Kembalinya Ramadhan Al Mubarak 1433 Hijrah



Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 




Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang menjadikan semua makhluknya di dalam keadaan yang sempurna dan sebaik-sebaik kejadian tidak lain dan tidak bukan ialah Manusia. Syukur ke hadrat-Nya kerana dengan limpah kurnianya, aku dapat lagi menghirup udara yang segar di dalam bumi ini tanpa alat dan bantuan pernafasan yang lain. Kenapa perlunya bersyukur di dalam anugerah yang Allah ciptakan ini untuk manusia iaitu nafas. Ini kerana tanpanya maka tidak lagi kita bertemu di dalam alam nyata tetapi bertukar ke alam yang lain. Motivasi diri bagi hari Jumaat 30 Syaaban 1433 Hijrah ini bersamaan 20 Julai 2012. 

Esok sudah bermula ibadah dan kewajipan umat Islam menunaikan hak Allah SWT sebagai hamba Allah yang taat dan setia kepadanya. 1 Ramadhan 1433 Hijrah kembali lagi untuk menilai tingkah laku, gerak geri dan segalanya dalam ertia kata beribadah kepada Allah SWT. Terdapat terlalu banyak nilaian pahala yang boleh diperolehi di dalam bulan yang mulia ini. Bertadarus Al Quran, Berqiamullail, beriktikaf, Khatam Al Quran, mencari ilmu dan memberi Ilmu, bersedekah, menolong orang-orang yang tidak berkemampuan dan di dalam bulan ramadhan ini juga terdapat kewajipan yang keempat iaitu rukun islam yang keempat iaitu MENUNAIKAN ZAKAT. Apalagi jika tidak Zakat Fitrah. Jangan buat-buat lupa yer.

Keajaiban yang terdapat di dalam bulan Ramadhan ialah terdapatnya 2 kewajipan ibadah yang berstatus WAJIB iaitu berpuasa dan berzakat. 

Firman Allah S.W.T:

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa." - (Surah Al-Baqarah: 183) 
Hadis Rasulullah s.a.w: Ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:


“  Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan ".



Kenali Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan


Maka dengan segala bentuk tarbiah yang kita terima baik di dalam keluarga dan juga di sekolah serta masyarakat hendaklah kita terapkan di dalam kehidupan kita. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kita akan menjadi lebih baik daripada yang terbaik.

Secara Konklusinya, kita hendaklah berazam di dalam hati dan jiwa untuk menjadikan ibadah puasa di dalam bulan ramadhan ini dan juga ibadah-ibadah yang lain lebih baik daripada tahun-tahun yang lepas. Semoga kita mendapat RAHMAT di awal Ramadhan, MAGHFIRAH di pertengahan Ramadhan dan DI LEPASKAN SIKSAAN KUBUR di akhir Ramadhan.

Saya Mohd Farizal Bin Mohd Shah memohon ampun dan maaf sekiranya terdapat banyak kekhilafan sepanjang menulis di dalam blog yang tidak serba indah ini. Moga dapat dimanfaatkan ilmu yang disampaikan. Biarlah sedikit tetapi bermakna. Wallahualam.

Comments