Sepanyol Lakar Sejarah Euro 2012


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 




Sepanyol membelasah Itali 4-0 untuk menjuarai Euro 2012 dan mencatat sejarah menjadi pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut.
Jaringan David Silva dan Jordi Alba di separuh masa pertama dan jaringan lewat Fernando Torres dan Juan Mata mengesahkan Sepanyol sebagai pasukan pertama untuk memenangi tiga pertandingan antarabangsa berturut-turut, termasuk Piala Dunia 2010 dan kejohanan Euro 2008.
Sepanyol membuka tirai dengan jaringan pasukan yang sangat hebat melalui tandukan David Silva.
Andres Iniesta menghantar bola kepada Cesc Fabregas di sayap kanan dan bekas pemain tengah Arsenal itu kemudian menghantar bola ke dalam kotak penalti untuk Silva menanduk masuk dari jarak dekat.
Mereka menjaringkan gol kedua mereka sebelum masa rehat selepas hantaran hebat Xavi melepaskan bek kiri Alba di sayap kiri. Pemain yang akan menyertai Barcelona musim depan itu kemudian menjaringkan dengan mudah melepasi Gianluigi Buffon.
Walaupun statistik menunjukkan Itali mempunyai lebih banyak kawalan bola daripada Sepanyol di separuh masa pertama, mereka tidak dapat membuat serangan yang mengancam dengan benteng pertahanan Sepanyol, terutama sekali ketua pasukan Iker Casillas, kelihatan sangat kukuh.
Casillas berjaya menghalang percubaan-percubaan daripada Antonio Cassano, Mario Balotelli dan Riccardo Montolivo untuk memastikan pasukannya tidak dibolos.
Jurulatih Itali Cesare Prandelli menggantikan Cassano dengan Antonio di Natale di separuh masa kedua dan penyerang Udinese itu mempunyai dua peluang baik untuk menjaringkan gol tetapi tandukannya terlalu tinggi dan percubaan beliau selepas itu dihalang sekali lagi oleh Casillas.
Itali terpaksa bermain dengan sepuluh pemain selepas pemain gantian Thiago Motta, yang telah menggantikan Montolivo sebelum itu, mengalami kecederaan sebelum pemain-pemain gantian Sepanyol Torres dan Mata menjaringkan gol ketiga dan keempat untuk bantu Sepanyol catat kemenangan terbesar di perlawanan akhir di dalam sejarah kejohanan Euro.

Comments

Popular Posts