Minyak Oh Minyak...asal naik 20 sen?????

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang"




Hari ini bertarikh 27 Syawal 1434 Hijrah bersamaan 3 September 2013 maka termaktublah di dalam kerajaan Malaysia kenaikan minyak RON95 dan Diesel kepada 20 sen. Aku tengok dekat paper Sinar Harian je yang berani tulis kat muka depan perihal kenaikan minyak sebanyak RM 0.20 sen seliter bagi harga minyak RON95 dan diesel. Rata-rata paper yang lain hanya menulis hal kenaikan minyak ini di muka-muka di belakang. Betapa telusnya dan tulusnya paper Sinar Harian. Tahniah saya ucapkan.

Pengalaman semalam aku nak isi minyak dapatlah aku isi dalam jam 11.45 PM tapi hampeh coz aku punya turn kereta sampai di pam minyak pada jam 12.05 AM. Tapi nak wat macam manakan. Bukan isi minyak full tank untuk selamanya. Kalau habis nanti kena isi minyak juga bila minyaknya dah habis. Minyak dari RM1.90 sen kepada RM2.10 sen. Walaupun kenaikan minyak ini hanya 20 sen tetapi impak yang kemungkinan kita semua boleh jangka di negara Malaysia ini ialah harga barangan akan turun meningkat dan bebanan kepada rakyat akan makin tinggi.

Alasan yang diberikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah kerana "Salah satu langkah rasionalisasi subsidi oleh kerajaan".

Akan tetapi kenaikan harga minyak merupakan sensetiviti orang ramai bagi semua rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Kita boleh lihat bagaimana negara yang kos sara hidup yang tinggi, kerajaannya tidak popular di kalangan rakyatnya. Walaupun apa yang terjadi kita sudah terpaksa menghadapinya dan untuk menghilangkan rasa bebanan itu maka kita perlulah mencari inisiatif yang lain untuk menambahkan lagi pendapatan. Carilah pendapatan yang halal, insyaAllah Allah akan permudahkan rezeki kita yang dicari dengan cara yang halal dan diberkati.

#Cedok dari laman kengkawan yang lain.

20 sen saja..............

Nilainya kecil
Namun natijahnya cukup besar.

20 sen saja
Bagi orang Kaya, tak mengapa
Bagi yang susah, sungguh berharga.

Ada nelayan bakal termenung jauh
Ada petani bakal pecah peluh
Ada peniaga bakal mengeluh

Dari 20 sen itu
Ada yang mengambil kesempatan
Ada yang tinggal kesempitan
Ada yang ucap kesyukuran
Kerana NEGARA MASIH AMAN !

Akibat 20 sen itu
harga Barangan akan melambung
Para pembeli bagai berkabung
Para peniaga jenuh menghitung

Mereka kata sekadar 20 Sen saja
Boleh kira cincai maaa ...

Mereka mungkin lupa,
Yang minyak itu punca segala
Yang minyak itu keperluan semua
Kerana 20 sen "saja" lah
Semua akan tepuk kepala
Dan kerana 20 sen "saja" itu jugalah


Ada kerajaan yang akan dijatuhkan di pilihanraya
Tak apa, rakyat Malaysia kan kaya-raya ? 

Comments

Popular Posts