Cuaca Ohhh Cuaca
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"
Dalam suasana yang serba serbi nyaman dan selesa di tambah dengan alunan angin bayu yang sangat mengetarkan jiwa seseorang membuatkan aku persis untuk menitip sesuat buat kalian di dalam jurnal aku kali ini. Memandangkan aku sudah lama tidak menitipkan sesuatu buat kalian, maybe ada yang terasa sunyi tanpa apa-apa input dari jurnal aku inikan.
Sedikit kesibukan yang yang melanda diri ini menyebabkan diri ini ada rasa kemalasan di dalam benak kehidpan ini untuk merungkaikan sesuatu di dalam medan penulisan yang sudah sebati dengan diri aku ini. Walaupun aku bukannya penyair dan suka berkarya tapi di dalam penulisanlah aku boleh memanipulasikan sesuatu yang ada di dalam minda aku ini.
Dalam kehidupan setiap orang akan akan mengalami tempoh kemurungan yang akan tidak boleh tidak akan dialami juga oleh kita semu sebagai insan yang dhaif lagi lema di dalam kehidupan kita ini.Allah SWT menjadikan kita sebagai khalifah di dunia ini menyuruh melakukan amal makrif dan nahi mungkar tetapi iman tetap beroleh perubahan sama ada ia menurun ataupun menaik. Begitu juga dengan keadaan manusia yang merupakan makhluk yang Allah SWT ciptakan amat sempurna dari makhluk yang lain disebabkan kita mempunyai akal fikiran dan juga nafsu yang meraja.
Kekadang aku terfikir adakah cuaca juga begitu. Sejuk dan panas juga merupakan makhluk yang Allah ciptakan di dunia ini, tidak boleh tidak kita tidak boleh menyankal akan benda ini. Allah SWT menciptakan sejuk dan panas untuk memberitahu akan manusia untuk mensyukuri nikmat yang Allah berikan pada kita. Adakah terciptanya sejuk dan panas itu disyukuri oleh umat seperti kita ini. Kita boleh terdengar kata-kata dari sahabat-sahabat kita dan tidak kurangnya diri aku ini. Bila cuaca sejuk hendak cuaca panas dan sebaliknya. Ada-ada sahaja rungutan dan rengekan yang kita berikan pada Allah SWT. Oleh itu kita perlulah bertaubat dan meminta ampun akan keterlanjuran kata-kata kita kepada SANG PENCIPTA kita iaitu Allah SWT.
Pengertian Cuaca
Cuaca adalah istilah yang digunakan untuk menghuraikan semua fenomena yang banyak dan pelbagai yang boleh berlaku dalam atmosfera planet. Istilah ini biasanya digunakan untuk memaksudkan aktiviti fenomena ini selama tempoh masa yang pendek, biasanya tidak lebih dari beberapa hari panjangnya. Purata keadaan atmosfera untuk tempoh yang lebih panjang dikenali sebagai iklim. Penggunaan dua istilah ini selalu bertindih dan konsep ini jelas berhubungkait rapat.
Mekanisma Asas
Fenomena cuaca terhasil akibat dari perbezaan suhu seluruh dunia, yang timbul sebahagian besarnya kerana kawasan yang lebih dekat kepada tropika, di sekitar khatulistiwa, menerima lebih tenaga dari Matahari berbanding bahagian utara dan selatan, lebih dekat kepada kutub Bumi.
Sebab kedua perbezaan suhu pada Bumi adalah kelainan permukaan tempat (seperti air lautan, tanah berhutan, dan kepingan ais) mempunyai kebolehpantulan berbeza (albedo), dan dengan itu menyerap dan menyinarkan kadar berbeza tenaga suria yang diterima.
Perbezaan suhu permukaan mengakibatkan arus angin menegak. Permukaan panas akan memanaskan udara di atasnya, menyebabkan ia mengembang dan naik ke atas, menurunkan tekanan udara dan menarik udara yang lebih sejuk ke tempat tersebut. Udara panas yang mengembang dan naik itu akan kehilangan haba dan menyejuk, yang menyebabkannya mengecut dan turun ke bawah, meningkatkan tekanan udara dan menggantikan udara yang berada di bawahnya.
Arus angin melintang terbentuk di sempadan kawasan yang berbeza kepanasan dan boleh menjadi-jadi jika terdapat permukaan cerun. Sistem ringkas ini boleh menimbulkan tingkah laku yang menghasilkan sistem yang lebih rumit dan demikian semua fenomena cuaca. Contoh skala besar proses ini boleh dilihat di sel Hadley dan bentuk lain peredaran atmosfera. Contoh kecilan pula dalah seperti bayu laut.
Kesan Coriolis penting dalam menjadi punca putaran besar asing yang dikenali sebagai siklon.
Jadi punca asas cuaca adalah suhu permukaan, dan boleh juga ketinggian.
Oleh kerana paksi Bumi miring sedikit (tidak berserenjang dengan satah orbitnya), cahaya matahari sampai pada sudut yang berbeza pada waktu yang berbeza dalam setahun. Semasa Jun, Hemisfera Utara condong ke arah matahari, jadi pada mana-mana latitud cahaya matahari akan jatuh lebih menegak berbanding pada Disember (lihat kesan sudut matahari pada iklim). Ini menghasilkan musim. Sebarang liukan dalam orbit planet akan mengubah jumlah tenaga yang diterima di suatu tempat sepanjang tahun dam mungkin mempengaruhi pola cuaca jangka panjang. Lihat kitaran Milankovitch.
Cuaca Di Bumi
Di Bumi, fenomena cuaca yang sering berlaku termasuklah angin, awan, hujan, salji, kabus dan ribut pasir. Perkara lain yang lebih jarang termasuklah bencana alam seperti puting beliung, ribut taufan dan ribut ais. Hampir semua fenomena cuaca di Bumi terjadi di troposfera (bahagian bawah atmosfera). Ada juga yang berlaku di stratosfera dan empengaruhi cuaca di troposfera, namun mekanismanya masih belum difahami.
Atmosfera Bumi adalah satu sistem The Earth's atmosphere is one large chaotic system yang pertukaran kecil pada satu bahagian mampu memberi kesan besar dikawasan yang lain. Ini menjadikan ianya sukar bagi mejangka dengan tepat pertukaran cuaca jangka pendek lebih dari beberapa hari awal, sungguhpun kajian cuaca terus meningkatkan had ini melalui sains kajian cuaca, Meteorologi.
Teori Chaos menjelaskan bahawa terdapat pemboleh ubah infiniti yang mampu memberi pengaruh kepada cuaca. Perbezaan kecil pada pergerakan sebarang molekul di udara memberi kesan kepada keadaan atmospherik. Perbezaan kecil mampu memberi kesan kepada troposphere cukup untuk mendorong kepada keadaan berbeza sepenuhnya. Dengan itu ia tidak mungkin untuk menjangka dengan tepat.
Meterologi
Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologi, fizik atmosfera dan kimia atmosfera sebagai sains atmosfera.
Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhu, tekanan, wap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Meteorologi juga mengaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanian, perkapalan dan pembinaan.
Iklim Sedunia
Iklim (Bahasa Inggeris: climate) pada umumnya dikira sebagai keadaan cuaca yang diperolehi dalam sesuatu jangkamasa yang panjang, biasanya 30 tahun. Pada tanggapan moden, konsep iklim juga merangkumi statistik mengenai cuaca - umpamanya perbezaan suhu setiap hari ataupun perbezaan suhu tahun demi tahun.
Takrif iklim mengikut Panel Antarabangsa Mengenai Perubahan Iklim (The Intergovernmental Panel on Climate Change) (IPCC) adalah:
"Iklim boleh ditakrifkan sebagai "cuaca secara purata", atau lebih tepat lagi, iklim boleh diertikan sebagai keterangan statistikal mengenai purata dan perubahan kuantiti-kuantiti relevan dalam suatu jangkamasa beberapa bulan hinggalah ke ribuan ataupun jutaan tahun. Tempoh klasik adalah 30 tahun, yang ditetapkan oleh Badan Kajicuaca Sedunia (World Meteorological Organization). Kuantiti-kuantiti ini terdiri dari suhu, hujan dan angin. Iklim secara lebih meluas, adalah keterangan statistik mengenai sesuatu sistem cuaca."
Comments
Post a Comment