Kulla Sanah Wa Antum Tayyibun - Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428/2007


Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"

Assalamualaikum semua diharap semua berada di dalam jagaan Allah SWT.Selawat dan salam buat junjungan besar Rasulullah SAW.Alhamdulillah atas nikmat iman dan islam yang Allah telah berikan kepada kita semua umat islam di dunia ini.

Ramadhan 2007/1428 sudah melabuhkan tirainya.Kini Syawal pula yang menjelma.Suasana riuh rendah dan suka duka kian kali menjelma bila ia datang menyambut kemesraan kita.Hari kemenangan yang telah Allah janjikan kepada semua umat islam yang betul-betul menghayati pengisian Madrasah Ramadhan.Kian lama kita merasakan kemeriahan suasana Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh kita semua umat islam di dunia ini.Tapi adakah kita semua ingat akan kesedihan dan tangisan yang umat islam hadapi di tempat-tempat yang sering ditindas di PALESTIN, AFGHANISTAN, IRAQ, KASHMIR, PATTANI dan sebagainya.Adakah kita mengingati mereka.Bagaimana mereka meraikan kemenangan di bumi mereka.Betapa serba kekurangan mereka menyambut 1 Syawal.Marilah kita semua mendoakan mereka dan kemenagan ISLAM insyaAllah.



Syawal ke TIGA di bumi anbiya'

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan limpah kurnianya dapatlah aku mnitipkan sesuatu di dalam blog aku ini.Rasanya dah lama sangat aku tak menitipkan sesuatu buat tatapan saudara-saudari yang ada menjengah blog site aku nie kan.Tapi aku bersyukur dengan apa yang Allah berikan kepada aku.Alhamdulillah.

Sambil mendengar lagu-lagu raya di dalam laptop Raeis ahlil bait aku di hari raya kedua ini terasa dan teringat ibu ayah adik-adik dan juga kawan-kawan di Malaysia.Tahun ini cecahla aku menetap di bumi Mesir ini dengan usia 2 tahun.Tahun pertama aku datang adalah 11 Oktober puasa ke 6 sampai di bumi anbiya ini dan hari ini 14 Oktober 2007 aku masih di sini.Maka sudah tiga kali raya aku di bumi perantauan.Kesedihan masih lagi terasa tetapi tidaklah seperti kali pertama beraya tanpa ibu dan ayah di bumi anbiya' ini.

Suasana di sini tidaklah seperti di Malaysia dengan laungan takbir yang mendayu , tetapi di sini berlainan sedikit dengan laugan takbir yang bersemangat seperti semangat Saidina Umar Al Khatab.Takbir berunsur semangat dan kemenangan yang di bawa oleh penduduk di bumi Mesir ini.Himpunan ratusan manusia aku dapat rasakan di bumi anbiya ini.Bersesak-sesakan di Istad(Padang Bola) untuk solat sunat aidilfitri seperti di Makah Mukaramah pulak rasanya.Ini kali kedua aku solat beramai-ramai di Istad.Penuhnya dan ramainya lautan manusia semalam dapat aku rasakan dan aku hampir2 tengelam dalam arus asakan makhluk bernama manusia dengan bentuk tubuh badan yang besar dan sasa aku tempuhi juga untuk melaksanakan tuntutan kemenangan meraih kejayaan melangsaikan tugasan amalan Puasa rukun islam ke 4.

Rendang di Bait Izzah

Sebut sahaja nama Rendang mesti teringat akan Malaysia tetapi jangan ingat kat Malaysia sahaja boleh rasa Remdang tau.Dekat sini tak kurang hebatya kami membuat juadah hari raya.Nasi Impit, Rendang, Ayam masak merah, Satay, Kuah Kacang, Sayur Lodeh , Kuih-kuih raya dan juga kek raya ada sahaja di sini.Cuma hendak taknak je buat hihihihi.Aku dan juga beberapa kawan ditugaskan untuk membuat juadah hari raya untuk majlis sambutan hari raya peringkat kampus di muhafazah Tanta - Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.

Majlis Hari Raya Aidlifitri kali ini dibuat di Dewan Bait Izzah baru-Markaz baru bagi Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta.Syukur alhamdulillah dapat juga merasa dewan baru selepas di Barrah(usir keluar) oleh baba lama.Sedih juga aku rasa.Tapi itulah resam kehidupan menumpang di bumi anbiya' ini. Cekalkan hati dan tawadhuk pada Allah moga kita akan dapat bantuan darinya.Meriah sangat tahun ini aku dapat rasakan dengan suasana Bait Izzah yang di hias dengan ketupat.Bro Ujey dan Bro Naim yang gubah pergh dah macam Malaysia dah.Nasyid gabungan Ustaz-ustaz dan adik2 Medic.Hilai ketawa mendengar celoteh MC Bro Abul dan juga Bro Wan O memeriahkan suasana dengan Seloka Rayanya.Alhamdulillah meriah walaupun tiada family di samping.Inilah family kitorang disini.

Sejak 2 hari sebelum raya kami dah siapkan barang-barang untuk juadah hari raya ini.Kami memulakan kerja-kerja ini di petang dan malam hari raya.Hanya Allah sahaja yang tahu keletihan yang kami rasa.Makan unuk 150 orang bukan calang-calang orang boleh buat.Bagi yang biasa masak kawah orang-orang masakan katalah senanglah bagi mereka.Kitorang AJK Masakan alhamdulillah ada dalam 6 orang kalau tidak tak menang tangan nak atasi masalah ini.
Juadah yang kami buat ialah Nasi Impit, Rendang, Kuah Kacang, Soto.Itupun rasa dah banyak dah rasanya belum lagi kuih-kuih raya dan kek-kek raya yang dibuat olek pakdam makdam dan juga akhawat-akhawat TIB(rajin juga adik-adik TIB ini yer).

Ucapan terima kasih kepada semua rerakan yang membantu.Terutamanya BOS aku kali ini.Bro Afif, Bro Yie, Bro Man, Bro Azim, Bro Rahman thankz alot di dalam menjayakan juadah masakan kali ini.Bro semua jangan lupa basuh periuk hari ini harharharhar..

Di kesempatan ini aku Mohd Farizal Mohd Shah AdDirani inigin mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

dari perlembahan nil ini untuk semua rerakan yang berada di pelusuk dunia.Moga kita dapat bertemu kembali di Madrasah Ramadhan akan datang dan di Syawal akan datang..InsyaAllah
ilalliqa maa salamah


Comments

  1. Salam..afwan.ana nak berkongsi.penggunaan sebenar utk title bg artikel ustaz adalah "kulla sanah"bukanlah "kullu sanah".ini kerana kulla adalah dhozof zaman dan hukumnya nasab.

    ReplyDelete
  2. waalakumsalam...syukran kathiran menegur ana..insyaAllah kita saling tegur menegur di dalam menuntut ilmu...ilaliqa maa salamah

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts