggal diorang.Sampai umah buatkan diorang air dulu bagi minum, letak beg kat bilik aku dan Raies bagi rehat kat diorang.Nak letak kat atas kunci tak der?tue yang letak kat umah aku dulu.Buat sementara nie letak kat umah aku dululah.

Lepas selesai mereka rehat solat Isyak terus pergi buat gambar pasport dan jejalan di sekitar Seberbay.Beli daging 2Kg sempat lagi tue...dalam LE15.50 Sekilo kira murahlah tue.Pastu lepak kat umah Ustaz Zahran.Balik umah lepak-lepak tengok TV lepas tue aku stay bilik Abul ermmm apa lagi terus tidlah letih satu hari.

.::Tajdid Iqamah=Pasport::.

Hari ini juga aku barukan iqamah yang dah lama tidak diupdatekan.Tahun lepas dapat 6 bulan je sebab buatnya kerana sebab siahah=pelancongan.Tahun ini nama dah Muqayad kat Universiti Al-Azhar Tanta dapatlah satu tahun tempoh hayat Iqamah ini.So tak derlah risau sangat bila Kiok Iqamah nie.Pasport aku habis tempoh hari Jumaat sebenarnya 10 November 2006 tapi sebab hari tue hari minggu diorang aku tak dapatlah buat.Hari sebelumnya sempat ambil borang je bawa balik umah sebab Raiesnya tak der.

.::Jemputan Kahwin Syeikh Redha-Kawan arab kuliah::.

Hari Jumaat 10 November 2006 aku serta member yang lain di undang ke majlis perkahwinan sahabat arab kita orang di Damanhur.Kami berkumpul di Ghumlah(pusat Tramco Tanta) pada pukul 9.Menunggu Syaban Msuhrif bagi kami ke rumah Syeikh Redha.Perjalanan yang mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke destinasi yang ditujui.

kami merentas 2 penempatan.Tramco kami berhenti di Mahatah Damanhur kemudian naik lagi tramco ke Mahatah Dambus Kabir.Di dalam perjalanan kami merentasi aliran susur sungai yang cukup tenang dan indah sangat.Betapa seronoknya duduk di Damanhur.Patutlah student Damanhur kata depan kuliah ada itik sebabnya aku dah ketahui sekarang, terdapat sungai yang cantik di depan kuliah mereka.Sampai di Pekan Dambus Kabir kami bergerak ke kawasan perkampungan Redha dan juga Bunyamin.Merentasi aliran Sungai juga.Sampai di kawasan rumah redha laungan Azan berkumandang menandakan sudah masuk waktu Zohor bagi kawasan Damanhur.Kami semua bergegas pergi ke masjid menunaikan Solat Jumaat.Selepas tue kami disambut bagaikan menteri di perkarangan rumah Redha hehehe.Kami berbual-bual sampailah turn kami makan.Sekali kami tengok mak aihh macam nak jamu 20 orang punya jamu tue.macam-macam ada.Tak tahu nak cakap apa dah.Lepas solat asar kami pergi ke ladang sambil take gambar.


Sebelum solat maghrib kami bergerak dan beransur pulang.Solat Maghrib di depan kampung.Masjid yang berdekatan dengan umah Bunyamin.Sebelum solat maghrib kami singgah di umah Bunyamin meneguk air oren segelas dua menghilangkan haus.Kami sampai di Tanta dalam kul 8lebih lepas Isyak.Di dalam tramco kami semua keletihan dan menidurkan diri.
Sekian sahaja coretan buat kali ini.Jika ada salah dan silap harap dibetulkan.


Sekian wassalam.
ilalliqa maa salamh


-farizalthaniah-

.::offline hari ini::.
.::RAHSIA LIMA MASA DISEMBUNYIKAN & HIKMAH WANITA HAID::.

1. ALLAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DLM BEBERAPA MALAM SUPAYA KITA MENGHIDUPKAN MALAM MALAM ITU DGN IBADAT DAN AMALAN;

2. ALLAH MENYEMBUNYIKAN SAAT 'IJABAH' (SAAT DOA DIMAKBULKAN ALLAH) PADA JUMAAT SUPAYA KITA SENTIASA BERDOA SEPANJANG HARI;

3. ALLAH MENYEMBUNYIKAN AMALAN MAKSIAT YANG PALING DIKUTUK ATAU DIBENCI BAGI MEMASTIKAN SUPAYA KITA MENGHIDARI SEGALA MAKSIAT;

4. ALLAH MENYEMBUNYIKAN WAKTU KEDATANGAN KIAMAT SUPAYA KITA SENTIASA BERINGAT, BERWASPADA DAN SENTIASA BERIMAN, BERTAKWA DAN BERAMAL BAIK;

5. ALLAH MENYEMBUNYIKAN AJAL MANUSIA SUPAYA KITA SENTIASA BERAMAL DAN TAAT KEPADA-NYA.


Tidaklah seorang wanita yang haid itu, kecuali haidnya merupakan kifarat (tebusan) untuk dosa- dosanya yang telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "Alhamdulillahi'alaa Kulli Halin Wa Astaghfirullah“ (Segala puji bagi Allah dalam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa.); maka Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui siratul mustaqim yang aman dari seksa, bahkan Allah Ta'ala mengangkatnya ke atas darjat, seperti darjatnya 40 orang mati syahid, apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.

catatan-13 November 2006-

Monday, November 13, 2006

.:Jaulah ke Piramid-Al Ahram,Egypt:.


RockYou PhotoFX - Get Your Own


Assalamualaikum for all my friend.Hehehe macam mana dengan kehidupan seharian sekarang mesti succeskan? aku macam nie lah sentiasa menyibukkan diri ini dengan perihal kuliah dan juga apa-apa yang berkaitan dengannya.Sebenarnya aku rindu nak menaipkan sesuatu buat pengisian BLOG aku nie yang dah lama tak Update.Cerita yang semestinya banyak yang nak aku kongsikan bersama dengan sahabat-sahabat sekarang nie hehehehe ye tak! Sudah lama juga aku tidak upgrade aku punya Blog nie. Kesian aku tengok.So bulan 11 ni aku isi sikit untuk tatapan sahabat-sahabat yang sama perihal dengan diriku, menulis blog untuk tatapan sahabat-sahabat.

Rasanya aku nak minta maaf terlebih dahululah sebab aku nak cerita perkara yang dah lepas tapi aku rasa cerita ni seronok sebab tu aku rasa aku patut cerita dekat sahabat-sahabat untuk dikongsi bersama ye tak?Ermmm cerita aku dan juga rakan-rakan aku pergi jaulah ke AHRAM-Piramidlah hehehe.Walaupun tak ada apa yang best dekat sini aku tetap rasakan ada perkara yang aku boleh ambil untuk jadikan tauladan untuk diriku dan juga para sahabat.Aku sering berfikir kenapa Allah SWT tidak memusnahkan tempat orang yang mengaku sebagai Tuhan ini-FIRAUN.Mesti Allah SWT nak memberi kita satu pertanyaan dan persoalan dan juga pengajaran kepada kita sebagai Khalifah dan ilmuan di muka bumi Allah ini

Aku bersama Ustaz Syukri,Uiefiros,Nizam dan juga Munir bertolak dari Tanta dalam jam kul 8 pagi dan kami menaiki MiniBus-Tramcolah untuk pergi ke Kaherah dan kami berhenti di Perhentian sebelum Ramsis pusat-pusat tramco.Pastu kitorang naik Train bawah tanah-Metro ke Giza tempat untuk pergi ke Ahramlah.Kitorang sampai ke Ahram dalam kul 10 lebih.Jalan-jalan dekat bandar Giza tue cari makanan, lapar tue belum sarapan tau...of couse aku cari makanan.Apa lagi cari kedai Tokmiyahlah ..bedal tokmiyah dengan telur.

Pastu nak naik ke Ahram tue kenalah naik bukit sedang naik bukit ada orang arab tahan.Kitorang pun disuruh naik Kuda dalam LE25 sorang.Pengalaman naik Kuda hehehe seronok juga...kitorang lalu jalan padang pasir... pengalaman yang amat menyeronokkan macam zaman para sahabat dulu-dulu je rasanya hehehe.Pastue turun kitorang gerak ke Piramid jalan kaki.Hendak masuk pun kena bayar lagi LE20.. wuih banyak guna duit tau! Nasib baik ada Kerneh-Kad Student dapatlah potongan harga kalau pelancong biasa adalah LE40.

Sampai atas ambil-ambil gambar kat Sphinx, dekat Piramid Kufa dan lepas tue kitorang baliklah.Sebenarnya aku malas nak pergi tapi diorang nak suruh aku jadi handyman sebab tuelah aku ikut, sebabnya nak ambil video Ustaz Syukri sebabnya dia dah nak balik Malaysia.Maka ini kira kenangan dia yang terakhir dekat Mesirlah.Lepas selesai semua kitorang pun turun dari Ahram dan pergi Solat.Buatlah Jama' Takhir sebabnya dalam perjalanan ke Ahram tue dah Azan Zohor dah.Turun-turun sudah azan Asar.Alhamdulillah dapat juga menyelesaikan perkara yang wajib bagi umat islam buat.Ada rukhsah kita bermusafir untuk melihat betapa agungnya Allah SWT memberi sesuatu anugerah yang tiada pada makhluk lain iaitu Akal.

Akal untuk mencipta Piramid yang sampai sekarang masih wujud lagi untuk ditatapi oleh semua penduduk seluruh Dunia.Bagaimana teknologi mereka untuk mengangkat dan membina Piramid yang tinggi itu? Sejarah mencatatkan ramai pekerja yang mati ketika di dalam pembinaan Piramid itu.

Rasanya itulah sahaja cetusan pengalaman aku di bumi Anbiaya buat kali ini.Ada hikmah yang tersembunyi di setiap kejadian yang Allah SWT jadikan.Oklah see u the next writing.

ilalliqa maa salamah

-farizalthaniah-

28 Oktober 2006



Tuesday, October 31, 2006

.::Arkib Seminggu Hari Raya Idulfitri 2006::.

Selasa/1 Syawal 1427 hijrah/24 october 2006

Hari nie adalah aku dan semua umat islam di seluruh bumi Mesir nie meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa.Rasa sedih nak tinggalkan bulan Ramadhan kali ni.Nak buat macam mana ia tetap berlalu pergi tanpa melihat kelibat orang yang berada di belakangnya.Ada Majlis Hari Raya Idulfitri dan Open House kat umah aku.Letih Gila hari raya pertama ni.Letih2 pun tapi seronoklah.

Rabu/2 Syawal 1427 Hijrah/25 October 2006

Ermmm raya kedua ni tak der apa yang menarik sangat cumanya hari nie Uifiros Efizi serta ahli aitnya buat umah terbuka kat umah dia kat Awal Syuber.Sebelum tue aku,abg kimi dan juga abg nuh sempat berposing suasana hari raya pagi tue.Semalam tak sempat sebab aku sibuk tolong masak kat dapur Bait Izzah.Lepas tue barulah kitorang gerak sesama ke umah fizi.Ramai juga yang mai tak tahulah rombongan kami yang keberapa?.Bolehlah sedap tau dia masak..menu Nasi Ayam bermadu.Bolehlah aku tambah sekali hehehehe...lepas tue aku lepak2 dekat umah tak pergi mana.Ustz Kimi dan Apik balik Kaherah lepas maghrib.Hajatnya aku dan abg nuh ingat nak follow juga tapi memandangkan kitorang nak saing ngan Fizi so kitorang tangguhlah nak balik hari ni.Esok Rasanya kitorang semua baru balik Kaherah.

Khamis/3 Syawal 1427 Hijrah/ 26 October 2006

Hari nie lepak kat umah dan bersia-siap nak pergi ke Kaherah.Aku gerak balik Kaherah dalam jam 3 lebihlah lepas asar.Naik Train biasalah murah sikit tak derlah nak kacau sangat...tak mahal kalau naik tramco ada kena cekau LE 6.00 sorang tue.Dahlah sampai Asrama Johor lamabt...nasib baik Majlis Hari Raya Peringkat (Bakan) tak start lagi.Sempatlah berjumpa dengan member2 yang lama dah tak jumpa sejak awal puasa balik kaherah lepas.Ramai juga yang datang penuh juga dewan tue dengan orang ...meriah jugaklah ada persembahan nasyid,pentoman,sajak dan penyampaian hadiah bertuah.ermm kiranya tak derlah boasan sangat kalau balik kaherah nie.malamnya lepas makan aku balik umah Abdeen (umah lama johor) jauh jugaklah dari AJ

Sunday, October 29, 2006

Satu Syawal Di Perantaun

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnianya dapatlah kita semua umat islam menemui lagi bulan syawal bagi tahun 1427 hijrah bagi tahu 2006 masihi.Maka tinggallah bulan yang penuh barakah meninggalkan kita...entah kita dapat ketemui bulan Ramadhan lagi atau tidak pda tahun akan datang...semoga aku dapat bertemu lagi bulan Ramadhan bagi tahun 1428 hijrah bagi tahun 2007 masihi.Laugan takbir bergema disetiap pelusuk dunia menandakan kejayaan bagi umat islam yang betul2 melaksanakan ibadah puasa dengan penuh adab dan tertib yang telah diperintahkan oleh Allah SWT kepada umatnya serta amalan yang Rasulullah SAW suruhi melakukan ketika Ramadhan tiba.

1 Syawal 1427 hijrah tahun ini genap aku 2 tahun beraya di bumi Anbiya, bumi tok arab, bumi yang menetapkan aku untuk bertatih menguis ilmu-ilmu di dalamnya...bumi yang penuh dengan pelbagai panca warna yang susah unyuk aku tafsirkan sebagaimana susahnya mencari nur keimanan ciptaan Allah SWT.Alhamdulillah tahun ini puasa penuh walaupun aku banyak kali juga tak sihat tapi aku tahan juga untuk memenuhi tuntutan agama yang merupakan tiang agama yang ke-3 tanpanya goyahlah islamku jika tidak melaksanakannya.

Tahun ini aku ditugaskan sebagai AJK kecil masakan...hehehe memang minat aku masak tapi yang lepaknya lepas habis semua buat kerja memang lepak gilalah aku pun tak tahu kenapa aku boleh lepak gila nanti...biasalaha masak kawahkan untuk 100 orang lebih.Banyak yang aku pelajari untuk memasak menu kawah(istilah masak untuk ramai-ramai).Dekat Malaysia lain dekat sini lain.Menu utama bagi Hari Raya Idulfiti kali ini bagi Majlis Hari Raya Idulfitri Peringkat DPMT ialah lemang dan rendang...mesti hang semua terkejut bila aku menyatakan menu 'LEMANG'..hehehe tapi itu rahsia ahli2 dapur DPMT.

Hari Raya kali ini juga aku berkesempatan untuk menelefon FAMILY tersayang di Ayer Hitam Johor.Walaupun jauh daripada mata tetapi FAMILY tetap di hati.Aku lepas siap masak Rendang pergi telefon dekat CClah kat IMPIAN CC-Kubri Kuhafah.Dekat 1 jam juga seh aku telefon mereka semua..minta maaf dengan keluarga serta kenalan-kenalan rapat di kampung.Lepas solat Subuh siap-siap untuk pergi ke ISTAD untuk SOLAT HARI RAYA IDULFITRI...hehehe aku ikut berarak tau..mak aih bukan main ramai lagi orang-orang arab...rasanya semua warga penduduk Tanta turun Istad...ehh takderlah semua tapi orang-orang yang duduk kawasan bandar biasanya akan turun ke ISTAD(padang bola negeri).Aku yang bagaikan orang asing tersepit dicelah-celah anak-anak dara yang cun-cun,makcik-makcik arab yang berpurdah,pakcik-pakcik arab yang berjubah putih,belia-belia serta remaja yang sempoi pakaian diorang serta tidak ketinggalan budak-budak kecik yang baru nak kenal dunia ini.

Kita orang solat lebih kurang dalam pukul 6 lebihlah dalam kul 6.30 pagi.Aku time tue dahlah kesejukan..hanya Allah sahaja yang tahu.So lepas habis je kitorang semua pakat-pakat mai untuk pergi ke Majlis Hari Raya Idulfitri.Ada persembahan nasyid,sajak,pantun,pentomen dan cabutan bertuah.Last sekali ialah makan itulah yang paling ditungu-tunggu hehehehe.Lepas tue aku lepas sangat bayangkan 1 hari aku tak tido..lepas solat zohor aku terus tombang dekat Bait Izzah.Lepas tue aku bangun aku basuh periuk yang tak basuh..lepas itu aku tido balik ngantuk sangat tak dan...satu jam je tido-tido ayam..pastu terjaga lepas asar..lincah terus balik umah sebab malam ada OPEN HOUSE hehehehe tak prepare apa-apapun untuk masak.Aku balik tengok Senior dan Abg nuh terbongkang lagi...letih kot semalam tak tiod masak nasi empit..aku lincah buat kerja masak mee dan apa-apa yang bolh disediakan.Semua bangun settle kerja.Malam mailah tetamu-tetamu yang dijemput..Menu kitorang Nasi Impit dan Mee berkuah Kacang...serta Kek pisang untuk pencuci mulut.Wokeh tak..ahli imarah aku pandai-pandai masak semua..pakar semua.

Sempena Hari Raya Idulfitri ini aku yang jauh diperantauan ini ingin memohon ampun dan maaf sekiranya diri ini ada salah dan silap yang tidak nampak dan ternampak di dalam perkenalan persahabatan yang terjalin di dalam Persaudaraan Sesama Islam ini.Maaf kalau aku tak sempat nak minta maaf dekat antum semua secara life dekat antum semua Sorry Sesangat ye!!!..insyaAllah 2008 aku balik Malaysia doakan aku ye disini..

SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN DARI PERANTAUAN INI

-farizalthaniah-
24hb October 2006

Thursday, October 12, 2006

Kelebihan Nuzul Al-Quran pada setiap 17 Ramadan

Peristiwa Nuzul al-Quran dicatatkan berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad s.a.w.. Bagaimanapun, wujud kekhilafan bila tarikh sebenar Nuzul al-Quran atau penurunan al-Quran yang telah dibincangkan secara ilmiah.

Pensyarah Bahasa Arab dan Pengajian Islam di Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Mohd. Zamri Mohd. Zainuldin berkata, percanggahan pendapat di kalangan ulama adalah berdasarkan kepada nas dan dalil yang terkandung dalam al-Quran yang menjelaskan peristiwa penurunan kitab suci Allah itu.

Kebanyakan ulama berpendapat, al-Quran diturunkan pada malam al-qadar. Ini berpandukan kepada surah al-Qadr, ayat 1 hingga 5 yang bermaksud: Sesungguhnya, Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat-malaikat dan al-Roh (Jibril) dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Dalam surah ini, malam penuh kesejahteraan merujuk kepada malam al-qadar iaitu 10 malam terakhir Ramadan.

Sebahagian ulama pula mengatakan al-Quran turun pada bulan Ramadan dengan berpandukan kepada
surah al-Baqarah, ayat 185. Allah s.w.t. berfirman:
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelas an mengenai petunjuk itu dan pembeza (antara yang hak dan batil).


Berbanding dengan kedua-dua surah tersebut, ada juga kalangan ulama berpendapat lailatul qadar adalah pada 17 Ramadan. Ini terkandung dalam surah al-Dukhan, ayat 3, Allah s.w.t. berfirman:
Demi kitab (al-Quran) yang menjelaskan, sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati, dan sesungguhnya Kamilah yang memberi peringatan. Berdasarkan kepada surah tersebut, malam yang diberkati ialah malam al-Quran pertama kali diturunkan.
Kebanyakannya menganggap ia jatuh pada tanggal 17 Ramadan.

Mohd. Zamri berkata, kalangan ulama juga berpendapat bahawa Nuzul al-Quran berlaku pada 17 Ramadan dengan berpandukan kepada
surah al-Anfal, ayat 41
yang bermaksud:
Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk (jalan) Allah, rasul, kerabat rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibn al-sabil, jika kamu beriman kepada Allah dan kepada apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Muhammad) pada hari Furqan, iaitu pada hari bertemunya dua pasukan. Dan Allah Maha Kuasa atas segala urusan.

Apabila dibahaskan, para ulama bersepakat menyatakan bahawa ayat ini menerangkan berlakunya Perang Badar iaitu peperangan pertama bagi umat Islam pada 17 Ramadan. Hari al-furqan, jelas Mohd. Zamri, ialah hari kemenangan orang Islam dan kekalahan orang kafir iaitu hari bertemunya dua pasukan dalam Perang Badar yang berlaku pada Jumaat 17 Ramadan tahun kedua Hijrah. Lebih tepat lagi 17 Ramadan ini ialah peperangan pertama bagi umat Islam dengan 313 tentera Islam menentang 1,000 tentera musuh.

“Walaupun wujudnya kekhilafan dalam mencari tarikh sebenar penurunan al-Quran, para ulama yang berijtihad berpendapat peristiwa ini berlaku pada 17 Ramadan. Malam alqadar seperti yang diketahui ialah 10 hari terakhir Ramadan.

“Justeru, al-Quran adalah anugerah paling istimewa kepada umat manusia kerana ia diturunkan dalam bulan paling istimewa iaitu Ramadan yang mengandungi rahmat dan barakah,” jelas beliau berhubung tarikh sebenar penurunan al-Quran.

Peringkat Nuzul al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi melalui peringkat-peringkat tertentu seperti mana yang terkandung dalam surah al-Furqan, ayat 32, Allah s.w.t. berfirman:
Berkatalah orang-orang yang kafir: “Mengapa al-Quran itu tidak diturunkan kepadanya sekali turun saja?”, demikianlah supaya Kami perkuat hatimu dengannya dan Kami membacakannya dengan teratur satu persatu.

Dijelaskan bahawa al-Quran tidak diturunkan sekali gus tetapi beransur-ansur agar hati Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kuat dan tegap.

“Nabi Muhammad s.a.w. hidup di Mekah selama 13 tahun dan Madinah selama 10 tahun. Jadi bagaimana pula al-Quran boleh diturunkan sekali gus 30 juzuk? Baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. semasa hidup dan selepas kewafatannya barulah al-Quran lengkap. Allah s.w.t. turunkan al-Quran (lengkap 30 juzuk) pertama kali dari Luh Mahfuz dan kemudian ke Baitul Izzah (langit dunia) pada malam bulan Ramadan. Setelah melalui kedua-dua peringkat ini, al-Quran diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. selama 23 tahun.

*Berselimut
Wahyu pertama diterima melalui malaikat Jibril di gua Hira’. Surah al-Alaq ialah wahyu pertama yang diterima Nabi pada bulan Ramadan, kata Mohd. Zamri.
Martabat penurunan al-Quran kepada Nabi Muhammad s.a.w. terkandung dalam empat surah iaitu al-Alaq (bacalah), al-Qalam (pena), al-Muzamil (orang yang berselimut) dan al-Muddathir (berselimut) yang mengandungi pengajaran di sebaliknya.

Melalui surah al-Alaq ayat 1 hingga 5, Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia daripada segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Paling Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam, Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya.

Intisari ayat ini ialah Allah s.w.t. memerintahkan Nabi Muhammad s.a.w. supaya melengkapkan diri dengan ilmu dan memperbanyakkan ilmu dengan membaca dengan syarat, bacalah atas nama Allah. Ramai orang yang berilmu tetapi tidak beriman kepada Allah s.w.t. dan menggunakan ilmu ke arah keburukan yang boleh menghancurkan manusia.

Surah al-Qalam pula mengingatkan menerusi ayat satu yang bermaksud:
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis. Allah s.w.t. menunjukkan betapa pentingnya pena dalam menyebarkan ilmu. Untuk mengukuhkan ilmu, manusia digalakkan belajar menulis. Pada zaman Rasulullah s.a.w., para sahabat disuruh menulis di atas pelepah kurma, kulit kambing yang kering dan batu supaya ilmu yang diperoleh tidak hilang.

Ketika Nabi Muhammad s.a.w. berjumpa dengan malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu pertama kepadanya, Baginda amat takut hingga menggigil seluruh tubuh badannya. Baginda meminta isterinya Khadijah menyelimutkannya dengan kain yang tebal.

Pada masa ini, Allah s.w.t. berfirman: Hai orang yang berselimut (Muhammad), bangunlah (untuk solat) pada malam hari, kecuali sedikit (daripadanya) , (iaitu) separuh daripada waktu malam atau kurangilah daripada separuh itu sedikit, atau lebihkan sedikit daripadanya. Dan bacalah al-Quran itu dengan tartil. (al-Muzamil: 1-4)

“Penurunan ketiga-tiga surah di atas jelas menunjukkan bahawa setelah mempunyai ilmu, perkara yang paling penting adalah mempunyai hubungan yang intim dengan Allah s.w.t. sebelum terjun berdakwah ke dalam masyarakat. Allah s.w.t. perintahkan bermunajat dan bangun solat pada waktu malam untuk menguatkan mental dan rohani iaitu ciri-ciri penting yang perlu ada pada pendakwah. Sejak turunnya ayat ini, Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah meninggalkan qiamullail.

“Kemudiannya, Allah s.w.t. turunkan perintahnya melalui
surah al-Muddathir,
ayat 1 hingga 2, yang bermaksud:
Hai orang yang berkemul (berselimut) , bangunlah, lalu berilah peringatan! Ertinya, dengan pengukuhan ilmu dan kemantapan hubungan yang erat dengan Allah s.w.t., berikanlah peringatan kepada orang yang masih belum mengetahui.

Kita dapat melihat bagaimana Baginda menghadapi banyak dugaan dan cabaran dalam menegakkan syiar Islam di Mekah,” jelas Mohd. Zamri menceritakan rentetan peristiwa penurunan al-Quran kepada Rasulullah s.a.w..

Berdasarkan surah al-Baqarah, ayat 185 dijelaskan bahawa al-Quran adalah petunjuk bagi manusia yang mengandungi keterangan dan bukti. Rentetan yang membuktikan al-Quran diangkat sebagai mukjizat yang kekal hingga hari kiamat adalah berpandukan sorotan beberapa peristiwa mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi terdahulu.Sebagai contoh, pada zaman Nabi Saleh, masyarakat ketika itu terlalu memberi tumpuan pada penternakan hingga Nabi Saleh datang dalam bentuk mukjizat dengan menyerupai unta yang keluar dari celah batu.

Begitu juga yang berlaku pada zaman Nabi Musa yang penduduknya gemar mempelajari ilmu sihir. Maka, Nabi Musa diutuskan dalam bentuk mukjizat berupa sihir untuk melemahkan kaumnya. Nabi Musa boleh menukar tongkat menjadi ular yang besar hingga kebolehan luar biasanya itu berjaya menarik kaum tersebut beriman kepada Allah s.w.t..

Masyarakat pada zaman Nabi Isa lebih tertumpu pada ilmu perubatan. Mukjizat yang diturunkan kepadanya ialah Nabi Isa boleh menyembuhkan penyakit sopak dan buta hinggalah pada satu peringkat boleh menghidupkan orang yang telah mati dengan izin daripada Allah s.w.t..

Pada zaman Nabi Muhammad pula, syair-syair dan kesusasteraan Arab muncul sehingga pasar-pasar menjadi tempat mendeklamasikan karya mereka dan tulisan tersebut turut digantung di kelambu-kelambu Kaabah. Lalu turunlah al-Quran dalam bentuk mukjizat yang boleh melemahkan ahli-ahli sastera pada waktu tersebut dengan ayat-ayat al-Quran yang begitu indah di samping makna yang begitu jelas dan tepat.

“Itu adalah mukjizat yang diturunkan kepada para Nabi dan Rasul. Persoalannya, pada zaman kita hari ini, di manakah terletaknya mukjizat al-Quran? Jika diperhatikan, manusia akhir zaman ini lebih mengagungkan fakta saintifik dan penemuan terbaru sains dan teknologi. Sedangkan al-Quran telah menerangkan bukti-bukti tentang sains sejak ia diturunkan 1,400 tahun lalu,” kata Mohd. Zamri.

Antaranya, dalam surah al-Rum, ayat 2 hingga 4 yang bermaksud: Telah dikalahkan bangsa Rom di negeri yang terdekat dan mereka sesudah dikalahkan itu akan menang dalam beberapa tahun (lagi). Bagi Allahlah urusan sebelum dan sesudah (mereka menang). Dan pada hari (kemenangan bangsa Rom) itu bergembiralah orang-orang yang beriman.

Diceritakan kerajaan Rom yang beragama Nasrani mempunyai kitab suci manakala orang Parsi beragama Majusi iaitu menyembah api dan berhala. Kedua-dua bangsa ini saling berperang. Ketika tersiar berita kekalahan bangsa Rom oleh bangsa Parsi, kaum musyrik Mekah menyambutnya dengan penuh kegembiraan kerana ia berpihak kepada orang musyrikin Parsi. Ini menyebabkan kaum muslimin berdukacita.

“Ayat ini mengajar manusia agar sentiasa peka dan mengambil tahu tentang isu-isu antarabangsa. Melalui ayat itu juga terbukti Rom memenangi peperangan tersebut setelah kalah kepada Parsi. Ini juga menunjukkan al-Quran bersifat futuristik. Malah disebut juga, bahawa peperangan tersebut berlaku di bumi paling bawah (ajna). Masyarakat mufasir terdahulu tidak boleh terfikir kerana tiada kemudahan teknologi dan sebagainya. Apabila dikaji, pertembungan Rom dan Parsi berlaku di Laut Mati yang terletak di bawah paras aras laut. Siapakah yang membuktikan wujudnya tempat bumi paling bawah jika bukan daripada al-Quran?” terang Mohd. Zamri mengenai surah al-Rum.

Al-Quran ialah mukjizat yang kekal hingga kiamat kerana terdapat lebih daripada 200 fakta sains yang tidak disingkap sejak ia diturunkan tetapi berjaya dibongkar pada kurun terakhir ini. Islam dan al-Quran adalah satu cara hidup. Al-Quran bukan untuk dibaca tetapi dihayati dan difahami sebagai buku panduan yang kekal hingga hari kiamat. Ramadan ialah bulan yang paling sesuai untuk memperbanyakkan bacaan ayat-ayat suci al-Quran kerana Allah s.w.t. menjanjikan pahala yang berlipat kali ganda.

Untuk mengimarahkan sambutan Nuzul al-Quran dan mengembalikan kehebatan al-Quran, gerakan bersepadu semua pihak perlu digembleng termasuklah dalam media, kerajaan dan masyarakat. Melalui al-Quran, banyak perspektif boleh dikupas dengan baik dengan menampilkan banyak kelainan, misalnya menunjukkan bukti-bukti sains dan al-Quran.

“Ditegaskan bahawa al-Quran adalah panduan kepada umat manusia menjalani kehidupan di dunia dan akhirat. Untuk menghayatinya, kita bukan sahaja perlu tahu membaca tetapi memahami maksud setiap ayat yang diturunkan oleh Allah s.w.t. dan beramal kepadanya,” tegas Mohd. Zamri.

Petikan daripada:GTPD Group-Utusan Malaysia

Pencabulan Puasa: Budaya Natalisasi

Sesunguhnya keganasan perang budaya telah mencapai kemelampauannya apabila bulan Ramadhan yang mulia ini turut mengalami serangan ganas. Dalam al-Baqarah ayat 183, Allah berfirman, menetapkan misi puasa yang suci: Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas diri kalian berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.

Tidak dapat tidak matlamat akhir puasa ialah untuk mencapai ketakwaan, merupakan satu ibadah dan juga amal saleh.

Dalam surah az-Zumar ayat 10 pula, Allah berfirman: Sesungguhnya hanya orang-orang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Perang yang dilancarkan oleh pengganas ke atas tatacara hidup kita kini tersebar secara menusuk dalam ibadah puasa. Usaha puasa untuk mencapai takwa, garis lurus dari keimanan dan keislaman sedang galak dipesongkan. Takwa adalah satu bahagian penting daripada kehidupan umat Islam di mana ia adalah satu kejadian ‘Allah tidak kehilangan diri kita tatkala Dia memberi perintah dan Dia tidak menemukanmu ketika Dia melarang.’

Bulan Pembeza Hak dan Batil

Sayugia diingatkan bulan Ramadhan ialah bulan di mana al-Quran diturunkan justeru ia adalah bulan berkat di mana Allah menegaskan ‘sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeza antara yang benar dan yang batil.’ Hakikat ini menunjukkan bulan Ramadhan bukanlah sebagai bulan puasa semata-mata tetapi ialah bulan yang mana kita meraikan turunnya al-Quran, bulan di mana amat bernilai kerana al-Quran dijadikan perlembagaan dan tatacara hidup kita. Bulan di mana Allah mulai beransur-ansur memisahkan kita dari hak dan batil.

Namun begitu adalah amat dikesali, bulan Ramadhan yang suci ini juga menjadi bulan di mana pengganas budaya melancarkan ketetapan untuk mencampurkan hak dan batil. Hal ini tercermin pada rancangan televisyen yang meresap masuk dalam rumah dan kamar kita, bertugas untuk mendefinisi kembali budaya hidup kita iaitu budaya beragama menjadi budaya tanpa agama. Juga menerusi budaya natalisasi.

Bagaimana ia dilakukan?

Budaya Sebenar Puasa

Apakah budaya sebenar puasa? Dalam sebuah hadis qudsi Allah menyebutkan, ‘Puasa itu untuk-Ku dan Aku yang akan membalasnya.’ Hal ini menunjukkan betapa puasa memiliki nilai spiritual yang tinggi. Malah puasa adalah sebuah gerakan evolusioner yang meneguhkan keberadaan manusia sebagai khalifah Allah.

Mana tidaknya, kita memahami betapa takamul atau evolusi adalah satu hukum atau proses yang ditetapkan oleh Pencipta kita sebagai satu proses menuju kesempurnaan. Secara logiknya orang yang susah akan berusaha untuk menjadi senang dan apabila tiba di puncak kesenangan nilainya amat besar kerana ia berproses dari kesusahan. Puasa Ramadhan mengandungi kebijaksanaan ini. Manusia yang telah mengalami penderaan nafsu selama sebulan akan memudahkan manusia untuk melakukan ‘uruj atau penjulangan menuju Allah. Pengurangan dan nilai kesukaran yang dialami oleh manusia selama berpuasa akan mengajarkan seorang muslim satu proses evolusi daripada penderitaan dan kesengsaraan kepada kedekatan dengan Tuhan. Inilah yang cuba ditonjolkan dalam budaya puasa, satu exciting journey menuju Allah, dari evolusi menanjak kepada keagungan nilai Ilahiah.

Kita sering mendengar puasa mengajar kita menjadi lebih insaf kerana dengan berpuasa kita akan mengenang kemelaratan orang yang lebih kurang daripada kita.

Bagaimanakah itu berlaku? Tidak lain tidak bukan, proses keinsafan ini berlaku kerana nilai dan falsafah puasa yang terletak pada ukuran yang diletakkan oleh Islam untuk masyarakat konsumer. Puasa memberi kita pendidikan tentang nilai guna dan nilai mahu.

Satu ketika dahulu pelanggan membeli sesuatu kerana memerlukannya. Kita membeli kenderaan untuk memudahkan perjalanan, kita membeli cincin untuk menghiaskan jari, kita membeli pena untuk menulis, pendek kata kita membeli kerana kita memerlukannya.

Akan tetapi gaya hidup manusia setelah mengalami serangan demi serangan budaya, khususnya dalam kalangan orang Islam ialah nilai guna telah berubah menjadi nilai mahu. Kini manusia membeli kenderaan kerana jenama, atau gaya, kerana nilai tanda (sign value), lojik keperluan menjadi lojik hasrat sehingga martabat menjadi satu fenomena. Kenderaan yang lebih bermartabat akan menjadikan si pemiliknya bermartabat. Sehingga tiba satu tahap di mana Allah mengingatkan dalam surah pendek yang biasa kita lazimi dalam solat iaitu surah at-Takasur ayat 1 dan 2: Bermegah-megahan telah melalaikan kamu hingga kamu masuk ke dalam kubur.

Puasa mempunyai nilai sosial yang amat besar. Puasa mengajar manusia menjadi kebal di tengah ribut gejala konsumerisme, di mana kita diajar untuk menahan diri kerana nafsu dikekang, kehendak dipasung dan keinginan didera untuk satu tempoh masa.

Merogol Puasa

Namun budaya puasa sebagai satu evolusi untuk menanjak kepada nilai ilahiah, atau budaya puasa untuk mengekang nafsu manusia dalam masyarakat konsumerisme telah ditelanjangkan, dicabul, dan dirogol semau-maunya bulan Ramadhan ini. Dan pemerkosaan ini berlaku secara terang-terangan tanpa cegahan dan disambut dengan penuh meriah. Bukan dengan kejijikan.

Bertentangan dengan budaya sebenar puasa untuk mengekang nafsu, pembajaan nafsu melimpah ruah sehingga nafsu umat Islam jadi mencanak-canak, ghairah dan berahi terhadap nilai anti Tuhan, serta meraikan nilai hasrat dan keinginan.

Majlis berbuka puasa dengan artis itu dan ini, Mawi sini Mawi sana dan pesta makan-makan sampai sahur di hotel-hotel terkemuka, serta bazar bulan Ramadhan yang dimeriahkan demi menarik perhatian pelancong adalah contoh perogolan budaya dan nilai puasa semahu-mahunya.

Kegiatan berbuka puasa bersama pemenang Akademi Fantasia misalnya menjauhkan matlamat puasa untuk membesarkan nilai spiritual atau nilai takwa. Atau sebelum berbuka puasa akan dihiburkan oleh Nabil atau Fazli Zainal adalah contoh-contoh kecil tetapi barah bahaya yang sedang berbiak.

Sedarlah, serangan perang budaya turut menimpa budaya puasa kita sehingga kita menjadi umat yang lupa. Allah berfirman dalam surah al-Hasyr ayat 19: Dan janganlah engkau seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik.

Natalisasi

Walter Armbrust, seorang antropologis dari Amerika melihat budaya puasa umat Islam mengalami satu serangan budaya yang maha ganas di mana apa yang berlaku ialah bukan lagi evolusi ke arah kesempurnaan sebaliknya revolusi ke arah pemujaan nafsu di mana budaya natalisasi atau hari natal disuburkan.

Puasa yang sepatutnya melatih manusia Islam menjadi serba kekurangan kini diajar dengan budaya konsumsi berlebihan. gaya hidup di hotel-hotel, buffet dan iftar dengan penyanyi atau pelakon menjadi-jadi.

Pengganas budaya yang sedar kelebihan budaya puasa yang mengajar keinsafan buat manusia kini menodainya secara sungguh-sungguh dan digantikan dengan budaya israf, satu istilah popular yang membezakan orang mukmin dengan orang kafir.

Proses christmastization hari-hari besar Islam menurut Armbrust menjadikan nilai-nilai keluarga runtuh diganti dengan aktiviti komersialisme seperti pesta, bersama artis dan kebebasan di mana aktiviti beribadah dikurangkan. Iklim rohani bulan Ramadhan yang sepatutnya mengingatkan manusia kepada hari Kiamat seperti sabda Rasulullah SAW: ‘Ingatlah, dengan rasa lapar dan dahagamu, akan lapar dan dahaga hari kiamat’ diperkosa dan digantikan dengan sikap lupa hari akhirat.

Hal ini juga begitu menakutkan kerana bulan Ramadhan yang sewajarnya menjadi bulan mengenangnya turun al-Quran iaitu petunjuk kepada hak dan batil telah bertukar menjadi bulan anti petunjuk. Manusia malah bertambah jauh dan tidak lagi menjalinkan hubungan dengan al-Quran.

Justeru ibadah puasa yang bermatlamatkan peningkatan spiritual serta kesedaran sosial dan politik disasarkan ke arah yang penuh material, malah membawa manusia kepada perilaku buruk.

Adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membetulkan keadaan ini di mana kita harus kembali muhasabah diri di bulan puasa yang mulia ini, dengan tidak lagi menyegarkan keinginan hawa nafsu. Kerana hanya dengan menundukkan hawa nafsu sahajalah kita akan beroleh kenikmatan.

Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya. (al-Naziat ayat 40-41)

Sunday, October 08, 2006

Salam to all my friends...muslim and muslimah.Ramadhan dah nak masuk dua minggu meninggalkan kita..tinggal lagi 2 minggu sahaja Ramadhan 1427 hijrah akan meninggalkan kita.Adakah diri kita sudah banyak melakukan amalan ibadah baik yang wajib dan juga sunat yang telah di seru dilakukan pada sepanjang bulan Ramadhan kali ini?Puasa ada yang ditinggalkan atau tidak?Solat terawikh Full ke tak?Al quran dah berapa Juzu'?Semua pertanyaan yang aku tanyakan ini semuanya ada kaitan dengan amalan-amalan yang sering dilakukan pada bulan Ramadhan...bulan yang penuh dengan barakah.Bulan yang Allah kurniakan 1001 kurniaan ganjaran di akhirat kelak nanti.Kita sebagai Umat Islam perlulah berebut-rebut dan kejar-mengejar untuk menambah amalan di Syahru Maghfirah ini.

Dalam Bulan Ramadhan yang penuh barakah ini aku juga tidak ketinggalan untuk mengerjakan amalan-amalan yang dituntut dilakukan.Tadarus Al Quran dan juga solat terawikh tidak ketinggalan aku mengerjakannya.Solat tahajud juga aku kerjakan sebelum aku menyediakan juadah untuk bersahur.Alhamdulillah pada bulan ramadhan kali ini aku sungguh bersemangat untuk melakukan amalan-amalan sunat untuk menambahkan ganjaran dan mendapat kerahmatan dari Allah SWT.

Kenapa Ramadhan dipanggil 'penghulu segala bulan'? Ini adalah kerana dalam bulan ini Allah menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad saw. Di samping itu dalam bulan Ramadhan ada satu malam yang digelar 'Lailatul-Qadr' . Malam ini mempunyai kelebihan yang menyamai amalan 1000 bulan (83 tahun) malahan lebih lagi. Ini bermakna hanya beramal satu ibadat diberikan pahala seolah-olah mengerjakan ibadat itu selama 83 tahun.

Nabi Muhammad ada menjelaskan "Permulaan Ramadhan adalah rahmat, pertengahannya pengampunan manakala akhir Ramadhan merupakan pelepasan dari seksa neraka." Betapa besar rahmat Allah diberikan kepada umat Nabi Muhammad saw. Meskipun berusia pendek namun ganjaran pahala yang diberikan seolah-olah menjadikan usia kita lebih panjang.

Dalam hadis, ada dinyatakan bahawa Rasulullah bersabda sebaik tiba Ramadan.
Sabda Baginda yang bermaksud: “Empat jenis zikir yang tidak patut ditinggalkan oleh setiap Muslim sepanjang Ramadan. Pertama, mengucapkan istighfar (memohon ampun); kedua, memperbanyakkan ucapan syahadah; ketiga, berdoa meminta syurga dan keempat, memohon keredaan Allah.” (Hadis riwayat Al-Baihaqi).
So dalam bulan Ramdhan yang penuh barakah ini kita jangan ketinggalan meraih ganjaran yang akan kita perolehi dengan rahmat dari yang Maha Esa insyaAllah.

Alhamdulillah dah 2 minggu berpuasa ni..aku belum miss lagi bersahur...alhamdulillah banyak keberkatan bersahur ini tau.Kekadang aku yang masak dan kekadang ahli bait dan ahli imarah yang masak... tukar-tukarlah lagu aku masak je mana tahankan.Hehehehehe :-)

Hadith Nabi ada meriwayatkan bahawa:
Tidak mahu bersahur boleh mengurangkan berkat dan pahala puasa kerana tidak menurut wasiat Rasulullah yang bersabda maksudnya: "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Abu Hurairah berkata, Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban & Baihaqi)

Semoga kita dapat memperbaiki amalan puasa dan menjadikan puasa kita di Ramadan kali ini lebih baik dari tahun tahun lalu.... insyaAllah.--

rujukan:
tazkirah Group artikel & Hadith Bukhari & Muslim

Friday, September 29, 2006

Tentera Badar dan Bulan Ramadhan

Di bulan Ramadhan tahun kedua hijrah, tentera Badar pernah menjawab pertanyaan Nabi: apakah kita akan menuju tentera Quraisy. Maka dijawab Abu Bakar dan kelompok Muhajirin dengan jawapan terbaik. Rasulullah tetap mengulang: "Berikanku pendapatmu."

Lantas Sa'ad b Mu'adh menjawab: "Harapnya kau memaksudkan kami, Ya Rasulullah. Demi yang mengirimmu dengan kebenaran, jika kamu membawa kami dan mengharungi laut, kami akan mengharungi bersamamu. Tiada dari kami yang akan tinggal, dan kami tidak benci untuk kamu membawa kami memerangi musuh kita besok. Kami sabar dalam perang, dan kami ikhlas memerangi musuh. Semoga Allah akan menunjukkanmu dari kami, dengan keberkatan dari Allah." Pergilah kamu dan Tuhanmu berperang

Berkata Miqdad (sahabat Rasul sebelum Perang Badar) kepada Rasulullah s. a. w: "Wahai Rasulullah! Kami tidak akan tinggal di sini sebagaimana dicakapkan oleh Bani Israel kepada Nabi Musa: 'Pergilah kamu dan Tuhan kamu dan berperanglah. Kami akan duduk di sini sahaja.' Tetapi kami akan berkata : 'pergilah kamu dan Tuhanmu dan berperanglah, dan kami akan bersamamu memerangi mereka.' "

Itulah yang contoh sahabat di zaman Rasul yang mengambil pelajaran kesalahan yang dilaksanakan oleh umat Nabi Musa.


Tertarik dengan Firaun?
*************************

Rupanya pengikut Nabi Musa banyak terpegun dengan Firaun.
Umat Nabi Musa kemudian ditunjukkan kesalahan Firaun sebagai penzalim di atas muka bumi dengan kufur pada Allah dan menggunakan politik untuk melenyapkan kalimah Allah. Namun usaha Firaun itu gagal malah di akhir hidupnya, dia mengucapkan kalimah keimanan tetapi ia ditolak oleh Allah.(40:84-85)


Allah menunjukkan kematian Firaun di depan Bani Israel bagi menunjukkan kuasa manusia adalah terbatas dan kehebatan makhluk bukanlan yang hakiki sehingga kebanyakan manusia terpegun dan gerun. Kehebatan Allah-lah yang sebenarnya yang perlu kita imankan.

Orang yang bersalah mahu kembali ke dunia

**********************************************
Dalam Surah Al-An'am, Allah menceritakan bahawa manusia yang berada di neraka Allah akan memohon pada Allah untuk dikembalikan ke dunia untuk membaiki amal dan memperbanyak kebaikan. Tetapi Allah menempelak mereka bahawa Dia mengetahui mereka akan kembali berbuat keengkaran walaupun diberi peluang sekali lagi.


[27] Dan sungguh ngeri jika engkau melihat ketika mereka didirikan di tepi Neraka (untuk menyaksikan azabnya yang tidak terperi), lalu mereka berkata: Wahai kiranya kami dikembalikan ke dunia dan kami tidak akan mendustakan lagi ayat-ayat keterangan Tuhan kami dan menjadilah kami dari golongan yang beriman.

[28] (Mereka mengatakan yang demikian bukanlah kerana hendak beriman) bahkan setelah nyata kepada mereka apa yang mereka selalu sembunyikan dahulu dan kalau mereka dikembalikan ke dunia sekalipun, tentulah mereka akan mengulangi lagi apa yang mereka dilarang dari melakukannya dan sesungguhnya mereka adalah tetap pendusta. (6:27-28)
Hal ini tidak jauh bezanya analogi dengan Ramadhan yang kita ada sekarang.


Apa-apa kemajuan amal di bulan Ramadhan ini?
***************************************************

Telah bersabda Nabi SAW: Apabila menjelangnya bulan Ramadhan dibukalah pintu-pintu langit dan ditutuplah pintu Neraka Jahannam serta dirantai para syaitan. [Hadis al Bukhari]
Sepatutnya bila syaitan dirantai, kita akan kurang berbuat dosa pada Allah dan kita akan menambah amal serta membaiki diri. Mengapa ?


Kerana ramai yang sering menyatakan bahawa mereka berbuat dosa lantaran syaitan menggoda mereka dan menjerumuskan mereka ke lembah maksiat. Ada pula yang menyatakan syaitan yang mengganggu mereka sehingga tidak boleh ke masjeed untuk solat, menutup aurat atau menjaga percakapan. Ada pula yang menyatakan syaitan menyuntik jarumnya hingga payah untuk solat di awal waktu atau belajar ilmu Allah. Dan ada pula berhujah: syaitanlah yang banyak menggoda untuk bercampur lelaki perempuan tanpa batasan.

Namun kalau Ramadhan sudah tiba, syaitan telah dirantai, tetapi masih lagi ada sisa tengik dosa di atas, mana silapnya?

Ramadhan - Madrasah Amal
******************************
Sebagaimana ada manusia di neraka nanti (nauzubillah min zaalik) yang mohon agar dikembalikan ke dunia, maka janganlah kita menjadi orang yang semata-mata meminta Allah kurangkan musuh penggoda agar mampu kita berbuat amal, tanpa usaha kita membaiki diri.
Jika syaitan telah dirantai dan masih ada banyak dosa yang kita lakukan, koreksilah diri. Syaitan tidak berkuasa kecuali meniupkan was-was sahaja dalam manusia. Kita sendirilah yang perlu berubah mengawal nafsu untuk menurut perintah Allah.


Inilah masa untuk memperbanyak amal.. agar lain sedikit dari hari biasa... dan moga madrasah amal Ramadhan membawa kesan di hari biasa nanti lantas kita 'deserve' untuk mendapat redha Allah kerana telah beramal dan mencari keredaan-Nya... dan tidak meminta Allah untuk dikembalikan ke dunia semula. Ameen

Monday, September 25, 2006

.:Semarakkan Ramadhan:.

Selamat menyambut ramadan kepada sahabat-sahabat sekalian. Moga kita dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah pada bulan ini dengan sebaiknya. Ingin dikongsikan serba sedikit berkenaan ramadan yang diperolehi dari ceramah Semarak Ramadan oleh Ustazah Siti Nor Bahyah petang tadi.

Menurut Imam Ghazali, umat Islam dianjurkan supaya tidak makan secara berlebihan apabila berbuka puasa. Di samping itu, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam soal pemakanan iaitu halal haram. Ini penting kerana makanan itulah yang akan menjadi darah daging kita. Mengapa kini berlakunya anak yang derhaka kepada ibu bapa, pelajar sukar untuk menghafal, anak-anak tidak mendengar nasihat. Semuanya bermula dari pemgambilan makanan yang kurang berkhasiat dan tidak halal. Hal ini nampak mudah akan tetapi memberikan kesan yang cukup besar dalam kehidupan kita terutamanya individu itu sendiri.


Kemudian, amalan sahur secara berjemaah samada bersama keluarga atau kawan-kawan. Maksud sahur itu sendiri adalah tidur dahulu dan bangun kembali. Ada yang tersalah mentafsirkan sahur sebagai makan lewat malam iaitu sebelum tidur. Dari Nabi s.a.w, keberkatan itu ada pada sahur. Manakala Salman Al Farisi berpandangan keberkatan itu ada pada makanan yang dimakan. Zaid B Tsabit pernah bersahur bersama-sama Rasulullah. Seketika kemudian terdengar laungan azan. Lalu beliau bertanya baginda Rasulullah berkaitan jarak antara sahur dan subuh. Baginda menjelaskan bahawa jarak antara sahur dan subuh adalah sekadar membaca 50 ayat suci Al Quran iaitu waktu sahur yang terbaik. Selain itu, kita juga disarankan agar perbanyakkan berdoa dalam waktu ini.


Amalan tadarus Al Quran juga wajar dijadikan amalan. Tetapi bukanlah bermakna pada bulan-bulan amalan ini ditinggalkan. Diceritakan kisah seorang lelaki yang telah meninggal dunia. Di dapati dalam kuburnya terang benderang dan terdapat satu lembaga. Lalu, beliau bertanya siapakah engkau ? Lembaga itu menjawab, akulah yang selalu engkau baca suatu ketika dahulu iaitu Al Quran. Antara ganjaran yang diberikan kepada hambaNya yang mempelajari Al Quran adalah dapat melihat Allah dan dikurniakan mahkota di syurga bukan sahaja untuk dirinya malah kedua ibu bapanya.Di samping itu, terdapat 6000 malaikat yang akan mendoakan hamba yang khatam Al Quran sebanyak sekali.


Lazimnya, pada awal ramadan kita dapati masjid dan surau dibanjiri dengan orang ramai. Sebaliknya berlaku di akhir ramadan. Umat Islam dianjurkan supaya memperbanyakkan amalan pada sepuluh malam terakhir bagi mengejar Lailatul Qadar. Malaikat akan memasuki semua rumah yang mana penghuninya menghidupkan malam Lailatul Qadar untuk berjabat tangan dan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Antara tanda-tanda hamba Allah yang berjabat tangan dengan malaikat adalah :
· Bercucuran airmata
· Hati terasa sayu
· Gementar tubuh badan


Namun, terdapat juga hamba yang tidak dipandang oleh Allah dan doanya tidak
dimakbulkan iaitu :
· Peminum arak yang tidak bertaubat
· Orang yang memutuskan silatulrahim
· Seseorang yang bergaduh/bermusuhan melebihi 3 hari
· Anak yang derhaka.


Sebagai iktibar kepada kita semua, ingin dikongsi kisah benar yang berlaku
kepada 5 orang adik beradik yang melupakan jasa dan pengorbanan ibu mereka. Ibu ini membesarkan bekerja siang dan malam bagi membesarkan anak-anak dengan satu nawaitu iaitu ingin melihat semua anaknya berjaya. Berkat doa seorang ibu, kesemua anak ini berjaya dan memegang jawatan penting dalam syarikat. Dalam kesibukan kerja dan menguruskan kelurga masing-masing, mereka mengambil keputusan meletakkan ibu yang uzur di sebuah rumah sewa yang kecil. Dengan mengupah orang gaji yang berekrja sehingga pukul 4.30 petang. Selepas waktu itu, ibu tua ini tinggal seorang diri dengan keaddan yang tidak mengizinkan. Tidak mampu untuk bangun, makan dan menguruskan diri sendiri. Malam ibu ini dipenuhi dengan linangan airmata mengenangkan sikap anak-anak terhadap dirinya.

Bertahun menanti kehadiran anak datang menjenguk. Namun, impian hanya tinggal impian. Satu hari, apabila orang gaji datang dan membuka pintu rumah dilihat ibu ini tiada di katil. Sebaik sahaja pintu bilik air dibuka, sekujur tubuh dilihat kaku. Orang gaji ini cuba untuk mengangkat, tapi tidak mampu. Dilihat darah bercucuran di kepala dan ibu ini tidak lagi bernyawa. Setelah dimandi dan dikafankan, lima orang anak ini datang dan merayu kepada agar dihalalkan titisan susu yang pernah diberikan kepada mereka. Menangis dengan titsan darah sekalipun tiada gunanya lagi. Yang pergi tidak akan kembali lagi. Selang beberapa ketika, nikmat yang diebrikan Allah kepada anak-anak ini ditarik dalam sekelip mata. Anak-anak ini hilang kewarasan dan harta kerana tiada lagi doa dari seorang ibu. Seorang ibu mampu menjaga 10 orang anak, namun seorang anak belum tentu mampu menajaga seorang ibu. Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan ini. Jaga dan hormatilah ibu bapa selagi mana kita masih diberikan peluang untuk membalas jasa mereka.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah. Diharapkan terdapat sedikit pengajaran dan teladan yang boleh kita jadikan iktibar bersama.


Ceramah Semarak Ramadan
Ustazah Siti Nor Bahyah
22 Sept 2006
Dewan Jamuan, UTM Skudai

Friday, September 22, 2006

Persediaan Menyambut Ramadhan El-Mubarak

'SELAMAT DATANG RAMADHAN AL-MUBARAK'

Sejarah Ramadhan
1) Ramadhan: ertinya panas terik
2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana)
3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan.
4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan
berakhirnya penyembahan berhala.
5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000
bulan.
6) Di pilih untuk ibadat puasa.
7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran)

Kelebihan Bulan Ramadhan
1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia
terlepas
dari siksa kubur)
2) Bulan penuh keberatan
3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan
4) Amal sunat sama dengan solat fardhu
5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda
6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga
7) Bulan menambah rezeki
8) Memberi buka banyak pahala
9) Bulan keampunan
- doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa.
- juga doa pada sepertiga malam.
10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat,
10 hari pertengahan - pengampunan,
10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka.

Amalan-amalan di bulan Ramadhan
1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan
2) Menempah pakaian untuk Ramadhan
3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan
4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam
5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
7) Solat berjemaah setiap waktu
8) Solat jemaah di masjid/surau
9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek
10)Sahur diwaktu akhir
11)Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu
12)Mandi Janabat sebelum Imsak
13)Kurangkan tidur
14)Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
15)Tunaikan Solat Dhuha
16)Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
17)Tunaikan solat Rawatib
18)Jaga pacaindera
19)Elakkan gosok gigi pd waktu petang
20)hadiri majlis ilmu
21)Buat baik pd ibubapa
22)Isteri hendaklah taat pd suami
23)Banyakkan bersedekah
24)Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api
25)Berbuka bersama org tua
26)Jemput tetamu berbuka
27)Kurangkan berat badan
28)Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
29)Baiki hubungan suami isteri
30)Baiki hubungan jiran
31)Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan
32)Elakkan berbelanja berlebihan
33)Kuatkan kesabaran
34)Banyakkan selawat,istighfar, bertasbih
35)Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
36)Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar
37)Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu
38)Elakkan mendengar radio berunsur hiburan
39)Berdoa dgn nada lembut dan merayu
40)Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri
41)Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia
42)Melazimkan solat waktu
43)Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar
44)Elakkan banyak berhutang
45)Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang
46)Tunaikan zakat fitrah

Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30)
1) Kepada Orang Tua Lemah
Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di
masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar
2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang
- Baca ayat akhir surah Al Baqarah
- Baca ayat Kursi
- Baca surah Yaasin
- Baca surah Al Zalazah
- Baca surah Al Qafirun
- Baca surah Al Ikhlas
3)Bagi orang yamg kuat dan cergas
- Bangunkan isteri dan anak
- Mandi
- Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan )
- Tarikh turunnya Al Quran
- Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik

Cara Sambut Hari Raya
Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan, Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal (sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah dicadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni.Ibnu Abbas r.a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita

Takbir Di Malam Raya
Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat,bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir.

Kesimpulannya
Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang.

Pilihan iklan Anda

Iklan Nuffnang