Ustaz Azizan Kembali Kerahmatullah

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
"Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang" 




 Tengah di dalam office menyiapkan laporan kerja tetiba my Wassap berbunyi dan aku lihat wassap dari sahabatku Ustaz Zulfazly mengatakan Ustaz Azizan sudah kembali ke rahmatullah jam 11:25 pagi wassap ini diterima. Kemudian masuk lagi dari sahabat yang share post dari YB Ustaz Ahmad Yahya mengatakan Tan Sri Ustaz Azizan Abd Razak telah menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 11.10 pagi di wad icu Hospital Sultanah Bahiyah.

Ustaz Azizan merupakan mantan Menter Besar Kedah sesi 2008-2013. Ia merupakan satu kehilangan yang besar buat tampuk kepimpinan Ulama PAS di mana beliau merupakan pemimpin yang banyak berjasa untuk agama, bangsa dan negara. Pemimpin yang lahir dari kelompok Ulama yang menerima didikan dari Universiti Al-Azhar, Mesir merupakan pemergian yang tiada galang gantinya.

InsyaAllah Allahyarham Ustaz Azizan akan dikebumikan selepas asar di Masjid Markaz PAS Pokok Sena & dikebumikan di Muassasah Darul Ulum ( Ehsan - Sahabat di Kedah - Ustaz Abdul Raeis Abd Razak )

Semoga Allah mencucuri rahmat Ustaz Azizan dan menempatkan beliau dikalangan para soleh dan solehah dan para syuhada dan anbiya insyaAllah.

Alfatehah ....
 Khamis - 20 Zulkaedah 1434 | 26 September 2013


Comments

Popular Posts