2020 dan COVID-19


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 


Gambaran Covid-19

Assalamualaikum.

Ya Allah lamanya tidak bersiaran di dalam blog ni. Semenjak dah ada Facebook, Instagram, Whatssap dan lain-lain lagi apps yang terkini. Tetapi blog ini masih ada lagi yang masih mencari dan peminatnya sendiri.

Tahun 2020 dah 4 bulan berlabuh. Semakin hari semakin dekat dah nak setengah tahun. Jumaat ini bermula 1 Ramadhan 1441. Sekejapnya masa berlalu.

Allah SWT juga memberi ujian pada tahun 2020 ini dengan memberi satu hikmah yang besar iaitu penularan Virus COVID-19 (Corona Virus Versi BARU. Tidak tahu mana puncanya tetapi ia dikatakan berasal dari negara China dan bermula di sebuah wilayah bernama Wuhan. Bila kita ini manusia tidak mengambil pendekatan yang baik untuk mengambil pemakanan yang bersih lagi suci. Maka kita akan mudah mengambilnya dengan Nafsu kita sendiri. Sebab itulah Allah berikan semua ini untuk kita beringat bahawa ada makanan yang kita boleh makan dan ada makanan yang kita tidak boleh makan. Alhamdulillah Islam itu indah dan menjaga umatnya dengan pendekatan memakan makanan yang halal lagi bersih.

Tahun yang tidak akan kita lupa sampai bila-bila insyaAllah dan akan menjadi kenangan dan sejarah untuk kita dan anak-anak pada masa akan datang. Di mana negara kita dan seluruh dunia sedang merasainya sekarang. Alhamdulillah negara Malaysia mengambil pendekatan yang baik dengan mengamalkan Perlaksanaan Kawalan Pergerakan (PKP) untuk membasmi penularan COVID-19 sejak 18 Mac 2020. Sehingga sekarang kita warga Malaysia sudah masuk kepada Fasa ketiga PKP. Alhamdulillah pendekatan yang dibawa oleh pemimpin kita yang baru dipilih sangat tepat pada masanya. Syukur Alhamdulillah dengan segala hikmah yang terjadi.

Manakan tidak, sistem dan pendekatan yang dibuat oleh Malaysia telah menjadi Viral dan terkenal di beberapa buah negara seperti Jepun, Thailand, Indonesia dan sebagainya. Walaupun kita berada di Fasa PKP. Kerajaan Malaysi tidak lepas tangan dan memberi pelbagai Inisiatif untuk rakyatnya. Syukur Alhamdulillah.

MogA RAMADHAN yang akan tiba ini akan mengangkat wabak dan bencana ini dengan redha dan rahmat ALLAH SWT... InsyaAllah.

Banyak pulak nak mengarang. Gian jari jemari ini nak menekan pepunat dan kekunci keybord ini. Lama sangat tidak memberi buah tangan di dalam penulisan blog ini. InsyaAllah ada masa dan kelapangan masa yang diberi pada Fasa PKP ini blog ini akan dihidupkan semula.

Semoga semua redha dengan ujian yang Allah berikan ini.

#staysafeathome
#pkpfasa3

Insan Dhaif
Farizalshah Addirani



Ringkasan Kes COVID-19 Di Malaysia (Sehingga 20 April 2020, 12:00 tengahari)

Positif5425
Negatif102791
Pulih3295
Unit Rawatan Rapi45
Kematian89












Comments

Popular Posts